Cara-Cara Masak Rendang Kerang Pedas Versi Orang Perak. Memang Sedap!

Share

Salah satu resipi Rendang Kerang terbaik yang tentunya buat anda terliur. Bagi anda yang teringin nak masak menu ni, resipi perkongsian saudara Aezach AR yang ni memang wajib cuba. Pasti tak menyesal!

 

RENDANG KERANG PEDAS

BAHAN-BAHAN:

  • 3kg kerang – gosok dengan berus sabut, basuh bersih dengan air mengalir, tuang air panas, tutup 10 minit, ambil isi.

BAHAN KISAR:

  • 5 biji bawang merah ros
  • 2 biji bawang merah besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inchi halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 5 batang serai – ambil bahagian dalam putih sahaja
  • 10 biji cili api kampung

BAHAN LAIN:

  • 10 tangkai cili kering – buang biji, rebus dan kisar halus
  • Santan dari 1 biji kelapa
  • 3 sudu makan kerisik
  • 2 keping asam gelugur
  • 3 helai daun kunyit – hiris halus

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam 1/2 cawan, masukkan bahan kisar dan cili kering kisar. Tumis sampai kering dan pecah minyak
2. Masukan santan. Biarkan merenih dengan api perlahan.
3. Masukan kerisik dan asam keping. Renih lagi sampai pekat.
4. Masukan isi kerang dan gaul rata. Keringkan rendang dengan api perlahan.


5. Masukan daun kunyit yang di hiris halus dan perasakan dengan garam secukupnya.
6. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

 

 

Kredit resipi & foto : Aezach AR

Published by
Nur