Andai berkunjung ke restoran masakan Thailand, pelbagai menu sedap dari hidangan utama sehingga pencuci mulut yang boleh anda cuba. Semuanya enak-enak belaka. Terasa nak makan sajian siam hari ni? Mi Celup Daging ni salah satu yang mudah dicuba. Nak ke Thailand rasanya jauh sangat. Jadi boleh cuba buat sendiri di rumah. Puas makan dan memang berbaloi. Sedap weh!
MI CELUP DAGING SIAM
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg tulang lembu berdaging
- 4 ulas bawang putih – dimayang
- 4 ulas bawang merah – dimayang
- 1 inci halia – dimayang
- 1 batang serai
- 2 pokok ketumbar | ambil bahagian akarnya
- Sos ikan ikan
- Gula kabung
- Garam
- Air secukupnya
- Minyak masak secukupnya
BAHAN REMPAH PENUMIS:
- 4 kuntum bunga cengkih
- 1 kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 3 biji buah pelaga
BAHAN SAMPINGAN:
- Mi kuning | rendam dan celur
- Hirisan daging
- Bawang putih goreng bersama minyak chili flakes
- Daun ketumbar
- Taugeh | dicelur
- Kangkung | dicelur & dihiris
- Limau nipis
CARA MEMASAK:
- Rebus tulang hingga empuk, kemudian ketepikan.
- Panaskan minyak, bahan rempah penumis bersama bawang putih, bawang merah, halia hingga naik bau.
- Kemudian masukkan tulang yang telah direbus bersama-sama air rebusan. Tambahkan air secukupnya.
- Masukkan serai dan akar pokok ketumbar. Rebus sehingga mendidih, kemudian perasakan dengan sos ikan, gula kabung dan juga garam.
- Matikan api.
- Untuk menyediakannya, masukkan mi ke dalam mangkuk.
- Diikuti semua bahan sampingan yang lain dan tuangkan kuah sup.
- Mi Celup Daging Siam sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Mi Celup Siam ini sedikit berbeza daripada mi sup biasa kerana kuah supnya sedikit masam selain daripada bahan sampingan yang digunakan.