Sesekali masak ikan gaya barat pasti membuka selera. Kombinasi isi ikan yang lembut dan dinikmati bersama beraroma menjadikan hidangan ni sangat enak sekali. Nak makan dengan nasi boleh, nak nikmati bersama roti pun sesuai. Sedap! Memang kena cuba.
STEW IKAN MERAH ALA ITALI
BAHAN-BAHAN:
- 600gm isi ikan merah
- 500ml air rebusan sayur-sayuran
- 2 sudu makan minyak zaitun
- 2 biji bawang besar | dicincang
- 4 batang saderi | dihiris
- 3 ulas bawang putih | dicincang
- 400gm tomato pronto
- 300gm ubi kentang | dikupas kulit dan didadu besar
- 2 helai daun bay
- 1 biji lemon | diambil jus
- Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang besar bersama saderi selama lima minit. Masukkan bawang putih dan tumis sehingga wangi.
- Masukkan tomato pronto, ubi kentang, daun bay, serbuk lada hitam dan air rebusan. Biarkan medidih anggaran 15 minit.
- Kemudian masukkan ikan dan biarkan sehingga ikan dan ubi kentang masak sepenuhnya.
- Masukkan jus lemon dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa dengan secukupnya. Sedia untuk dinikmati.
INFO CHEF: Selain ikan merah, boleh juga menggunakan ikan kod, tilapia ataupun ikan dori.