
Bercadang nak masak pulut kuning untuk sajian keluarga esok? Resipi pulut kuning ni anda boleh cuba. Sangat mudah dan tak perlu kukus pun. Guna periuk nasi elektrik je. Dalam masa 30 minit, pulut kuning sedia untuk dinikmati. Kalau makan dengan rendang, perghh…memang terangkat habis!
PULUT KUNING RICE COOKER
BAHAN-BAHAN:
- 300gm beras pulut – basuh & tos air
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1/2 sudu teh garam halus
- 2 sudu makan gula
- 2 sudu makan minyak masak
- 2 helai daun pandan
- Santan dari 1/2 biji kelapa – anggaran 200-250ml
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Beras pulut dicuci dan ditoskan air. Masukkan ke dalam periuk nasi.
2.Masukkan serbuk kunyit, garam, gula, minyak masak dan air menyamai paras pulut.
3.Potong daun pandan dan masukkan ke dalam periuk tadi.
4. Masak pulut menggunakan rice cooker seperti masak nasi.
5. Lepas 10 minit, akan jadi macam ni. Kacau-kacau pulut supaya sekata.
6. Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Bila pulut nampak basah, berhenti tuang santan. Tak perlu habiskan. Biarkan selama 5 minit supaya pulut menyerap santan.
9. Tekan butang on pada rice cooker sekali lagi. Biarkan pada posisi warm sahaja. Biar pulut masak dan berkilat lebih kurang selama 10 minit.
10. Siap dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Nazra Queen
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Masak Nasi Kuning Gulai Ikan Tongkol, Gerenti Tak Menyesal Cuba.

Anak-anak Terengganu mesti teringatkan kampung halaman bila sebut Nasi Kuning Gulai Ikan Tongkol. Kalau teringat anda boleh cuba resipi yang dikongsikan di bawah ini, sekurang-kurangnya lepas rindu ibu ayah dan sanak saudara di kampung. Menu simple dan mudah sangat kalau anda mencubanya.
NASI KUNING GULAI IKAN TONGKOL TERENGGANU
BAHAN NASI KUNING:
3 cawan beras | beras basmathi lagi elok.
4 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 sudu kecil garam
2 helai daun pandan
Pewarna kuning
BAHAN TUMISAN:
2 sudu besar majerin
3 sekawan seckupnye
2 ulas bawang putih | hiris
1/2 inci halia | hriis
3ulas bawang merah | hiris
CARA MEMASAK:
- Panaskan marjerin, diikuti bahan tumisan dan daun pandan.
- Bila naik bau masukkan beras yang telah dicuci dan toskan tadi ( jika guna beras basmathi rendam dahulu setengah jam).
- Kacau sekejap masukkan air, susu dan perwarna kuning. Lengkapkan rasa dengan garam dan sedikit gula jika perlu.
- Setelah cukup rasa tutup periuk masak macam biasa hingga nasi masak.
GULAI IKAN TONGKOL
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan tongkol saiz besar | potong, bersih dan tos.
3 sudu besar cili kering kisar
2 sudu makan kerisik
3 sudu besar rempah gulai bunga rose | campur dengan rempah masak rose dan tambah sedikit air jadikan pes. Kacau hingga jadi pes.
Gula melaka @ gula putih
Garam secukup rasa
Cili padi secukupnya
1 kotak santan kecil
Rempah 4 sekawan
BAHAN KISAR:
6 bji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm lengkuas
2 cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
- Ikan yang dibersihkan tadu masukkan dalam pengukus dan kukus dengan air biar tenggelam ikan. Campurkan asam gelugor, garam (air ikan simpan untuk dimasukkan ke dalam gulai nanti). Kukus sehari awal lebih baik.
- Panaskan minyak tumis cili kering & 4 sekawan hingga terbit minyak masukkan bahan kisar.
- Tumis hingga naik bau baru masukkan rempah yang dijadikan pes tadi bersama cili padi. Tumis hingga pecah minyak dan rempah betul-betul masak.
- Masukkan santan air, biarkan mendidih, masukkan gula melaka, kerisik dan ikan berserta air dan asam gelugornya sekali.
- Biarkan mereneh seketika dan tambah garam secukup rasa.
- Kecilkan api, biarkan mereneh seketika dan timbul minyak dan tutup api.
- Gulai ikan tongkol siap.
ACAR TIMUN:
BAHAN-BAHAN
1 batang timun| buang tengahnya dan potong mancis
1 batang lobak merah | potong mancis
1 biji cili merah | hiris
1 biji bawang besar | hiris
Garam, gula dan cuka secukupnya
Sedikit jus limau kasturi
CARA MEMBUAT:
- Campurkan cuka, garam, gula dan jus limau nipis. Kacau rata hingga sebati.
- Tuangkan ke dalam bekas yang berisi hirisan timun, lobak merah, bawang besar dan cili tadi.
- Gaul rata hingga cukup rasa.
- Sedia dihidangkan.
SAMBAL LADA:
BAHAN- BAHAN:
3 biji cili besar merah
Cili padi hijau + merah Secukupnya
Garam, gula, jus limau kasturi secukupnya
CARA MEMBUAT:
- Masukkan semua bahan ke dalam blender. Kisar hingga hancur.
- Setelah siap, sambal sedia dihidangkan.
INFO : Dalam gulai boleh masuk belimbing buluh dan tambah telor rebus.
Kredit : Norashikin Ismail
Masakan Indonesia Paling ‘Ngetop’, Selera Rasa Berbuka Serumpun.

Isi Kandungan
ToggleHari ni min nak kongsi tiga resipi dari tanah seberang, tetangga kita Indonesia. Nama aje lain sikit, tetapi sebenarnya banyak dari sajian di sana ada di negara kita. Selera pun sama, serumpun la katakan.
Contohnya opor ayam, , di Johor cukup popular terutamanya di kalangan orang Jawa Johor. Orang Melayu pun dah menganggap lauk ini sebagai lauk tradisional. Begitu juga dengan hidangan Nasi Goreng dan Sup Ekor Lembu atau dikenali buntut di sana memang citarasa kegemaran rakyat Malaysia.
Jadi tunggu apa lagi , jom semak resipi dari Chef Faridul Ataras Abdul Razak dan Chef Ardy Daniel dari Hotel Crystal Crown PJ ini.
1. OPOR AYAM
BAHAN-BAHAN :
- 1 ekor ayam |dipotong 12 bahagian
- 500 gm santan segar
- 3 batang serai |diketuk
- 4 helai daun salam
- 6 helai daun limau purut |dicarik
- 2 sudu teh serbuk ketumbar
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
Bahan dikisar:
- 3 sm lengkuas
- 8 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 6 biji buah keras
- 1/2 sudu teh biji jintan
- 2 sudu makan gula merah
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar, serai dan daun salam.
2. Kemudian masukkan serbuk ketumbar, lada sulah dan kacau sehingga sebati.
3. Masukkan potongan ayam dan gaul hingga sebati.
4. Masukkan pula santan sehingga mendidih.
5. Kecilkan api dan apabila kuah sudah mula pekat, perisakan dengan garam dan gula merah.
6. Opor ayam boleh dihidangkan.
Saiz hidangan : 2- 3 orang makan
Masa memasak :25 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Opor ayam cukup terkenal di kalangan masyarakat Jawa. Di Johor sajian ini juga adalah di antara sajian tradisi negeri ini.
Anggaran kos : RM 12
INFO CHEF : Lauk ini banyak menggunakan santan, jadi untuk menjaga kualiti santan campurkan sedikit garam dan sebiji cili padi jika mahu menyimpan.
2. NASI GORENG BATAM
BAHAN-BAHAN :
- 150 gm nasi putih
- 2 biji telur ayam
- 5 ekor udang harimau
- 5 keping isi ayam |dihiris
- 1 ekor sotong putih | dihiris
- 2 ulas bawang putih | dititik
- 2 biji bawang merah | dihiris
- 5 ekor udang kering |ditumbuk
- 2 sudu makan pes cili kering
- 3 sudu teh kicap pekat
- Garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk hiasan :
- Keropok udang
- Acar mentah
- Chicken boxing
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan udang kering.
2. Masukkan pes cili kering dan tumis hingga garing, dan masukkan kicap dan telur.
3. Masukkan ayam, udang dan sotong sampai separuh masak dan masukkan nasi.
4. Gaulkan sampai garing. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa
5. Hidangkan bersama keropok udang dan bahan hiasan yang lain.
Saiz hidangan : 1 orang
Masa memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Nasi
Keistimewaan : Set makanan lengkap, boleh menjadi sajian pagi, tengahari mahu pun petang
Anggaran kos : RM 14
INFO CHEF: Untuk nasi tahan lama, masa masak nasi perah sedikit jus limau nipis ke dalam berasa yang sudah disukat air. Jangan risau rasa tak berubah dan menjadi lambat basi.
3. SUP BUNTUT (EKOR LEMBU)
BAHAN-BAHAN :
- 1/2 kilo daging lembu
- 1500 ml air
- 1 senduk minyak masak untuk menumis
- 4 biji ubi kentang | dipotong dadu
- 3 biji lobak merah | dipotong dadu
- 1 sudu teh lada sulah
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1 sudu teh jintan manis
- 5 ulas bawang putih| dikisar
- 8 biji bawang merah| dikisar
- 1 sm halia | dikisar
- 5 tangkai bunga cengkih
- 4 biji pelaga
- 2 biji bunga lawang
- 10 gm kulit kayu manis
- 1 sudu teh gula
- 2 biji tomato/dipotong dadu
- 2 sm kulit kayu manis
- 2 ketul stok daging
Bahan tabur :
- Bawang goreng
- Saderi/ dihiris
- Daun bawang dan daun sup /dihiris
CARA MEMASAK :
1. Cuci bersih ekor dan rebus dalam air mendidih selama 15 minit.
2. Buang airnya.
3. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bawang putih, merah bersama rempah bunga lawang, cengkih, pelaga dan kayu manis.
4. Masukan serbuk ketumbar, jintan dan lada sulah.
5. Tumiskan bahan sampai naik bau.
6. Masukkan ekor dan tuangkan air, rebus selama dua jam
7. Selepas daging empuk , masukkan bahan seperti kentang, lobak dan tomato serta stok daging.
8. Perisakan dengan garam
9. Siap untuk dihidangkan dan taburkan bawang goreng, daun sup, saderi dan daung bawang
Saiz hidangan : 2 orang
Masa memasak : 1 jam 15 minit (jika guna pressure cooker)
Cara memasak : Tumis dan rebus/reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Jika suka anda boleh memerah limau nipis untuk melazatkan lagi sup dan mengurangkan kandungan lemak.
Anggaran kos : RM 25
INFO CHEF : Ekor lembu adalah bahagian daging yang susah untuk empuk dan mengambil masa yang lama. Anda boleh memasukkan beberapa biji kurma untuk melembutkan daging semasa merebus.
Masak Sendiri Nasi Kunyit, Lauk Daging Kerisik & Udang Jintan

Tak tau nak masa kapa tengahari ni, apa kata korang masak set Nasi Kunyit dengan lauk Daging Kerisik dan Udang Jintan. Senang nak masak dan sedap, sesuai sangat masa cuti sekolah ni. Buat lebih boleh bag ikat jiran sebelah. Kalau takda bahan sempata lagi nak le pasar pagi ni…Tak salahkan sesekali berubah rasa makan.
.
DAGING TUMIS KERISIK
BAHAN-BAHAN:
- 500gm daging batang pinang |hiris nipis, cuci dan tos
- 2 biji kentang | belah 4 dan goreng separuh masak
- 2 sudu makan kerisik
- ½ cawan kicap manis
- 1 sudu makan hirisan gula melaka
- 1 biji cili merah | hiris serong
- 1 sudu makan makan ketumbar biji | kisar kasar
- 1/2 sudu teh jintan manis
- 1/2 sudu teh jintan putih
- 1 sudu teh lada hitam biji
- Air secukupnya
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 helai daun pandan
- 4 sudu makan minyak masak
BAHAN HIRISAN:
- 3 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar
BAHAN KISAR:
- 6 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2cm halia
- 2 cm lengkuas
- 2cm kunyit hidup
- 3 batang serai
CARA MEMASAK:
1. Daging dicamapur dengan semua bahan kecuali hirisan cili, hirisan bawang besar, bawang putih, kerisik dan kentang goreng separuh masak.
2. Gaul rata, kemudian perapkan sekurang-kurangnya 2-3 jam dalam peti sejuk.
3. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih dan daun pandan hingga wangi.
4. Kemudian masukkan daging yang telah diperap tadi, masak hingga daging kecut.
5. Masukkan sedikit air, kerisik, hirisan kentang dan cili merah.
6. Sesuaikan rasa dengan menambah sedikit garam dan gula, ikut keperluan.
7. Setelah daging empuk dan cukup rasa, tutup api. Daging Goreng Kerisik sedia dihidangkan.
.
UDANG MASAK JINTAN
BAHAN-BAHAN:
- 1kg udang
- 3 biji bawang besar | hiris
- 2 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
- 4 sudu makan rempah kari ikan
- 2 sudu makan serbuk cili
- 1 sudu makan serbuk kunyit
- 1 sudu teh serbuk jintan manis
- 1 sudu teh serbuk jintan putih
- 2 sudu makan jus limau nipis
- Garam dan gula secukup rasa
- 6 sudu makan minyak masak
- 6 – 7 sudu besar minyak masak
- 2 sudu besar jus limau nipis
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 1 biji bawang besar
- 3cm halia
- 6 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan udang, buang sesungut dan muncung tajam tanpa membuang kepalanya.
2. Gaulkan udang dengan serbuk kunyit, serbuk cili dan satu sudu makan bahan kisar dan jus limau nipis. Perap selama 20-30 minit.
3. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar yang dihiris.
4. Setelah wangi, masukkan lebihan bahan kisar tadi.
5. Seterusnya masukkan pula campuran rempah kari, jintan manis dan putih yang telah dicampur dan dikacau menjadi pes.
6. Apabila pes telah pecah minyak, masukkan udang, kemudian tambahkan satu cawan air untuk kuah.
7. Kemduian masukkan daun kari, perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
8. Biarkan seketika di atas api sehingga kuah sedikit likat tetapi tidak terlalu pekat.
9. Tutup api dan udang siap untuk dihidangkan.
.
NASI UDANG KUNYIT
BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan beras basmathi | rendam setengah jam dan tos
- 250gm udang | bersihkan
- 1/2 cawan susu cair
- 3 cawan air
- 1 ketul perasa ayam
- Garam secukup rasa
- 1 helai daun pandan
- 1/2 sudu makan serbuk kunyit
- 3 sudu makan mentega
- 2 sudu makan minyak masak
BAHAN REMPAH PENUMIS:
- 3cm kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 4 kuntum bunga cengkih
- 5 biji buah pelaga
BAHAN HIRISAN:
- 1 biji bawang besar | hiris kasar
- 4 biji bawang putih | belah dua
- 3cm halia | hiris
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan mentega dalam periuk, tumiskan daun pandan.
- Masukkan pula bahan hirisan, kacau hingg layu baru masukkan rempah penumis.
- Setelah wangi, masukkan udang dan gaul rata.
- Apabila udang bertukar warna kemerahan, masukkan beras, gaul rata.
- Setelah beras berubah warna masukkan serbuk kunyit, air, susu cair, perasa ayam dan garam secukup rasa.
- Tutup periuk, kecilkan api dan biarkan mereneh.
- Setelah kuah kering kecilkan api dan biarkan nasi masak lebih kurang 10 minit.
- Setelah masak, nasi boleh dihidangkan.
.