Bagi anda yang gemar makan sizzling, memang kena belajar masak hidangan ni secara homemade. Walaupun tak ada hot plate tu, pakai kuali pun boleh. Pasti lagi sedap sebab air tangan sendiri. Malah cara penyediaan kuah sizzling yee mee ni pun tak susah. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nur Fatin ni. Sesuai sangat buat sebagai juadah makan malam nanti.

 

Ads

CARA MASAK KUAH SIZZLING YEE MEE

BAHAN-BAHAN:

  • 8 ulas bawang putih – hiris
  • 2 inci halia – hiris
  • 10 tangkai cili kering – potong 3
  • Isi ayam secukupnya – potong
  • 4 sudu makan sos tiram
  • 3 sudu makan kicap cair
  • 3 sudu makan kicap masin/manis
  • 1 sudu makan lada hitam kisar
  • 2 kiub ayam Knorr tanpa MSG
  • Cendawan shitake – potong
  • 2 sudu makan tepung jagung – bancuh dengan 1/2 gelas air
  • 1 sudu makan minyak bijan
  • Yee mee – celur separuh masak
  • Sawi – celur
  • Telur
  • Gula dan garam secukup rasa
  • 6 cawan air

CARA MEMASAK:

Ads
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, haliadan cili kering sampai naik bau.
  2. Kemudian masukkan ayam. Goreng
  3. Masukkan 6 cawan air atau lebihdiikuti sos tiram, kicap pekat, kicap cair, kicap masin/manis, lada hitam dan kiub ayam.
  4. Seterusnya masukkan cendawan shiitake (kalau beli yang kering kena rendam dulu). Biar hingga cendawan lembut.
  5. Tambah bancuhan tepung jagung ke dalam kuali. Jumlahnya ikut kepekatan yang anda suka.
  6. Akhir sekali, masukkan minyak bijan, gula dan garam secukup rasa. Siap!
  7. Sendukkan kuah yang dah siap ke dalam kuali kecik. Masuk segenggam yee mee. Biar hingga lembut. Kemudian pecahkan telur dan masukkan sawi.
  8. Sedia untuk dinikmati.

Cara-Cara Masak Sizzling Yee Mee Sedap Guna Kuali Biasa.


INFO CHEF: Bagi yang suka pedas, boleh makan dengan cili potong.

Ads

Kredit resipi & foto: Nur Fatin

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI