Ramai yang suka makan ikan pari dan ketuka namun anda tahu tak cara-cara nak siang ikan jenis ni. Apa pula beza pari dan ketuka ni? Kalau nak tahu, ikan bersaiz kecil, dipanggil ketuka dan yang besar dipanggil pari.

Ikan pari dan ketuka enak dimasak dengan pelbagai gaya sajian. Namun untuk menyiangnya, ia sedikit berbeza dengan ikan-ikan lain. Silap gaya, ikan pari anda akan berbau hancing. Jom ketahui info sedikit sebanyak mengenai ikan pari / ketuka dan belajar cara-cara membersihkannya.

 

CARA MENYIANG IKAN PARI/ KETUKA:

Ini antara tiga cara yang memudahkan anda untuk menyiang ikan pari / ketuka.

IKLAN

 

  1. Terlangkupkan ikan pari biar nampak belakangnya..Gunakan pisau yang tajam, potong bahagian tulangnya beserta perut bebagai. Hanya ambil isi belahan kiri dan kanannya sahaja. (cara selamat untuk elak ikan berbau hancing & paling mudah.)
  2. Belah perut ikan pari dan buang bahagian organ dalaman dengan sebersih-bersihnya.

Cara-Cara Menyiang & Membersihkan Ikan Ketuka & Pari

3. Lakukan belahan dari atas bermula dari insang hingga ke bahagian perut. Cuci hingga bersih.

IKLAN

Cara-Cara Menyiang & Membersihkan Ikan Ketuka & PariCara-Cara Menyiang & Membersihkan Ikan Ketuka & Pari

 

PETUA MEMILIH IKAN PARI/KETUKA:

IKLAN
  1. Semasa memilih ikan pari, pastikan isinya masih pejal dan berwarna cerah.
  2. Hidu bau ikan terlebih dahulu sama ada ia berbau hancing atau tidak.
  3. Selepas dibeli atau ditangkap, ikan pari harus dibiarkan dalam posisi telengkup. Ia bagi mengelakkan air kencing pari terkena pada badannya.

 

Kredit info & gambar: http://anime4nz.blogspot.my/2015/02/cara-siang-atau-belah-pari-tuka-ketuka.html

Kredit gambar: Puan Nadia Mohamad

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI