Cara-Cara Masak Nasi Putih Dalam Kuantiti Yang Banyak, Wangi, Gebu & Lambat Basi.

Share

Bila ada kenduri, pastinya kita akan masak dalam jumlah yang banyak. Namun ada juag yang ragu-ragu tentang cara dan teknik memasak nasi ni. Maklumlah, biasanya masak nasi dalam 1-2 pot sahaja sehari. Panduan masak nasi dalam jumlah yang banyak, gebu dan lambat basi yang dikongsi oleh Noorastella Muhamma ni boleh dicuba. Pasti puas hati.

 

TUTORIAL MASAK NASI PUTIH YG MUDAH, GEBU BERDERAI SEBIJI-BIJI,

TAHAN LAMA, SEDAP DAN WANGI.

 

1. Isikan air dalam periuk hingga penuh. Masak atas dapur gas hingga mendidih. Ia bertujuan untuk nasi yang tahan lama dan tidak cepat basi.

2. Bila air mendidih, buang air panas tersebut di dalam sinki. Boleh juga letak daun pandan semasa merebus supaya berbau wangi.

3. Lap kering periuk nasi tersebut dan isikan dengan kuantiti beras yang ingin dimasak. Dalam gambar ini, jumlah untuk masak 3 kilo beras sekaligus. Pastikan periuk anda mampu menampung jumlah beras yang ingin anda masak.

4. Basuh bersih-bersih beras yang hendak di masak. Pastikan beras dicuci berkali-kali sampai air basuhan betul-betul jernih dan semua kekotoran/kutu hilang.

5. Setelah siap basuh bersih beras, teknik mengukur sukatan air yang paling tepat adalah dengan menggunakan jari tengah. Masaklah berapa banyak beras pun, 1 kg, 3 kg, 5 kg, 10 kg sekaligus. Tekniknya TETAP SAMA. Ukur menggunakan jari tengah. Tidak perlu ukur beras di bawah dasar periuk, cuma ukur ketinggian air sahaja. Sebelum ukur air, pastikan ratakan dahulu permukaan beras.

6. Kaji beras yg anda gunakan.

  • Beras biasa (tidak keras tidak lembik), sukatan air betul-betul
    di tengah garisan jari tengah.
  • Beras yang perlu guna banyak air, sukatan air guna garisan atas jari tengah.
  • Beras yang jenis lembut, kurangkan penggunaan air. Gunakan garisan bawah jari tengah.

Kawan-kawan boleh rujuk gambar jari tengah yang saya ikat gunakan getah untuk memudahkan kawan faham sukatan air beras.

7. Saya gunakan beras biasa. Sukatan air betul-betuldi tengah garisan jari tengah.

8. Masukkan sedikit garam. Bagi jumlah beras 3 kilo, masukkan 2 sudu teh garam. Kemudian ratakan. Garam ini bertujuan agar nasi yang masak menjadi tahan lama, sedap dan kenyal.

9. Kemudian masukkan beberapa helai daun pandan untuk aroma nasi yang wangi dan menyelerakan.

10. Bila nasi sudah masak (suis periuk nasi telah naik), kais-kaiskan nasi supaya nasi masak secara rata. Wap yang terkumpul akan keluar dan nasi tidak akan lembab. Inilah petua menghasilkan nasi yang cantik dan tidak cepat basi.

Selamat mencuba!

 

 

Kredit petua & foto:  Noorastella Muhamma. 

Published by
Nur