Pucuk ubi memang enak dimasak dengan pelbagai jenis masakan. Kalau dicelur, selalunya ia dijadikan sajian pecal, gado-gado ataupun dinikmati bersama sambal belacan dan budu. Tapi pernah tak jadi bila anda celur, daun pucuk ubi akan bertukar warna coklat dan pucat? Nampak tak menarik!
Menerusi saudari Erra Fazira Mahdi, beliau berkongsi petua dari ibu tercinta; Puan Jamaiah Binti Aini untuk hasilkan pucuk ubi rebus yang kekal hijau dan nampak menyelerakan. Jom cuba!
CARA REBUS PUCUK UBI AGAR KEKAL HIJAU & NAMPAK SEGAR
BAHAN-BAHAN:
- Pucuk ubi – dibersihkan
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- Air secukupnya
CARA-CARA:
- Sediakan air rebusan dan masukkan daun ubi.
- Kemudian masukkan soda bikarbonat. Tunggu hingga daun lembut.
- Angkat dan toskan. Selain pucuk ubi, cara ini juga boleh digunakan untuk mencelur sayur-sayuran yang lain juga.
Kredit resipi & foto: Erra Fazira Mahdi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
4 Menu Sayur10 Minit Siap Wajib Korang Cuba, Sedap&Sihat Ye!
Sayur makan panas-panas menang sedap, disebabkan sedap dihidangkan panas-panas, ini RASA kongsikan empat menu sayur yang ringkas tapi gerenti sedap. Ia boleh disediakan apabila anda dan keluaraga sudah sedia untuk menikmati hidangan makan tengahari atau malam sebab sayur ini boleh disediakan kurang dari 10 minit.
Senangkan, jom kita cuba,…
PAK CHOY BERSAMA FISH CAKE TUMIS SOS TIRAM
BAHAN-BAHAN:
- 2 pokok sawi Pak Choy | potong dua
- 2 batang fish cake | potong dua hiris memanjang
- 2 sudu makan sos tiram
- 1 biji cii merah | hiris memanjang halus
- 2 ulas bawang merah | hiris
- 2 ulas bawang putih | titik
- Garam dan gula secukup rasa
- 2 sudu makan minyak
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan merah hingga wangi.
- Masukkan hirisan fish cake, kacau seketika, masukkan Pak Choy, kacau rata tambahkan hirisan cili dan sos tiram.
- Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Tutup api, sayur sedia dihidangkan.
TERUNG GORENG SAMBAL DAGING KISAR
BAHAN-BAHAN:
- 3 biji terung panjang
- 250 gm daging kisar
- 3 sudu makan pes cili kering
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan sos tomato
- 1/2 biji bawang besar | potong dadu
- 2 ulas bawang putih | cincang halus
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
- Terung dipotong dua kemudian belah empat.
- Panaskan minyak, goreng terung dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
- Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
- Masukkan pes cili kering, kacau rata hingga pecah minyak.
- Tambahkan sos tomato dan daging kisar.
- Setelah tumisan kering perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Akhir sekali masukkan terung, kacau rata agar terung sebati dengan tumisan daging kisar.
- Tutup api dan sedia dihidangkan.
TUMIS KACANG PANJANG BERSAMA DAGING KISAR
BAHAN-BAHAN:
- 10 batang kacang panjang | potong 4cm
- 150gm daging kisar
- 1/2 biji bawang besar | hiris
- 2 ulas bawang putih | cincang halus
- 1 sudu makan sos tiram
- 3 biji cili padi | hiris
- Sedikit hirisan cili benggala merah
- Sedikit minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili padi hingga wangi.
- Masukkan daging kisar, kacau rata hingga bertukar warna.
- Seterusnya masukkan kacang panjang dan cili benggala, kacau hingga kacang layu.
- Perasakan dengan sos tiram.
- Setelah cukup rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan.
TUMIS KACANG BOTOL BERSAMA DAGING
BAHAN-BAHAN:
- 6 batang kacang botol | hiris serong
- 150gm hirisan daging rebus
- Sedikit hirisan cili Benggala Merah
- 1/2 biji bawang besar | hiris
- 2 ulas bawang putih | cincang halus
- 1 sudu makan sos tiram
- Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
- Masukkan daging, kacau rata diikuti dengan kacang botol dan hirisan cili Benggala.
- Apabila sayur layu, perasakan dengan sos tiram.
- Setelah masak, tutup api dan sedia dihidangkan.
Hidangan Raya Untuk Tetamu Dah Habis? Boleh Cuba Resipi Kuah Lontong Mudah Ni. Sekejap Je Boleh Siap
Di hari raya pastinya ramai sanak saudara yang datang berkunjung. Lauk pauk yang banyak pun cepat habis. Jadi boleh cuba buat Kuah Lontong mudah ini. Sekejap sahaja sudah boleh dihidangkan.
BAHAN-BAHAN:
- 1000ml santan
- 150gm udang | bersih dan tos
- 1 paket tempe |potong dadu
- 1 keping fucuk | koyak-koyakkannya dan rendam
- Sedikit suhun | rendam
- 1 keping tauhu | potong dadu
- 1 batang serai | dititik
- 5-6 batang kacang panjang
- Sedikit hirisan bunga kubis
- Sedikit hirisan lobak merah
BAHAN KISAR:
- 6 ulas bawang besar
- 2ulas bawang putih
- 10 biji cili padi
- 3cm kunyit hidup
- 3 biji buah keras
CARA MEMASAK:
- Masukkan 800ml santan dalam periuk.
- Kemudian masukkan bahan kisar. Kacau rata.
- Seterusnya masukkan serai, tauhu dan tempe.
- Setelah kuah mendidih, masukkan bunga kubis, kacang panjang, fucuk, suhun dan lebihan santan.Kacau rata.
- Tambahkan lobak merah serta udang. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih seketika.
- Angkat dan hidangkan dengan nasi impit.
6 Cara Goreng Tempura Rangup Kriuk-Keriukkk, Tak Menyesal Punya.
Anda pencinta tempura? Menu popular Jepun ini memang nampak senang disediakan tetapi kalau tidak kena gaya masak,usahkan ranggup, malah memerangkap minyak dan tidak rangup seperti diharapkan.
Tapi kalau anda tahu cara menggorengnya gerenti tidak ada masalah dan akan selalu menyediakannya. Berikut RASA kongsikan enam cara menggoreng tempuran agar garing, rangup dan tidak berminyak.
- Anda boleh gunakankan pelbagai jenis sayur, ikut cita rasa. Bagaimanapun pastikan cuci bersih sayur, kemudian tos dan pastikan ia kering sebelum dicelup dalam bancuhan adunan tepung.
- Gunakan kuali tembaga atau keluli, kerana ia boleh mengekalkan kepanasan yang sekata bagi membantu tempura garing sekata dan kekal rangup.
- Pastikan anda menggunakan sudik stainless steel semasa menggorang, tujuannya bagi mengelakkan aroma dan rasa tempura tidak melekat pada sudik. Masa yang sama, sudik stainless steel juga boleh digunakan untuk memeriksa kepanasan minyak.
- Untuk memastikan minyak betul-betul panas, masukkan satu adunan ke dalam minyak. Jika segera timbul, bermakna minyak cukup panas. Maka teruslah menggoreng tempura hingga selesai.
- Bagi memastikan tempura cukup masak, anda boleh kenal pastu melalui bunyi percikkan minyak semasa menggoreng. Jika bunyi percikan perlahan dan tepung yang meliputi sayuran berubah kepada warna kuning keemasan, angkat tempura dari kuali.
- Pastikan anda menggunakan penapis semasa mengangkat bahan tempura. Kemudian toskan minyak sebelum sedia dihidangkan. Masa yang sama, penapis ini akan memastikan sisa tepung rempura berjaya dikeluarkan dari kuali dan tidak menganggu gorengan seterusnya.
Senang je kan, diharapkan dengan tip ini anda boleh menghasilkan sayur goreng tempura yang rangup berkeriuk setanding menikmati tempura di restoran-restoran mewah.
Tempura Sayur
Bahan Sayuran:
- 60gm bunga kubis | potong dadu
- 60gm lobak merah | potong panjang
- 60 gm kacang buncis | potong jadi dua
- 3 batang daun bawang | hiris memanjang
- 60gm kubis segar hiris memanjang
Bahan Adunan:
- 2 ulas bawang putih | kisar
- 100gm tepung gandum
- 3 sudu makan tepung beras
- 1/4 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- Garam secukup rasa
- Air secukupnya
Cara Memasak:
- Campurkan semua bahan dalam mangkuk.
- Tambahkan air sedikit demi sedikit sambil kacau sehingga mendapat bancuhan yang diperlukan
- Masukkan sayuran, seafood, isi ayam atau daging ke dalam adunan. Goreng hingga kekuningan.
- Tutup api, toskan minyak, kemudian hidang panas-panas.