Cempedak memang mahal. Kalau dibeli, isinya ciput sahaja. Oleh itu, kita jangan membazir. Kulitnya juga boleh diambil dan diproses menjadi Mandai @ jeruk kulit cempedak. Mandai ni memang popular dikalangan masyarakat Banjar. Jom cuba. Kalau makan dengan nasi memang sedap.
BAHAN-BAHAN:
- Kulit cempedak ( dari buah yang dh ranum)
- Air suam
- Garam secukupnya
- Cili dan asam keping | optional. Tidak letak pun tidak mengapa
( Jumlah bahan agak-agak sahaja mengikut citarasa masing-masing)
CARA MEMASAK:
- Bersihkan kulit cempedak yang dah masak dengan membuang kulit luar yang berwarna hijau. Ambil bahagian kulit putih yang berjerami sahaja.
- Kemudian didihkan air dan padamkan api. Kemudian masukkan garam dengan secukupnya. Kacau hingga garam larut.
- Setelah air garam sejuk, tuang ke dalam bekas berisi kulit cempedak. Tutup rapat dan peram selama 3-4 hari. Biar selama seminggu jika mahu rasa sedikit masam.
- Nota:
- Jika ada benda putih dipermukaan air, hanya keluarkan sahaja kerana ia adalah getah dari kulit cempedak.
- Masukkan cili dan sedikit asam keping untuk rasa yang lebih sedap. Boleh diabaikan jika kurang menggemarinya.
- Untuk menikmati mandai, ia biasanya digoreng bersama ikan bilis, cili dan bawang.
Kredit resipi & gambar: Intan Lela Azmi