Cara-Cara Hasilkan Serbuk Kunyit Secara Homemade. Jimat & Lebih Sedap!

Share

Kunyit segar mudah menjadi kering dan busuk jika disimpan terlalu lama. Jadi bagi anda yang tercari-cari cara untuk menjadikan kunyit tahan lama, salah satunya ialah dengan menghasilkan kunyit serbuk.  

Dengan kaedah ini, anda juga tidak perlu lagi membeli serbuk kunyit bahkan rasanya juga lebih enak berbanding dengan yang dijual di pasaran. Anda hanya perlukan:

 

BAHAN-BAHAN:

  • Kunyit segar
  • Pengisar kering

CARA-CARA:

1. Kikis kulit kunyit hingga bersih dan hiris nipis.

2. Susun hirisan kunyit tadi di atas tampi dan jemur di bawah matahari hingga menjadi betul-betul kering.

Kredit gambar: Izz Julia ( http://daridapurbiasa.blogspot.my/2011/05/serbuk-kunyit-home-made.html)

 

3. Masukkan ke dalam pengisar kering dan kisar hingga halus.

4. Simpan dalam bekas kedap udara dan guna bila diperlukan. Selamat mencuba!

Published by
Nur