Cara Cuci Buah & Sayur Agar Lebih Bersih

Share

Tiada kaedah mencuci yang boleh menghapuskan mikroorganisma secara menyeluruh yang mungkin ada pada buah-buahan serta sayuran yang anda beli. Namun cara terbaik untuk mengurangkan jumlahnya adalah dengan mencuci di bawah laluan air bersih. Membasuh juga bukan sahaja membantu menghilangkan kotoran, bakteria, serangga malah ia juga membersihkan kesan-kesan racun yang melekat pada makanan anda.

Seperti yang disarankan oleh Universiti Colorado, cara terbaik untuk mencuci buah atau sayuran adalah dengan mengisi bekas dengan air dan masukkan sayur serta buah anda ke dalamnya. Elakkan menampung air di dalam sinki kerana lubang laluan air berkemungkinan mengadungi bakteria yang memudaratkan.

 

Selain itu, air basuhan mestilah sejuk.

Caranya ialah celup buah ke dalam bekas berisi air berais dan ketika dicuci, gosok kulit buah atau sayur sehingga sisa kotoran hilang. Cara ini bertujuan untuk menghalang mikroorganisma dari melekat pada sayur-sayuran menerusi batang serta bunga.

Untuk sayuran hijau seperti brokoli, anda boleh merendamnya selama 2 minit di dalam air batu sebelum membilasnya sekali lagi dengan air yang mengalir.

 

Published by
Nur