Cara-Cara Membuat Miang Kham. Appertiser Thailand Yang Terlajak Sedap.

Share

Miang Kham, hidangan pembuka selera dari negara Gajah Putih yang sememangnya sangat terkenal. Andai ke restoran Thai, tidak sah kalau tak cuba hidangan ni. Ia berupa daun kaduk yang diisi dengan beberapa bahan sampingan dan sos, dibungkus dan dimakan begitu sahaja. Jika tidak pernah cuba, bahan-bahan isiannya seperti hirisan cili, hirisan limau nipis dan bawang kelihatan agak ‘menggerikan’ namun bila diadun dan dimakan bersama, lain pula rasanya. Memang enak! Jadi bagi yang nak cuba, boleh try resipi di bawah ini.

 

BAHAN SOS MIANG KHAM:

  • 3 ketul besar gula melaka,
  • 2 1/2 cawan air

Bahan tumbuk @ kisar kering:

  • 1/2 cawan udang kering
  • 1/2 cawan kacang tanah yang telah dibakar atau digoreng
  • 1/2 cawan kelapa goreng.
  • Sedikit garam

 

CARA MEMASAK:

  1. Didihkankesemua bahan di atas dengan api perlahan sehingga agak pekat dan sejukkan.  (Sos Miang kham boleh tahan lama dan sebaiknya disimpan di dalam peti )

 

BAHAN-BAHAN MIANG KHAM

  • Daun kaduk | direndam sebentar dengan garam, basuh dan toskan
  • Kacang tanah goreng @bakar | dibuang kulit
  • Kelapa goreng | sebji kelapa dihiris halus, digoreng atau dibakar
  • Udang kering | bersihkan dan goreng seketika tanpa minyak hingga kering
  • Halia | dipotong dadu kecil
  • Bawang besar merah | dipotong dadu
  • Cili api | dihiris
  • Limau nipis | dibuang kulitnya dan dipotong dadu

CARA MENIKMATI:

  1. Ambil daun kaduk, isikan dengan sedikit kacang tanah, kelapa goreng, udang kering, halia, bawang besar, cili api dan l;imau nipis.
    Sudukan sos dengan secukupnya. Lipat dan nikmati segera.
  2. Selamat mencuba!

Kredit resepi & gambar: Liya NYsa

Published by
Nur