
Hidangan lemang periuk kera memang antara juadah istimewa di hari raya. Namun ramai juga yang tidak biasa dengan sajian ini. Nak membuatnya tidaklah sukar mana. Bagi yang nak cuba, berikut adalah bahan-bahan dan cara penyediaannya.
RESIPI LEMANG PERIUK KERA
BAHAN-BAHAN:
- Periuk kera
- Beras pulut
- Santan sederhana pekat
- Garam secukup rasa
- Gula secukupnya ( pilihan)
CARA MEMASAK:
1. Gunting tebing di bahagian mulut periuk kera.

2. Bersihkan periuk kera dengan air di bahagian luar dan daam hingga bersih. Boleh guna berus gigi (baru) untuk bersihkannya. Berus perlahan-lahan. Boleh juga guna sebarang berus lain yang bersesuaian.
3. Basuh beras pulut hingga bersih dan toskan. Jumlahnya ikut jumlah periuk kera yang ada.
4. Santan pula dicampur dengan garam dan gula sebagai penambah rasa. Kacau hingga bahan perasa larut.
5. Masukkan beras pulut ke dalam periuk kera hingga memenuhi 2/3 bahagian.
6. Kemudian tuangkan santan ke dalam periuk kera tadi.

7. Kukus selama 30-40 minit hingga masak.
8. Angkat, sejukkan seketika dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Halizar Mohamed Salleh
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Chef Wan & Erra, Berkongsi Dapur Buat Murtabak Daging Kambing & Bubur Cha Cha

Seronok tengok Erra Fazira berkongsi dapur dengan Chef Wan dalam program Rasa Nostalgia Ramadan, kedua-dua mereka menyediakan dua menu kegemaran dan wajib ada Erra sepanjang bulan puasa. Ternyata pelakon dan penyanyi popular ini seorang yang simple dalam memilih menu berbuka. Tak sangka Murtabak dan Bubur Cha Cha jadi pilihan Erra Fazira

“Saya kalau tak ada murtabak dan manisan seperti Bubur Cha Cha macam tak lengkap berbuka puasa rasanya. Bubur Cha Cha ni kalau dulu-dulu bila bulan puasa je mak mesti buat sebab tahu saya sukakannya. Memang dari zaman kanak-kanak hingga sekarang,bila berbuka saya mesti ada makanan yang manis dan Bubur Cha Chalah kesukaan saya. Bila mak buat tak sabar nak tunggu waktu berbuka, terasa-rasa lemak manis dan tekstur ubi yang kenyal dan tepung Cha Cha yang berwarna warni memang mengundang seksa tunggu berbuka.

Murtabak pulak, tak kisahlah murtabak daging atau ayam, ia mesti ada. Sebabnya, kalau dulu-dulu murtabak hanya dijual pada bulan puasa, itu yang istimewanya Tapi hari ni saya teruja bila Chef Wan mengundang saya menyediakan Murtabak Daging Kambing bersamanya. Bila tengok macam senang je buat murtabak. Tapi kebiasaannya saya beli je kat Bazar Ramadan sebab keluarga saya kecil ia lebih berbaloi dari memasak,” ujar Erra.
Kata Erra, dulu hanya dia dengan ibu, kini tambah dengan perempuannya, pilihan berbuka puasa mereka masih yang ringkas. Anaknya Aleesya suka makan nasi dengan lauk singgang. Dia tak cerewet soal makan, sebab itulah dari dulu hingga sekarang menu berbuka puasanya adalah ringkas. Kalau makan nasi, lauk-pauk pilihannya adalah masakan kampung.
Berikut dua resipi yang disediakaan oleh Chef Wan yang disukai oleh Erra Fazira:-

MURTABAK DAGING KAMBING
BAHAN-BAHAN:
KULIT MURTABAK:
- 4 cawan tepung gandum
- 1 biji telur
- 1 sudu makan susu pekat manis
- 2 sudu makan marjerin
- 1 1/2 cawan air (campur sedikit garam)
BAHAN INTI MURTABAK:
- 300gm daging kambing kisar
- 2 biji bawang besar | potong dadu
- 3 ulas bawang putih | potong dadu
- 3 ulas bawang merah | cincang halus
- 1cm halia | cincang halus
- 4 sudu makan rempah kari
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya | untuk menumis
BAHAN CAMPURAN INTI:
- 1 biji bawang | potong nipis
- 6 biji telur atau secukupnya
- 4 tangkai daun ketumbar | hiris halus
- 4 tangkai daun bawang | hiris halus
BAHAN BAWANG JERUK:
- 1 biji bawang besar | hiris nipis
- 1 sudu makan cuka putih
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu makan gula
CARA MEMASAK:
- Gaulkan tepung gandum, telur, susu pekat manis dan marjerin, gaul sebati.
- Masukkan air bergaram tadi sedikit demi sedikit sambil uli hingga sebati dan adunan tidak melekat di tangan, lembut dan licin.
- Bulat-bulatkan doh dan sapukan sedikit marjerin supaya doh tidak melekat antara satu sama lain. Perap selama 2-3 jam.
- Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, putih dan halia hingga wangi.
- Masukkan rempah kari, kacau rata dan tambah sedikit air. Kacau hingga pecah minyak dan garing. Kemasukkan daging kambing kisar, kacau rata hingga warna daging berubah dan sekata dengan bahan tumisan.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa, terus kacau hingga inti garing.Tutup api dan biarkan sejuk.
- Ambil beberapa sudu makan inti masukkan dalam mangkuk, pecahkan sebiji telur di dalamnya. Kemudian masukkan hirisan bawang, daun ketumbar dan daun bawang. Kacau sebati dan ketepikan seketika.
- Sapukan tangan dengan sedikit minyak, dan tebarkan doh roti canai dan arik nipis-nipis .
- Masukkan inti, lipat dengan kemas hingga inti disaluti sepenuhnya.
- Panaskan minyak dan goreng murtabak dengan api perlahan hingga masak.
- Angkat dan bolehlah dinikmati dengan kuah Dhal serta hrisan cuka bawang.

BUBUR CHA CHA
BAHAN-BAHAN:
- 100gm tepung Cha Cha kering
- 300gm keladi | rebus setengah masak
- 200gm keledek kuning | rebus setengah masak
- 200gm keledek oren | rebus setengah masak
- 200gm keledek ungu | rebus setengah masak
- 70gm sago mata ikan
BAHAN KUAH SANTAN:
- 400ml santan cair
- 400ml santan pekat
- 2 helai daun pandan
- 300gm gula
- 1 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
- Rebus tepung cha cha kering. Bila sudah terapung, angkat dan rendam dalam air.
- Rebus keladi dan keledek hingga empuk secara berasingan. Angkat dan toskan.
- Seterusnya masukkan bahan ubi-ubian dalam periuk bersama santan cair, gula, secubit garam dan daun pandan.
- Renehkan hingga ubi empuk.
- Setelah empuk, tambahkan santan pekat, tepung Cha-Cha yang telah direbus tadi dan bersama sagu, sederhanakan api, kacau hingga kuah mendidih.
- Perasakan dengan secubit garam.
- Setelah cukup rasa, tutup api dan Bubur Cha Cha sedia dihidangkan.panas atau sejuk.
Resipi Kuih Abok Abok Sagu Sedap Guna Sukatan Cawan

Kuih Abok-Abok Sagu adalah antara kuih tradisional yang sentiasa menjadi kegemaran ramai. Hanya menggunakan bahan-bahan yang ringkas, kuih ini menjadi pilihan ramai terutamanya ketika sarapan dan juga minum petang. Kalau dapat makan masa masih panas, memang nikmat. Jom cuba resipi perkongsian saudari MariaKhalisya Khalis ni. Pasti puas hati dengan hasilnya.
CARA BUAT KUIH ABOK ABOK SAGU GUNA SUKATAN CAWAN

BAHAN-BAHAN:
1 cawan sagu biji – beli online disini
3 cawan air biasa
1/2 cawan gula merah – beli online disini
5 sudu makan gula putih – beli online disini
1/2 biji kelapa parut
Daun pisang secukupnya – layurkan atas api & lap bersih
1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
1. Rendam sagu dengan air sampai meresap semuanya dalam 30 minit. Kemudian toskan supaya tiada air yang meleleh.
2. Kemudian campurkan sagu yang di tos tadi dengan kelapa parut dan juga garam. Gaul rata. Dalam mangkuk laik, satukan gula merah dan gula putih kemudian gaul rata.
3. Ambil daun pisang dan buat macam corong @ kelonsong. Masukkan 1 sudu sagu, ratakan.

4. Kemudian masukkan gula ½ sudu atau boleh lebihkan ikut tahap manis yang disukai.
5. Seterusnya tambahkan 1 sudu lagi sagu. Bungkus kemas. Ulang langkah tadi hingga semua bahan habis.


6. Bila semua sudah siap dibungkus, kukus Kuih Abok Abok selama 30 minit menggunakan api sederhana atau sehingga sagu menjadi lembut dan jernih.

7. Angkat, sejukkan dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: MariaKhalisya Khalis
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Ikan Tenggiri Masak Lemak Padang, Indonesia. Mudah & Sedap
Resipi Fishcake Homemade Paling Sedap, Mudah & Senang Dibuat
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Sapu Marjerin & Guna Api Kecil. Petua Masak Lempeng Tak Lekat Di Kuali

Ada yang tertanya-tanya, macam mana nak masak lempeng yang sedap dan tak melekat. Ada petua ke? Masa dahulu jika waktu-waktu pagi, lempeng antara menu sarapan popular yang mudah dimasak. Ringkas sahaja tetapi rasanya sedap bukan main. Ada yang nipis, ada yang tebal. Elok je hasilnya. Makan panas-panas memang membuka selera. Terasa nak makan Lempeng? Jom cuba resipi perkongsian saudari Misza Manap ni. Beliau juga kongsi cara beliau masak lempeng tanpa lekat di kuali. Wow… Jom cuba. Cicah dengan Sambal Sardin, sedap ni. Pasti puas hati.
RESIPI LEMPENG SEDAP & PETUA UNTUK ELAK LEKAT KETIKA DIMASAK

BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum – beli online disini
2 biji telur gred C
1 sudu teh garam – beli online disini
2 sudu makan marjerin Pelangi – beli online disini
Air secukupnya – cairnya seperti membuat kuih ketayap
CARA MEMASAK:
1. Dalam bekas bersesuainya, satukan tepung gandum, telur, garam dan marjerin. Sebatikan.
2. Tuang air sedikit demi sedikit dan adun lagi hingga dapat bancuhan seakan adunan kuih ketayap.
3. Petua lempeng tidak melekat di kuali adalah, tambah marjerin dalam adunan. Bila sudah letak marjerin, tidak perlu sapu minyak pada kuali ketika memasak. Adunan tidak melekat.
4. Masak lempeng guna kuali kecil dan menggunakan api kecil sahaja. Angkat dan nikmati bersama aneka sambal pilihan.


Kredit resipi & foto: Misza Manap
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Siti Sarah Insan Terpilih. Memori Indah Saat Rakaman Kini Tinggal Kenangan
Goreng Isi Ayam & Tambah Sambal Kicap. Ini Rahsia Bihun Sup Jadi Lebih Sedap
Goreng Guna Api Sederhana. Ini Rahsia Buat Karipap Kentang Sedap & Rangup
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official


