Nasi kukus memang enak. Teksturnya yang gebu membuatkan ia tidak puas dimakan. Lebih-lebih lagi jika dinikmati bersama kuah gulai, ayam goreng berempah panas serta sambal. Bagi yang nak cuba buat nasi kukus ni, bolehlah guna teknik serta sukatan perkongsian saudari Yatie Tie. Resipi ni juga sesuai untuk berniaga. Selamat mencuba!

BAHAN-BAHAN:

  • Beras
  • Air
  • Bekas ( seperti dalam gambar)

 

CARA MEMASAK:

1. Basuh beras seperti biasa dan toskan airnya.

2. Sukat 1 bekas beras dan 1 bekas air. Guna sukatan yang sama untuk kedua-dua bahan ini.

Ads

Cara-Cara Menyukat Beras & Memasak Nasi Kukus Macam Yang Jual Di Gerai. Mudah Je Rupanya! Cara-Cara Menyukat Beras & Memasak Nasi Kukus Macam Yang Jual Di Gerai. Mudah Je Rupanya!

3. Masukkan ke dalam bekas kukusan dan kukus selama 30 minit. Jika menggunakan api yang besar, lagi cepat nasi masak.

Cara-Cara Menyukat Beras & Memasak Nasi Kukus Macam Yang Jual Di Gerai. Mudah Je Rupanya!

4. Angkat dan nasi boleh dinikmati bersama ayam goreng berempah, sambal belacan dan kuah gulai/kari.

Cara-Cara Menyukat Beras & Memasak Nasi Kukus Macam Yang Jual Di Gerai. Mudah Je Rupanya!

 

RESIPI SAMBAL:

Cara-Cara Menyukat Beras & Memasak Nasi Kukus Macam Yang Jual Di Gerai. Mudah Je Rupanya!

  • Cili merah
  • Cili padi
  • Air Asam Jawa
  • Belacan
  • Garam secukup rasa
  • Perisa | jika suka
  • Limau nipis @ limau kasturi

*Jumlah bahan adalah mengikut kesesuaian dan citarasa masing-masing.

Ads

 

CARA-CARA:

1. Kisar cili merah, cili padi, asam jawa, belacan, garam dan serbuk perasa.

2. Kemudian perah limau nipis atau limau kasturi secukupnya.

3. Gaul rata dan sedia untuk dinikmati.

Ads

Info: Jika mahukan nasi yang lebih wangi, boleh mengukus nasi bersama daun pandan. Ia akan mengharumkan nasi serta mempunyai rasa lebih enak.

 

Klik disini untuk resipi AYAM GORENG BEREMPAH RANGUP

 

Kredit resipi: Yatie Tie

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI