
Hidangan kepak ayam selalunya menjadi kegemaran anak-anak. Malah orang dewasa pun sangat suka. Lembut dan penuh perisa! Kepak ayam sebegini biasanya dijaul di restoran-restoran pizza. Makan panas-panas memang layan tetapi jika dibeli, harga boleh tahan mahal dan tak puas.
Oleh itu, jom cuba resipi perkongsian Puan Zura Nafis ni. Ini adalah resipi olahan beliau sendiri dan setelah beberapa kali dicuba, akhirnya dapat juga resipi yang 99% sama. Anda pun boleh cuba. Pasti si kecil anda makan tak henti.
CHICKEN WING ALA RESTORAN PIZZA

BAHAN-BAHAN:
- Kepak ayam secukupnya
BAHAN PERAPAN:
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan kicap manis
- 1 sudu makan madu – boleh ganti dengan gula tapi kurang umpphh!
- 1 sudu makan serbuk cili – lebihkan jika suka pedas
- 1 biji limau kasturi – perah ambil jus. Saiz limau sebesar syiling 10 sen
- Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Satukan kesemua bahan perapan dan sebatikan.
- Kemudian masukkan kepak atau apa-apa bahagian ayam. Gaul rata dan perap selama 1 jam. Lebih enak jika perap semalaman.
- Tutup bahagian atas ayam menggunakan aluminium foil dan bakar pada suhu 160-170C selama 15-20 minit ( bergantung pada saiz dan ketebalan isi ayam.)
- Setelah ayam masak, buka aluminium foil dan bakar lagi selama 5 minit ( ikut kesesuaian oven masing-masing) untuk garingkan ayam.
- Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & gambar: Zura Nafis
ANDA MUNGKIN NAK CUBA
Bonda Jaoyah Kongsi 10 Resipi Lauk Pauk Asli Air Tangan Orang Dulu-Dulu. Memang Terbaik!
Daging Goreng Kentang. Resipi Mudah Untuk Hidangan Tengahari Yang Cepat Siap.
http://www.rasa.my/roti-rangup-inti-berlauk-menu-mudah-untuk-sarapan-minum-petang/
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sajian Arab Terbaik,Taklah Susah Sangat Membuatnya

Menu Arab atau Timur Tengah memang popular di kalangan rakyat Malaysia. Tengok aje dah kecur. Aromanya pun bukan main menusuk hidung. Padan ler restoran Arab cukup laku keras kat Malaysia ni.

Ni min kongsi lima resipi lagisajian Arab dari Chef Suhaili Mohd Nor, orang lama dalam bidang masakan. Jom cuba buat…
1. FALAFEL

BAHAN-BAHAN :
- 300 gm kacang kuda | direbus dan dikisar
- 1 besar bawang merah | dicincang
- 2 ulas bawang putih | dicincang
- 1 sudu teh ketumbar
- 1 sudu teh teh jintan manis
- 1 sudu makan tahini *ada dijual di kedai runcit Arab
- 2 sudu makan tepung gandum
- Garam secukupnya
- Lada hitam secukupnya
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAKNYA :
1. Masukkan kesemua bahan-bahan di atas ke dalam satu adunan kecuali minyak. Adun sehingga sebati.
2 .Kemudian bentukkan menjadi bebola sehingga habiskan adunan.
3. Panaskan kuali serta minyak untuk menggoreng. Gorengkan sehingga nampak warna nya bertukar menjadi keperangan dan masak.
4. Angkat dan toskan. Boleh dihidangkan bersama roti pita dan yogurt.
Saiz hidangan : 4-5 orang
Waktu memasak : 25 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Ala pengedil kekacang
Keistimewaan : Rasa kacang kuda berempah
Anggaran kos :RM 10
Info Chef : Sedap dijadikan inti roti pita dan dimakan bersama yogut.
2. HUMMUS

BAHAN-BAHANNYA :
- 450 gm kacang kuda
- 1 ulas bawang putih.
- 1 biji jus lemon.
- 1 sudu teh jintan putih.
- 3 sudu makan tahini.
- 3 sudu makan minyak zaitun.
- 1 sudu teh garam.
Bahan hiasan :
- 1 sudu teh serbuk paprika
- Sedikit herba dill
- 1 sudu teh minyak zaitun.
CARA MEMASAKNYA:
1. Rebus kacang kuda sehingga masak. Perlu menggunakan kacang kuda yang kering dan direbuskan sehingga empuk.
2. Kemudian kisar kacang kuda bersama, bawang putih, jintan putih.
3. Setelah dikisar perahkan jus lemon.
4. Campurkan tahini, minyak zaitun dan garam secukup rasa.
5. Akhir sekali hidangkan hummus dan hiaskan dengan serbuk paprika, dill dan minyak zaitun.
6. Boleh dimakan bersama roti arab.
Saiz hidangan : 4-5 orang
Waktu memasak : 25 minit
Cara memasak : Rebus
Jenis masakan : Sajian Arab
Keistimewaan : Boleh menjadi inti sandwic (roti Arab) atau dimakan begitu sahaja
Anggaran kos :RM 8
Info chef : Tahini adalah pes yang dibuat dari serbuk bijan . Ia adalah bahan utama dalam masakan hummus
3. COUSCOUS SAYUR

BAHAN-BAHAN :
- 350 gm cous cous
- 1 biji bawang holland | dicincang
- 3 ulas bawang putih
- 1 batang terung | dipotong dadu
- 1 tin kacang pis
- 1 sudu makan minyak zaitun untuk menumis
- 1 biji tomato | dipotong dadu
- 1 tangkai herba segar thymes
- 1/2 mangkuk air
- Garam secukup rasa
- 300 gm keju Mozarella | parutan.
CARA MEMASAKNYA :
1. Tumis bawang holland dan bawang putih dengan minyak zaitun sehingga naik bau.
2. Kemudian, masukkan terung, tomato dan herba thymes.
3. Kemudian masukkan couscous dan air.
4. Biarkan couscous mengembang sedikit dan masukkan garam secukup rasa
5. Akhir sekali masukkan kacang pis dan biar ia masak sebentar.
6. Masukkan dalam bekas aluminium foil masukkan kuskus dan tabur keju mozarella
7. Bakar sebentar sehingga nampak keperang-perangan.
Saiz hidangan : 4-5 orang
Waktu memasak : 25 minit
Cara memasak : Rebus
Jenis masakan : Sajian Arab
Keistimewaan : Boleh menjadi inti sandwic (roti Arab) atau dimakan begitu sahaja
Anggaran kos :RM 8
Info Chef : Couscous banyak digunakan dalam masakan Timur Tengah dan Mediterranean. Ia sebenarnya pasta yang dibuat dalam butiran halus
4.SAMBOOSA

BAHAN-BAHAN :
Bahan-bahan Inti:
- 500 gm daging kisar
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu teh jintan putih
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1 sudu teh serbuk cili
- 1 biji bawang holland | dipotong dadu kecil
- 1 ulas bawang putih dicincang
- 2 tangkai daun pudina
- 2 tangkai daun ketumbar
- 1 tangkai daun parsli
- Garam secukup rasa
- 1 sudu makan minyak untuk menumis
Beberapa kulit popiah
1 mangkuk minyak untuk menggoreng
Bahan membuat gam :
- 2 sudu makan air
- 4 sudu makan tepung gandum
CARA MEMASAKNYA:
1.Goreng bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
2.Kemudian masukkan daging, jintan manis, jintan putih, serbuk ketumbar, serbuk cili, daun pudina, ketumbar, daun parsli dan garam.
3.Gorengkan sehingga air daging kering.
4.Kemudian sejukkan sebentar.
5.Keluarkan sehelai kulit popiah. Masukkan inti ke dalam dan lipat 3 segi.
6.Gamkan lipatan dengan campuran air dan tepung supaya inti tidak terkeluar.
7.Goreng samboosa dengan minyak banyak dengan api yang kecil. Kemudian terbalikkan dan biarkan ia masak.
Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng minyak penuh
Jenis masakan : Kuih, kudapan
Keistimewaan : Inti daging lazat dengan kulit samboosa yang rangup
Anggaran kos :RM 25
5. MANAKKISH

BAHAN-BAHANNYA :
- 1 keping roti pizza
- 10 gm zaitun hitam | dicincang halus
- 10 gm bijan
- 1/2 biji cili benggala hijau dan merah | dihiris hiris
- 1 biji tomato | dipotong bulat
- 3 sudu makan minyak zaitun
- 1 sudu teh garam
CARA MEMASAK :
1. Campurkan minyak zaitun, zaitun hitam yang telah dicincang tadi ke dalam mangkuk adunan.
2. Kemudian lenserkan minyak zaitun ke atas roti pizza dan taburkan kesemua bahan campuran tadi ke atas roti pizza tadi.
3. Akhir sekali hiaskan dengan cili benggala dan tomato di atas inti yang telah ditabur ke atas roti pizza tadi.
4. Bakar selama 15 minit dengan suhu 180 c.
Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Sajian Arab untuk sarapan dan minum petang
Keistimewaan : Gabungan zaitun dan bijan yang enak
Anggaran kos :RM 15
Info Chef : Sesuai untuk mereka yang gemarkan ‘topping’ bukan daging. Sajian berkhasiat tanpa lemak atau rendah lemak.
Datuk Chef Wan,Falyq Dan Radin Masak Bersama Ayam Masak Halia & Roti Sardin Salut Telur

Rasa Nostalgia Ramadan kembali bersiaran dengan membawa pelbagai resipi istimewa sempena Ramadan ini. Memang buat anda semua terlur dengan juadah yang dikongsi oleh Datuk Chef Wan bersama tetamu jemputannya. Hari ini kecoh lagi bila Falyq & Radin Amir dari konti radio bergabung menyiapkan juadah berbuka kegemaran kedua tetamu jemputan ini. Ada saja celoteh masing-masing yang mencuit hati.

Sambil memasak berborak tentang nostalgia Ramadan. Apapun resipi yang dikongsikan ini mudah buat dan memang menjadi kegemaran anda semua tatkala waktu berbuka dan sahur.
Jangan lupa saksikan episod seterusnya Rasa Nostalgia Ramadan dengan masakan dan tetamu jemputan yang hebat belaka. Jom lah standby depan televisyen setiap jam 5:00 petang buka saluran Astro Prima 105 & 125 pada hari Isnin hingga Khamis.
Pada hari ini menunya sungguh istimewa iaitu Ayam Masak Halia dan Roti Sardin Salut Telur. Jom kita lihat bahan-bahannya.

AYAM MASAK HALIA
Bahan-bahan:
1 ekor ayam (dipotong 18)
1 labu bawang putih
2 ketul halia (dihiris) & (ditumbuk)
3 sudu sos tiram
Minyak bijan
Cili
Cendawan Shitake
Gajus
Daun bawang
Tepung jagung
Kicap cair
Kicap pekat
Cara memasak:
1. Goreng gajus terlebih dahulu dan dibawa keluar daripada kuali (ketepikan).
2. Salut ayam dengan tepung jagung dan halia yang ditumbuk halus.
3. Goreng ayam tersebut hingga masak. Setelah ayam masak, keluarkan ayam dan tinggalkan
sedikit minyak.
4. Masukkan bawang putih dan tumis hingga naik bau.
5. Masukkan kicap cair, kicap pekat, sos tiram, bijan dan ayam ke dalam kuali. Gaulkan bahan-bahan
tersebut.
6. Masukkan halia yang ditumbuk ke dalam kuali.
7. Selepas itu, masukkan cendawan ke dalam kuali. Gaul sehingga cendawan lembut.
8. Kemudian masukkan minyak bijan, sedikit air, gajus yang telah digoreng dan daun bawang
ke dalam kuali.
9. Gaul sehingga masak. Sedia untuk dihidang.



ROTI SARDIN SALUT TELUR
Bahan-bahan:
Sebuku roti
1 tin sardin
1⁄2 biji bawang besar (hiris nipis)
1⁄2 tangkai cili merah (hiris)
Sedikit garam
Perahan limau nipis/kasturi
3 biji telur (dipukul seketika)
Sedikit tepung gandum (bancuh dengan sedikit air)
Susu segar
Lada sulah
Cara memasak:
1. Roti dipotong tiga segi (potong bahagian kulit/bahagian kulit dibuang).
2. Pecahkan sardin, masukkan cili, bawang dan sardin.
3. Masukkan 1 biji limau dalam sardin (gaulkan).
4. Masukkan lada sulah dalam sardin (2 sudu).
5. Lenyekkan dan gaul semula.
6. Masukkan daun bawang hiris ke dalam sardin dan gaul.
7. Pukul telur, masukkan garam dan susu.
8. Panaskan minyak.
9. Letak inti atas roti, tutup roti dan celup ke dalam telur.
10. Goreng sampai masak. Sedia untuk dihidangkan


Dim Sum Inti Daging & Udang, Kukus Sedap Nih.

Nak makan dim sum, sedap makan panas-panas. Selain kulit inti dim sum pun penentu kesedapannya. Masa PKP ni boleh jadi masa untuk mencuba resipi baru kan. Sekali sekal beralih selera masakan Cina pulak.
Ni resipi sedap dari Fatin Damia yang berbaloi dicuba. Bukan setakat resipi kulitnya aje dikongsi, siap pakej resipi inti dan kicap dim sum. Jom kita cuba dim sum inti daging dan udang ini
DIM SUM

BAHAN-BAHAN :
Bahan kulit dim sum :
✔ 1 cawan tepung kentang
✔ 1 cawan tepung kanji
✔ 2 sudu besar minyak
✔ Garam secukup rasa
✔ Air panas secukupnya
Bahan Inti Dim Sum:
✔ 1/2 cawan daging kisar
✔ 1/2 cawan isi udang kisar
✔ 2 biji bawang merah ( dicincang halus )
✔ 3 biji bawang putih ( di cincang halus )
✔ 1 inci halia ( diparut )
✔ 1 sudu besar tepung jagung
✔ 1 sudu besar kicap cair
✔ 1 sudu kecil serbuk lada putih
✔ Daun bawang ( di hiris halus )
✔ 2 sudu besar bawang goreng
✔ Garam dan gula secukup rasa
Bahan Kicap Dim Sum :
✔ 2 sudu besar minyak bijan
✔ 1 sudu besar minyak cili
✔ 1 sudu besar cuka makan
✔ 1 sudu besar kicap cair
✔ 1 ulas bawang putih ( haluskan )
✔ 2 sudu besar air panas
✔ Garam dan gula secukup rasa
#Gaulkan kesemuanya
CARA PENYEDIAANNYA :
✅ Kulit Dim Sum
1. Campurkan semua bahan untuk membuat kulit Dim Sum dan masukkan air panas secukup nya. Uli sampai tepung tak melekat di tangan.
Rehatkan doh selama 20 minit sebelum dicanai nipis.
✅ Inti Dim Sum

1. Campurkan semua bahan untuk membuat inti Dim Dum dan masukkan sedikit tepung jagung.
2. Letak inti pada kulit Dim Sum yang telah dicanai nipis tadi dan kelim sesuai selera.
2. Panaskan periuk pengukus dan kukus Dim Sum selama 10 minit menggunakan api besar.
3. Setelah masak, keluarkan Dim Sum dan sejukkan sebelum dimakan bersama kicap Dim Sum ataupun Sos Cili.

#kakakcantik
Kredit FB : Fatin Damia
ANDA MUNGKIN SUKA JUGA RESIPI NI :
Kuih Cakoi Lembut Gebu, Inilah Rahsianya, Sedapnya Disaji Pada Tetamu.
JOM SEMAK VIDEO INI :

