Menu Air Asam Perut ni memang sedap! Bahan-bahannya ringkas sahaja namun hasilnya memang terbaik. Nak cuba buat sendiri di rumah? Ini resipi yang boleh dicuba!

AIR ASAM PERUT KITAB

Ads

Cara-Cara Nak Buat Air Asam Perut Kitab. Pedas, Masam, Masin Cukup Lengkap. Memang Terbaik!

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 kg perut kitab – direbus sampai lembut
  • 1 biji tomato – hiris kasar
  • 1 tangkai daun kesum – hiris kasar
  • Garam, ajinomoto dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR KASAR:

Ads
  • 4 biji cili/ cabai- jika nak pedas, lebihkan.
  • Jus limau nipis/asam jawa – nak masam, lebihkan.
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar

CARA MEMASAK:

Ads
  1. Hiris perut menjadi kepingan kecil.
  2. Satukan perut, bahan kisar, bahan hiris dan perasakan secukupnya.
  3. Gaul rata. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Norhasmiza Mohd Nor

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI