
Sayur peria memang bagus untuk kesihatan namun ramai yang kurang gemar dek kerana rasanya yang sedikit pahit. Selain dijadikan ulam, dimasukkan ke dalam masakan, salah satu masakan sedap yang anda boleh hasilkan ialah Peria Celup Tepung ni. Jom cuba!
PERIA CELUP TEPUNG
BAHAN-BAHAN:
- Peria katak
- Tepung goreng serbaguna
- Garam untuk rendam peria
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan peria dan potong nipis-nipis. Rendam dalam air garam seketika.

2. Toskan peria.
3. Gaul hirisan peria tadi bersama tepung goreng serbaguna hingga bersalut sepenuhnya.

4. Panaskan minyak dan goreng hingga garing. Selamat mencuba!

Kredit resipi & foto: Fazilah Saad
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
5 Lauk Pauk Tradisi Warisan Keluarga Mok Teh Kini Dikongsi. Sedap Dijamu Cuti Panjang 4 Hari Ni

Lauk pauk tradisi Melayu boleh aje dihidang pada bila-bila masa . Sajian Melayu memang mudah dimasak dan kaya dengan penggunaan rempah ratus.

Ni Min nak share 5 lagi resipi dari Zunita Adibah Mohamed Adib yang mesra dikenali sebagai Mok Teh. Restoran Moh Teh ni memang cukup dikenali dikalangan penduduk Pusat Bandar Wangsa Maju dan warga kota yang lain.
Lain orang lain resipi dan air tangannya. Sempena cuti hujung minggu yang bersambung dengan cuti umum Hari Keputeraan Agong dan Awal Muharram boleh lah ceriakan famili dengan hidangan ini. Walaupun ni lauk ‘favorite’ hari raya ok aje nak hidang di hari sambutan keputeraan Yang Di Pertuan Agong dan cuti awal Muharram ni kan.
1.NASI TOMATO

BAHAN-BAHAN :
- 750 gm beras | lebih kurang 3 mug|
BAHAN A:
- 1 batang kayu manis
- 5 biji buah pelaga
- 5 biji cengkih
- 1 biji bunga lawang
- 3 biji bawang merah |dihiris nipis
- 2 sm halia | dihiris nipis
BAHAN B:
- 10 sudu makan tomato puri
- 3 sudu makan susu cair
- 2 sudu teh gula
- 1 sudu teh garam
- 3 helai daun pandan
- 2 tangkai daun ketumbar
- 1 sudu makan minyak sapi
- 2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Basuh beras sehingga bersih dan toskan.
2. Masukkan 4 mug air dalam periuk elektrik. Hidupkan periuk elektrik, masukkan daun pandan.
3. Panaskan minyak dan miyak sapi dalam kuali. Bila minyak sudah panas, masukkan bahan A dan tumis sehingga garing, kemudian masukkan tomato puri dan teruskan tumis.
4. Bahan bahan yang ditumis, dimasukkan kedalam periuk elektrik, teruskan memasak.
5. Kemudian masukkan susu cair, garam dan gula. Apabila air mendidih masukkan beras yang dibasuh tadi. Bila nasi hampIr masak, letakkan daun ketumbar di atas nasi.
Saiz hidangan: 8 orang.
Waktu memasak 40 minit.
Cara Memasak : Tumis dan reneh
Keistimewaan: Enak dan berlemak
2. AYAM MASAK MERAH MOK TEH

BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam dipotong 12
- 250gm cili boh
BAHAN A:
1 biji bawang besar |di hiris besar
10 biji bawang merah
3 biji bawang putih
2 sm halia
4 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos cili
Sedikit air asam
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1.Ayam dibasuh bersih, gaul dengn garam dan kunyit, digoreng. Bila sudah masak, angkat dan toskan.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang besar yang dihiris , tumis, bila garing masukkan cili boh dan teruskan tumis.
3. Bawang merah, bawang putih dan halia di kisar, kemudian dimasukkan ke dalam kuali.
4.Tumis hingga garing , kemudian masukkan sos tomato, sos cili dan air asam.
5. Tumis lagi hingga masak, masukkan garam dan gula.
6. Apabila sambal ayam masak merah sudah masak, masukkan ayam yang digoreng tadi, masak kan untuk seketika.
7. Apabila dah cukup rasanya, boleh diangkat. Ketika menghidang, taburkan daun sup, daun bawang dan cili hidup ke atasnya.
Saiz hidangan: 6 orang.
Waktu memasak 30 minit.
Cara Memasak : Tumis dan reneh
Keistimewaan: Enak dan pedas
3. DALCA DAGING CINCANG

BAHAN-BAHAN:
- 250 gm kacang dhal
- 250 gm daging cincang
- 5 biji bawang merah
- 3 biji bawang putih
- 2.5sm halia
- 2 sudu makan cili boh
- 5 sudu makan serbuk kari daging
- 2 biji kentang
- 1 batang lobak merah
- 2 batang terung
- 20 urat kacang panjang
- 2 biji cili hijau
- 3 biji pisang muda(*optional)
- ½ kg santan
- 3 sudu besar minyak masak untuk menumis
- Garam secukup rasa
- Sedikit air asam jawa
CARA MEMASAK:
1. Rendam kacang dhal hingga kembang dan Daging cincang dipotong kecil.
2. Bawang merah, bawang putih dan halia dipotong halus.
3. Panaskan minyak dalam kuali , kemudian masukkan bahan bahan yang dihiris tadi. Tumis hingga garing, masukkan cili boh,tumis, bila agak garing, masukkan rempah kari.
4. Bila rempah sudah garing, masukkan daging cicang.tumiskan sebentar. Masukkan air, apabila mendidih masukkan kacang dhal.
5. Sementara itu, Ubi kentang, lobak merah, terung dan kacang panjang dipotong ikut saiz yang disukai.
6. Apabila mendidih, masukkan santan, masak lagi hingga mendiidih, masukkan ubi kentang.
7. Bila ubi kentang agak lembut, masukkan terung. Masak sekejap, kemudian masukkan lobak merah dan kacang panjang. Kemudian masukkan garam dan sedikit air asam. Sebelum tutup api, masukkan cili hijau yang sudah dipotong.
Saiz hidangan: 8 orang.
Waktu memasak :40 minit.
Cara Memasak : Tumis dan reneh
Keistimewaan: Enak dan berlemak
4. MASAK LODEH WARISAN IBU

BAHAN A – dikisar
- 5 biji bawang merah
- 3 biji bawang putih
- 2.5sm lengkuas
- 10 biji cili api hijau
- 2 biji cili merah
- 3 sudu besar udang kering
BAHAN B:
- 250gm udang basah
BAHAN C :
- 2 keping tauhu basah
- 2 paket tempe |potong gaul garam dan goreng
- 1 paket tauhu kering |rendam hingga kembang
- ½ biji sengkuang |dipotong
- 15 batang kacang panjang |dipotong
- 1 batang lobak merah |dipotong
- 300gm kubis |dipotong
- 1kg santan
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masak bahan A yang sudah dikisar.
2. Tumis hingga agak garing, masukkan udang hidup yang sudah dibersihkan. Masak sekejap
3. Kemudian masukkan santan. Kemudian masukkan tauhu kering yang sudah kembang, masak seketika.
4. Masukkan sayur sayur sudah di potong. Bila sudah mendidih, masukkan tauhu dan tempe yang sudah digoreng.
5. Masak sehingga mendidih, tutup api dan boleh dihidang dengan lontong dan sambal sotong.
Saiz hidangan: 8 orang.
Waktu memasak :40 minit.
Cara Memasak : Tumis dan reneh
Keistimewaan: Enak dan berlemak
5. PARU PARU LADA HITAM KELUARGA WAN

BAHAN-BAHAN :
- 1 kg paru
- 3 sudu besar lada hitam|dikisar halus
- 2 kilo santan
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Paru direbus separuh masak. Sejukkan, kemudian di potong nipis.
2.Panaskan kuali masukkan paru yang sudah dipotong bersama dengan santan dan lada hitam yang sudah dikisar.
3.Apabila mendidih, masuk kkan garam secukup rasa.Teruskan masak sehingga kering.
Saiz hidangan: 8 orang.
Waktu memasak :40 minit.
Cara Memasak : Tumis dan goreng
Keistimewaan: Enak dimakan dengan lontong atau nasi putih
Anggaran kos: RM20
TERIMA KASIH : Restoran Mok Teh Nasi Dagang, Pusat Bandar Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Cara Buat Tumis Petai Ikan Bilis & Cili Api Paling Mudah . Sedap Melampau Mesti Bertambah Makan



Hidangan petai paling pantas yang boleh kita masak. Tidak perlu bahan yang keterlaluan dan sangat senang untuk di masak. Rasa enak pahit petai, digabung dengan rasa masam, manis dan pedas. Sesuai makan dengan nasi putih atau untuk penggemar tegar petai boleh ratah begitu sahaja.
IKAN BILIS PETAI DAN CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
- 1 mangkuk ikan bilis – goreng garing
- Bawang Putih (Hiris)
- Bawang Holand (Hiris)
- Petai (Belah dua)
- Cili Api (Hiris)
- Garam
- Gula

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang holand, garam, gula dan petai.
2. Masukkan cili api. Dah masak semua masukkan ikan bilis yang sudah di goreng garing tu. Kacau sampai sekata.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Marina Ismail
INGIN MEMBELI HAND BLENDER @ FOOD PROCESSOR, BOLEH LIHAT DI SINI.
Step By Step Memasak Roti Kerca & Kuah Kari Daging , Menu Sarapan Sedap
Ringkas Je Tapi Sedap. Resipi Berlado Kentang Bersama Ikan Bilis

Bagi penggemar sajian pedas bercili, resipi Berlado Kentang Bersama Ikan Bilis perkongsian saudari NurulAin Alaui ni boleh anda cuba. Sangat mudah dan ringkas sahaja resipinya tetapi rasanya, bak lauk dari restoran mewah. Nikmat tak terkata. Makan dengan nasi panas sahaja sudah cukup. Menurut empunya resipi juga, arwah bapanya Hj Alaui Bin Nor yang mengajarnya masak menu berlada ini dan berharap agar pahala yang diperolehi dari perkongsian resipi ini, mengalir kembali kepada arwah. Insyaallah.
CARA MASAK BERLADO KENTANG BERSAMA IKAN BILIS

BAHAN-BAHAN:
Bawang merah – beli online disini
Bawang putih – beli online disini
Cili padi merah
Cili padi hijau
Limau kasturi (jika ada)
Garam, gula & aji secukupnya
Ubi kentang – beli online disini
Ikan bilis – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Kupas ubi kentang dan potong bulat. Ketebalannya tidak terlalu nipis dan tidak terlalau tebal. Goreng sampai masak.
2. Bersihkan ikan bilis, goreng hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya.
3. Satukan bawang merah, bawang putih, cili padi hijau dan cili padi merah. Kisar kasar. Jumlahnya bergantung pada jumah kentang yang anda guna.
4. Panaskan minyak (boleh guna minyak lebihan goreng bilis tadi), kemudian tumis bahan kisar sampai garing.
5. Masukkan garam, sedikit gula, aji dan perah jus limau kasturi. Jika tidak suka rasa limau, boleh abaikan. (empunya resipi suka letak limau kerana aromanya yang wangi.)
6. Bila sambal sudah garing, masukkan kentang dan bilis yang sudah digoreng awal tadi. Gaul rata.

7. Angkat dan Berlado Kentang Bersama Ikan Bilis sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: NurulAin Alaui
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sotong Goreng Kunyit Berempah. Tambah 2 Bahan Ni Jadi Lebih Sedap
Resipi Kek Marjerin Kampung Guna Sukatan Cawan. Lembut Gebu Memang Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

