Cara-Cara Masak Nasi Goreng Guna Ikan Sardin Dalam Tin. Sedap Giler!

Share

Sardin dalam tin ni, selain dijadikan lauk, inti sandwic dan sebagainya, ia juga sedap dijadikan rencah nasi goreng. Padu! Nampak ringkas namun sangat membuka selera. Bahan-bahan yang mudah dan tidak menggunakan kos yang banyak. Jom cuba!

 

NASI GORENG SARDIN POWER

BAHAN-BAHAN:

  • 2 potong ikan sardin bersama kuahnya
  • 1 mangkuk nasi
  • 1 biji bawang merah
  • 2 ulas awang putih
  • 1 tangkai cili kering | digoreng tanpa minyak dan digunting halus
  • 1 sudu makan pes cili kering
  • Daun bawang secukupnya
  • Garam secukup rasa | gula jika perlu
  • Minyak masak

 

CARA MEMBUAT:

  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan pes cili, kacau hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sardin.
  4. Masukkan nasi, gaul rata.
  5. Perasakan dengan garam secukupnya.
  6. Angkat dan hidangkan.
Published by
Nur