Kunyit segar mudah menjadi kering dan busuk jika disimpan terlalu lama. Jadi bagi anda yang tercari-cari cara untuk menjadikan kunyit tahan lama, salah satunya ialah dengan menghasilkan kunyit serbuk. Dengan kaedah ini, anda juga tidak perlu lagi membeli serbuk kunyit bahkan rasanya juga lebih enak berbanding dengan yang dijual di pasaran. Anda hanya perlukan:
BAHAN-BAHAN:
- Kunyit segar
- Pengisar kering
CARA-CARA:
1. Kikis kulit kunyit hingga bersih dan hiris nipis.
2. Susun hirisan kunyit tadi di atas tampi dan jemur di bawah matahari hingga menjadi betul-betul kering.
3. Masukkan ke dalam pengisar kering dan kisar hingga halus.
4. Simpan dalam bekas kedap udara dan guna bila diperlukan. Selamat mencuba!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
4 Cara Simpan Tomato, Supaya Kekal Segar & Tak Mudah Busuk.
Tomato antara buah yang tidak tahan lama, walaupun ia boleh dipelbagaikan kegunaan dalam masakan termasuk dijadikan jus atau sos secara homemade, sebaiknya anda membeli mengikut keperluan. Namun jika anda membeli lebih untuk tujuan stok atau waktu harga murah, jangan risau, ia akan busuk dan menyebabkan pembaziran. Kerana info berikut boleh dimanfaatkan untuk membantu anda menyimpan tomato suapaya kekal segar dan tahan lama.
Simpan Tomato Pada Suhu Bilik
Cara terbaik simpan buah tomato pada suhu bilik, biasanya di ruang dapur, anda hanya perlu masukkannya dalam bekas terbuka (tanpa penutup) yang dialas dengan kertas atau tisu dapur supaya bahagian bawah bekas tidak panas dan kekal pada suhu bilik, dengan cara ini tomato tahan lebih lama.
Terbalikkan Tomato
Meletakkan tomato dalam posisi terbalik ( bahagian tangkai di bawah) membantu menjadikan ia kekal segar dan tahan lama. Kerana cara ini mengurangi proses oksidasi yang menyebabkan tomato terlindung dari udara di sekelilingnya. Tomato yang diletakkan dalam bekas terbuka, boleh menghasilkan haba panas di sekelilingnya secara semulajadi. Sebab itu tomato dikatakan boleh membantu mempercepatkan buah-buahan lain masak apabila buah tersebut diletakkan dalam bekas yang sama dengan tomato.
Jangan Buang Tangkai Tomato
Jika buah tomato yang dibeli mempunyai tangkai, jangan buang kerana ia membantu melewatkan proses tomato dari cepat busuk. Jika dibuang tangkai, ia memudahkan bakteria masuk dalam tomato akan cepat menjadi busuk.
Jangan Simpan Tomato Dalam Peti Sejuk
Jika anda beranggapan masukkan tomato dalam peti sejuk adalah cara terbaik simpan tomato. Anggapan ini adalah salah sama sekali. Sebenarnya tomato akan mudah rosak dari segi warna, tekstur, mahupun rasanya.
Untuk lebih praktikal , jika anda membeli tomato dalam kuantiti yang banyak, sebaiknya pilih tomato belum masak sepenuhnya, ia membantu proses simpan tomato menjadi lebih lama. Ini kerana tomato Ia akan masak sendiri dalam simpan
Senangnya Buat Mi Kuning, Hiris Guna Pisau Je Tak Perlu Ada Mesin
Mi kuning yang dibeli selalunya ada rasa kapur. Sudah tentu ia sedikit sebanyak ‘memotong’ selera kita untuk menjamu selera. Boleh sahaja buat sendiri mi kuning. Bahan-bahan pun mudah untuk didapati. Tiada bahan kimia asid borik. Tidak perlu pun letak pewarna sebab warna aslinya sudah cantik. Jika mahu letak pewarna juga, boleh letak sedikit serbuk kunyit. Berikut perkongsian Norain Naim cara untuk membuat sendiri mi kuning.
MI HOMEMADE:
BAHAN-BAHAN:
300 gram tepung gandum – BELI ONLINE
1 biji telur
Sedikit garam – BELI ONLINE
Air suam
CARA MEMBUAT:
1. Satukan semua bahan dan tambah air suam. Air agak-agak sahaja sampai doh tidak melekit pada tangan. Jangan terlebih air, nanti lembik. Kalau lembik, tambah lagi tepung.
2. Uli doh dan canaikan bagi nipis senipis mungkin.
3. Semasa canai nipis, tabur-taburkan sedikit tepung supaya tidak melekat. Selepas canai nipis bolehlah lipat. Lipat itu untuk mudah potong. Kalau yang ada mesin tidak perlu lipat.
4. Boleh mula potong nipis-nipis. Jika tiada mesin canai mi, boleh potong secara manual (guna tangan). Ikut masing-masing untuk tahap nipis yang diinginkan.
5. Rebus 5 minit atau sampai mi lembut.
6. Toskan mi tadi dalam air sejuk atau berais. Ia bertujuan mengelakkan mi jadi terlebih kembang. Letakkan sedikit minyak supaya mi cantik berderai.
Bolehlah buat mi goreng, mi sup, mi kari dan sebagainya.
Sumber kredit: Norain Naim
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sedap, Cepat Masak. Resepi Sotong Masak Hitam Pedas Disukai Ramai
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Rahsia SosTelur Masin Lebih Creamy, Wajib Cuba Ni!
Wauu sedapnya ketam atau udang goreng telur masin, tapi yang sepoinya bila makanan ini sejuk ada sedikit bau hanyir. Bagaimana mengatasi masalah ini? Jangan bimbang ada cara membuat campuran telur masin ini lebih sedap, tidak hanyir dan rasanya lebih creamy. Paling utama pastikan bahan-bahan yang digunakan adalah segar dan dalam keadaan baik.
Untuk lebih mudah, jom tengok apa bahan utama untuk membuat sos telur masin sebelum digaulkan dengan ayam, ketam, udang atau sotong yang telah digoreng:-
4 kuning telur asin | hancurkan
2 sudu makan susu full cream
2 ulas bawang putih | dititik dan cincang
1 sudu makan mentega
1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
1/2 sudu teh garam
3 biji cili padi | hriis halus
1/2 sudu teh serbuk pati ayam
Air secukupnya
CARA MEMBUAT:
Tumis bahan hingga wangi
Panaskan mentega, tumis bawang putih hingga wangi dan masukkan daun kari, aroma daun kari mengatasi bau hanyir telur masin. Kemudian masukkan hirisan cili, garam dan serbuk pati ayam. Kacau rata.
Tumis hingga berbuih
Selepas tumisan harum, masukkan kuning telur masin yang telah dihancurkan, masak dengan api kecil dan kacau rata hingga berbuih .Cara ini akan menjadikan teksturnya lebih lembut dan creamy.
Tuangkan susu full cream
Inilah rahsia yang menjadikan tekstur sos telur masin lebih creamy. Dengan menambahkan susu full cream, kemudian kacau rata dan sesuaikan dengan kepekatan sos yang anda perlukan. Terlebih pekat boleh tambah susu atau sedikit air suam. Setelah siap bolehlah masukkan bahan campurannya yang siap digoreng seperti ayam, ketam, udang atau sotong.