Selain rendang, serunding juga antara sajian yang sangat sesuai untuk dinikmati bersama ketupat, lemang dan nasi impit. Malah kalau anda nak jadikan serunding ni inti Popia Simpul pon boleh tau. Kalau Serunding Daging, agak lama penyediaannya. Paling mudah, Serunding Ikan Bilis ni. Tak sampai satu jam dah boleh siap. Selamat mencuba!
SERUNDING IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
- 300gm ikan bilis | dikisar sederhana kasar
- 20 tangkai cili kering | dikisar
- 2cm halia | dikisar
- 2cm lengkuas | dikisar
- 6 batang serai | dihiris halus dan dikisar
- 1 biji bawang besar | dikisar
- 300gm santan pekat
- 1 sudu teh serbuk jintan manis
- 1 sudu teh serbuk jintan putih
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 3 ulas bawang putih
- 1 keping asam gelugor
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Tumis kesemua bahan kecuali ikan bilis sehingga pecah minyak.
- Setelah itu masukkan ikan bilis.
- Rasa tahap kemasinannya, jika perlu baru tambah garam, jika tidak abaikan sahaja kerana sesetengah ikan bilis sudah cukup masin.
- Kacau sentiasa supaya tidak hangus masaklah sehingga kering.
- Tutupkan api. Siap untuk dihidang.
INFO CHEF: Serunding ikan bilis boleh dimakan dengan nasi impit, sebagai inti mini popia, nasi dan lain-lain lagi.