Nasi kukus memang enak. Teksturnya yang gebu membuatkan ia tidak puas dimakan. Lebih-lebih lagi jika dinikmati bersama kuah gulai, ayam goreng berempah panas serta sambal. Bagi yang nak cuba buat nasi kukus ni, bolehlah guna teknik serta sukatan perkongsian saudari Yatie Tie. Resipi ni juga sesuai untuk berniaga. Selamat mencuba!
CARA-CARA MASAK NASI GUNA TEKNIK KUKUS
BAHAN-BAHAN:
Beras
Air
Bekas ( seperti dalam gambar)
CARA MEMASAK:
1. Basuh beras seperti biasa dan toskan airnya.
2. Sukat 1 bekas beras dan 1 bekas air. Guna sukatan yang sama untuk kedua-dua bahan ini.
Ads
3. Masukkan beras dan air ke dalam bekas kukusan dan kukus selama 30 minit. Jika menggunakan api yang besar, lagi cepat nasi masak.
4. Angkat dan nasi boleh dinikmati bersama ayam goreng berempah, sambal belacan dan kuah gulai/kari.
Ads
RESIPI SAMBAL:
Cili merah
Cili padi
Air Asam Jawa
Belacan
Garam secukup rasa
Perisa | jika suka
Limau nipis @ limau kasturi
*Jumlah bahan adalah mengikut kesesuaian dan citarasa masing-masing.
CARA-CARA:
1. Kisar cili merah, cili padi, asam jawa, belacan, garam dan serbuk perasa.
Ads
2. Kemudian perah limau nipis atau limau kasturi secukupnya.
3. Gaul rata dan sedia untuk dinikmati.
Info: Jika mahukan nasi yang lebih wangi, boleh mengukus nasi bersama daun pandan. Ia akan mengharumkan nasi serta mempunyai rasa lebih enak.
Punten adalah sejenis makanan tradisi dan popular di kalangan masyarakat keturunan Jawa terutamanya di daerah Sabak Bernam. Malah sajian ini juga tidak asing lagi di kalangan masyarakat Melayu. Rupanya seakan-akan nasi impit namun sedikit berbeza rasanya lebih berlemak kerana nasi dimasak bersama santan dan garam. Punten biasanya dinikmati bersama sambal cili padi dan bawang di waktu pagi dan petang. Ada yang teringin nak cuba? Saudari Siti Norliya ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
CARA MASAK PUNTEN & SAMBAL BILIS
BAHAN PUNTEN:
1 cawan beras
3 cawan air
1/2 cawan santan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Basuh beras kemudian masukkan air, santan dan garam. Kacau seketika.
2. Masak nasi hingga kering kemudian tanak (biar keep warm) nasi punten selama lebih kurang 1-2 jam. ( boleh juga bila nasi masak, kacau rata kemudian terus ditumbuk ketika masih panas)
3. Kemudian tumbuk nasi tersebut ketika masih panas dan bolehlah dicetak bentuk lonjong menggunakan senduk.
BAHAN SAMBAL BILIS
20 biji cili api (lebihkan jika mahu lebih pedas) – kisar
3 biji bawang besar – kisar
5 ulas bawang putih – kisar
Sedikit belacan – kisar
2 genggam ikan bilis yang sudah dikopek
1 genggam ikan bilis – kisar kasar
Sedikit air asam jawa
Gula dan garam secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga garing 2. Masukkan cili dan belacan. Tumis hingga garing. 3. Masukkan air asam jawa dan ikan bilis. Masak hingga pekat. 4. Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Masak hingga betul-betul pekat. 5. Sedia untuk dihidangkan bersama Punten.
Sesekali nak rasa kelainan, cuba masak nasi mentega. Rasanya macam nasi ayam tapi ada rasa lemak sedikit sebab guna mentega. Memang sedap. Paling menarik, nasi ini boleh dimasak menggunakan periuk nasi elektrik. Senang saja.
NASI MENTEGA
Bahan-bahan
150 gram mentega
5 ulas bawang putih hiris nipis
2 helai daun pandan
4 cawan beras (basuh bersih)
Garam secukup rasa
Setengah kiub pati ayam
Cara membuatnya
1. Panaskan kuali dan masukkan mentega. Kacau sehingga cair.
2. Masukkan bawang putih dan daun pandan. Kacau sekejap saja.
3. Masukkan beras yang telah dibasuh, serbuk perasa, garam dan kiub pati ayam. Kacau rata.
4. Tambah sedikit air. Kacau beras sehingga air kering sedikit. Nasi akan masak sedikit.
5. Apabila air sudah kering, masukkan beras ke dalam periuk nasi dan masukkan air seperti masak nasi biasa.
6. Tekan button cook dan biarkan sehingga nasi masak.
Nasi Ayam Lebanon yang sangat enak dan resipinya juga mudah. Dimakan pula bersama Ayam Grill persis restoran terkenal, ternyata menu ini antara yang perlu anda cuba. Sedap betul! Saudari Rozmaliza Omarada kongsikan resipinya. Suami dan anak-anak pasti suka.
CARA MEMASAK: 1.Panaskan air dalam rice cooker hingga mendidih. 2.Panaskan minyak sapi atau mentega dalam periuk lain. Tumis rempah 4 sekawan, daun bay dan bahan hiris hingga wangi. 3.Kemudian masukkan semua rempah dan gaul sebati. Pastikan tidak hangus. 4. Masukkan akar pokok ketumbar, kismis dan gajus. Gaul rata. 5. Bila sudah elok semuanya, masukkan beras yang telah direndam selama 30 minit – 1 jam. 6. Pastikan beras digoreng selama 10 minit atau hingga beras nampak garing. 7. Masukkan air, plain yogurt, cuka, garam dan gula. Masak nasi seperti biasa. 8. Jika nak masukkan cili besar merah dan hijau boleh dimasukkan ketika ini. 9. Bila nasi sudah kering, baru masukkan safron atau pewarna kuning dan juga 1- 2 sudu makan minyak sapi atas nasi. 10. Biarkan dalam 10 minit barulah digembur-gembur kan nasi tadi. 11. Siap dan sedia untuk dinikmati.
CARA MEMASAK: 1. Kisar kesemua bahan-bahan di atas. Kemudian lumurkan bahan kisar pada bahagian luar dan dalam ayam 2. Perap ayam selama 1-2 jam di dalam chiller/ peti sejuk. 3. Panggang ayam di dalam ketuhar selama 1 jam pada suhu 180c atau sehingga masak. 4. HIdangkan Ayam Grill ala Kenny Rogers bersama Nasi Ayam Lebanon.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.