Mudah je rupanya nak buat sawi asin @ jeruk ni. Lepas ni dah tak payah beli. Buat sendiri lebih bersih & halal bahkan tentunya lebih sedap.
BAHAN-BAHAN:
Sawi secukupnya
BAHAN AIR JERUK:
3 cawan air
4 sudu besar garam kasar
1 inci halia,
1 inci kunyit hidup | dihiris nipis
2 sudu besar tepung beras
BAHAN PERAP:
150gm garam kasar
CARA-CARA:
Ads
1. Campur semua bahan dan rebus hingga mendidih. Biarkan sejuk.
2. Sawi dibasuh bersih terutama dicelah batang-batangnya. Toskan. Jika sawi besar, belah dua.
Ads
3. Untuk memerap,ambil 150gm garam kasar, ditumbuk sedikit dan lumur pada sawi dan dicelah-celah batangnya. Perap selama 4 jam.
4. Perah air sawi tetapi tidak perlu dibasuh ( sawi yang diperam akan mengeluarkan air). Masukkan sawi ke dalam balang dan masukkan air jeruk yang telah ditapis. Jika air kurang, tambah dengan air tapis atau air mineral hingga menutupi permukaan sawi. Biarkan 3 hari.
Ads
5. Untuk menikmati sawi jeruk, basuh dahulu dan barulah dimasak. Tidak perlu tambah garam kerana ia sudah mempunyai perisa.
6. Sawi jeruk enak dimasak goreng bersama telur hancur. Ia juga boleh dimasak lemak, asam pedas, moi sup atau sebagainya. Selamat mencuba!
Waktu cuaca hujan ini antara menu yang popular adalah kulat sisir. Boleh digoreng, ditumis tapi jika dibuat masak lemak lebih enak. Gulai ini wajib dimasukkan ikan bilis dan akan jadi paling sedap jika dimasukkan sekali ikan masin. Nikmatnya tak terkata.
Resipi masak lemak kulat sisir dengan ikan masin
Bahan-bahan
Kulat sisir
1 biji bawang besar -ditumbuk kasar
7 tangkai cili padi -ditumbuk kasar
1 batang serai -dititik
Serbuk kunyit
1-2 asam keping
Ikan masin talang – dipotong kiub dan digoreng (ambil 6-7 ketul)
Segenggam ikan bilis -ditumbuk kasar
1 kotak santan segera
Cara memasak
1. Kulat sisir direndam setengah jam. Buang habuk-habuk kayu dan basuh hingga bersih.
2. Tumis bawang dan cili padi yang ditumbuk bersama serai hingga pecah minyak dan garing.
3. Masukkan serbuk kunyit dan asam keping, kacau.
4. Kemudian masukkan kulat sisir. Tuang air hingga menutupi sedikit paras kulat sisir.
5. Masukkan ikan masin bersama ikan bilis. Gaul sebati dan masak lebih kurang 15 minit.
6. Selepas itu masukkan santan, masak lebih kurang 2 minit dan tutup api. Sedia dihidangkan.
Masak lemak bayam dan labu memang lauk kampung yang tak lapuk dek zaman. Rasa manis semula jadi labu berpadu dengan bayam yang lembut, ditambah kuah santan pekat… memang cukup membuka selera.
Menu ini bukan sahaja sedap, malah mudah disediakan dan penuh khasiat. Sesuai dimakan bersama nasi putih panas dan sambal belacan, pasti buat anda tambah nasi berkali-kali.
MASAK LEMAK BAYAM & LABU
BAHAN-BAHAN:
½ biji labu (400g)
20g ikan bilis – tumbuk
5 ulas bawang kecil – tumbuk
3 ulas bawang putih – tumbuk
1 sudu kecil lada hitam – tumbuk
1 kotak kecil santan
1 ikat bayam
1 biji cili merah
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Air secukupnya
Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!