Cara-Cara Memasak Nasi Dagang Asli.

Share

Nasi dagang sememangnya ada ramai peminat. Hidangan yang berasal dari negeri Pantai Timur ini agak unik kerana ia tidak dimasak seperti nasi biasa. Ia perlu dikukus berkali-kali dan diadun dengan ramuan tertentu. Sangat enak dinikmati bersama Gulai Ikan Tongkol, Gulai Telur Rebus dan acar jelatah.

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg beras nasi dagang | direndam
  • 500ml santan pekat
  • 500ml santan cair
  • 5 biji bawang merah | dihiris halus
  • 2.5sm halia | dihiris halus
  • 1 sudu teh halba
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Toskan kedua beras yang direndam dan kukus selama 30 minit.
  2. Apabila separa masak, tuangkan santan cair dan gaulkan rata.
  3. Kemudian kukus semula nasi dan biarkan hingga masak.
  4. Apabila nasi sudah masak, masukkan santan pekat, halba, bawang merah, halia serta garam secukup rasa.
  5. Gaulkan nasi rata dan tutup apinya. Sedia dinikmati bersama gulai ikan tongkol dan acar timun.
Published by
Nur