Cara-Cara Membuat Kopi Ais Thai Yang Betul-Betul Kaw!

Share

Lemak, pekat berkrim. Perghhh..Ni baru betul kopi power. Anda penggemar kopi ais? Ha..Cuba Kopi Ais Thai ni. Memang betul-betul padu. Nikmat sungguh rasanya. Kini, minuman ini anda boleh hasilkan sendiri di rumah.

BAHAN-BAHAN:

  • 50gm serbuk kopi thai
  • 250ml air
  • 25ml susu pekat
  • 10ml susu cair

CARA MEMASAK:

  1. 1.Rebus serbuk kopi Thai selama 15 minit
  2. Kemudian tapis  ke dalam gelas.
  3. Masukkan susu pekat dan susu cair, Kacau rata.
  4. Hidangkan bersama ais.
Published by
Nur