Cara-Cara Menghasilkan Tauhu Secara Homemade. Hanya Guna 3 Bahan Sahaja!

Share

BAHAN-BAHAN:

  • 3kg kacang soya
  • 18 liter air
  • 45gm GDL ( Glucono Delta Lactone) – serbuk ini untuk mengeraskan tauhu

 

CARA MEMASAK:

1. Pilih kacang soya, cuci dan rendam selama 4-5 jam.

2. Toskan dan kisar dengan air yang disukat. Tapis susu soya.

3.  Masak susu soya hingga mendidih.

4. Dalam bekas berasingan, bancuh GDL dengan air.

5. Tuang susu soya yang telah mendidih tadi ke dalam bekas berisi bancuhan GDL. Kacau dan biar beku selama 15 minit.

6. Sediakan pencetak tauhu dan alas dengan kain.

7.  Tuang tauhu ke dalam pencetak dan ratakan.

8.  Tutup kain dan tekan dengan pemberat.

9.  Selepas 1 jam, keluarkan tauhu dan potong. Rendam dalam air bersih.

 

 

Kredit resipi & gambar: Azlia Al Hayahuddin

Published by
Nur