Cara-Cara Masak Tomyam Campur Ala Restoran Thailand Tersohor. Wajib Cuba.

Share

Kalau makan di kedai atau restoran, menu yang wajib dan selalu kita order adalah tomyam atau sup. Memang akan pesan menu ni selain lauk pauk yang lain. Mungkin disebabkan oleh rasanya yang padu membuatkan anda suka akan lauk ni. Nak cuba masak tomyam yang rasa macam anda makan di kedai? Ini resipi yang anda perlukan. Selain dimakan bersama nasi, hidang bersama bihun atau kueyteow pun best!

TOMYAM CAMPUR

BAHAN-BAHAN:

  • 6 ekor udang
  • 2 ekor sotong
  • 1 dada ayam | hiris nipis
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 3 batang serai | titik
  • 2cm lengkuas  |titik
  • 2 helai daun limau purut | koyakkan
  • 10  tangkai cili padi | titik
  • 2 biji limau nipis | ambil jus sahaja
  • 2 pokok daun ketumbar | hiris
  • 1 biji buah tomato | belah empat
  • 2 sudu makan pes tomyam
  • Air secukupnya
  • Garam, gula dan perasa secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan air dalam periuk bersama pes tomyam, kemudian masak atas api hingga mendidih.
  2. Masukkan hirisan lengkuas, serai, daun limau purut, cili padi. Kacau seketika.
  3. Seterusnya masukkan hirisan isi ayam, sotong, undang dan tomato.
  4. Kemudian perahkan jus limau nipis dan lengkapkan rasa dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
  5. Sebelum dihidangkan, taburkan hirisan daun ketumbar.
  6. Tomyam sedia dihidangkan.

 

 

 

Published by
Nur