Cara-Cara Masak Sambal Tahun Paling Sedap. Wajib Cuba Ni.

Share

Sambal Tahun paling mudah, sedap dan cepat disediakan. Selain sedap dimakan bersama nasi, boleh juga makan dengan pulut atau lemang. Memang padu! Yang mana suka menu pedas, ni salah satu hidangan yang boleh dicuba.

SAMBAL TAHUN

BAHAN-BAHAN:

  • 3 genggam cabai burung / cili burung
  • 3 genggam ikan bilis
  • 5 biji bawang merah
  • 1 labu bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 apket taucu
  • Belacan – sebesar ibu jari
  • Air asam jawa
  • Santan pekat – dari 1 biji kelapa
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu makan gula

 

CARA MEMASAK:

1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Ikan bilis pula ditumbuk kasar.

2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.

3. Kemudian masukkan cabai burung dan ikan bilis.

 

4. Seterusnya masukkan taucu, belacan dan air asam jawa.

5. Tambahkan santan dan perasakan dengan garam serta gula. Kacau rata.

6. Masak sehingga Sambal Tahun menjadi agak pekat. 

7. Padam api dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Hamsiah Saaid

Published by
Nur