Lauk singgang sememangnya sinonim dengan orang-orang Pantai Timur. Jika anda biasa makan Ikan Singgang kuah putih, apa kata kali ni cuba Singgang Ikan Tenggiri cara Terengganu pula. Kuahnya berwarna kuning kerana menggunakan kunyit hidup. Padu boh…Resipi ini  adalah perkongsian dari saudaran Wan LuQman yang diambil dari ibunya sendiri. Bila dah resipi mak-mak ni, memang padu rasanya. Dapat pula makan bersama dengan budu, ulam-ulaman dan ikan goreng. Memang tak ingat dunia la jawabnya. Jom cuba!

 

CARA MASAK SINGGANG IKAN TENGGIRI TERENGGANU

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • Ikan Tenggiri
  • 2 biji kunyit hidup (besar ibu jari boleh tumbuk kasar)
  • 3 hiris lengkuas (boleh tumbuk kasar)
  • 12 batang cili padi
  • Sedikit biji ketumbar
  • 3 ulas bawang Putih
  • 3 keping asam keping
  • Garam

Resipi Singgang Ikan Tenggiri Terengganu Warisan Asli Ibunda.

CARA MEMASAK:

1. Masukkan semua bahan-bahan dalam periuk dan isi air sampai bahan tenggelam.

Resipi Singgang Ikan Tenggiri Terengganu Warisan Asli Ibunda.

2. Tutup periuk, biarkan mendidih dan biarkan hingga masak.

Resipi Singgang Ikan Tenggiri Terengganu Warisan Asli Ibunda.

3. Perasakan dengan sedikit garam dan gula mengikut citarasa anda.

Ads

Resipi Singgang Ikan Tenggiri Terengganu Warisan Asli Ibunda.

4. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih. Lagi bertambah sedap jika dimakan dengan tempoyak budu, ulam-ulaman dan telur dadar sebagai pelengkap hidangan.

Resipi Singgang Ikan Tenggiri Terengganu Warisan Asli Ibunda.

 

Ads

INFO: Boleh tukar dengan ikan yang lain seperti ikan kembung, tongkol dan sebagainya.

 

Kredit resipi & foto: Wan LuQman

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI