Masak Paprik memang sedap. Tidak kiralah anda guna ayam ke, daging, makanan laut atau belut. Memang layan. Kuah berperisa yang separa pekat dan dicampur dengan pelbagai sayur-sayuran ini ternyata digemari ramai. Makan acap kali pun tak terasa muak. Jom cuba menu mudah ni hari ni. Pasti anda suka. Tak perlulah beli lepas ni.

PAPRIK AYAM THAI

Ads

BAHAN-BAHAN:

  • Ayam – potong dadu
  • Garam secukupnya – lumur pada ayam
  • 3 ulas bawang putih – tumbuk lumat
  • 2 hiris halia – tumbuk lumat
  • 1 sudu besar serbuk cili – campur sedikit air
  • 5-6 helai daun limau purut
  • 2 batang serai – titik
  • Sos tiram secukupnya
  • Sos cili secukupnya
  • Kicap manis cap kipas udang secukupnya
  • Garam dan perasa secukupnya
  • 1 biji bawang Holland – dihiris
  • 2-3 tangkai kacang panjang – dihiris
  • 1/2 batang lobak merah – dihiris
  • Cili padi  – ditumbuk kasar
  • Sedikit air

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia, cili padi dan serai hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan serbuk cili yang telah dibancuh dengan sedikit air. Tumis hingga sedikit masak.
  3. Masukkan ayam. Gaul rata dan biarkan ayam sedikit kecut.
  4. Tambahkan sos cili, sos tiram dan kicap. Perasakan juga dengan garam serta perasa dengan secukupnya.
  5. Seterusnya masukkan hirisan bawang, lobak merah serta sedikit air. Biarkan mereneh seketika.
  6. Akhir sekali, masukkan hirisan kacang panjang dan daun limau purut. Gaul rata dan biarkan kacang masak.
  7. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Step masak ada dalam video di bawah ini. Sangat mudah.

Ads

https://www.facebook.com/asma.shukri242/videos/1515951128473447/

Ads

Kredit resipi & foto: Asma Shukri

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI