Cempedak memang mahal. Kalau dibeli, isinya ciput sahaja. Oleh itu, kita jangan membazir. Kulitnya juga boleh diambil dan diproses menjadi Mandai @ jeruk kulit cempedak. Mandai ni memang popular dikalangan masyarakat Banjar. Jom cuba. Kalau makan dengan nasi memang sedap.

 

Ads

BAHAN-BAHAN:

  • Kulit cempedak ( dari buah yang dh ranum)
  • Air suam
  • Garam secukupnya
  • Cili dan asam keping | optional. Tidak letak pun tidak mengapa

( Jumlah bahan agak-agak sahaja mengikut citarasa masing-masing)

 

Ads

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan kulit cempedak yang dah masak dengan membuang kulit luar yang berwarna hijau. Ambil bahagian kulit putih yang berjerami sahaja.
  2. Kemudian didihkan air dan padamkan api. Kemudian masukkan garam dengan secukupnya. Kacau hingga garam larut.
  3. Setelah air garam sejuk, tuang ke dalam bekas berisi kulit cempedak. Tutup rapat dan peram selama 3-4 hari. Biar selama seminggu jika mahu rasa sedikit masam.
  4. Nota:
  5. Jika ada benda putih dipermukaan air, hanya keluarkan sahaja kerana ia adalah getah dari kulit cempedak.
  6. Masukkan cili dan sedikit asam keping untuk rasa yang lebih sedap. Boleh diabaikan jika kurang menggemarinya.
  7. Untuk menikmati mandai, ia biasanya digoreng bersama ikan bilis, cili dan bawang.

 

Ads

Kredit resipi & gambar: Intan Lela Azmi 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI