Korang jenis yang bawa bekal dari rumah menggunakan bekas atau container plastik . Lepas makan bekas beminyak dan berbau, tapi nak buang sayang. Korang jangan risau ini RASA kongsikan beberapa tip macam mana nak cuci dan hilangkan bau sekali, Dengan cara ini korang boleh jimat dan boleh gunakan semula bekas tersebut,
HILANGKAN BAU
Walaupun korang boleh terus cuci dengan sabun pencuci pinggan mangkuk yang ada tetapi ada sesetengah bahan makanan akan meninggalkan bau pada bekas. Untuk ini korang boleh cuba cuci dengan cara berikut:
Guna Jus Limau Nipis
Jus limau nipis memang berkesan untuk menghilangkan bau, ia bukan hanya menghilangkan bau hanyir lauk pauk tetapi juga bau plastic sekali. Cara mencuci, potong limau beberapa bahagian kemudian perah dalam bekas plastik, dengan mengunakan kulitnya itu gosok bahagian dalam plastik. Kemudian biarkan kulit limau di dalam dan tutup bekas plastik dan masukkan dalam peti sejuk beberapa minit, kemudian keluarkan dan cuci macam biasa dangan air sabun.
Campuran Hampa Kopi Dengan Baking Soda
Hampas kopi mempunyai aroma yang kuat, sedangkan baking soda adalah agen pembersih yang boleh menghilangkan bau. Campurkan kedua bahan ini dengan sedikit air untuk menjadi pes. Oleskan pes ini dalam bekas plastik dan biarkan 1-2 dua hari di dalam peti ais atau hingga bauanya hilang. Akhir sekali cuci dengan sabun dan toskan.
Gunakan Kertas Surat Khabar
Kertas surat khabar boleh menyerap bau busuk pada bekas plastik. Caranya, korang koyak-koyakkan kertas dan ramas-ramas hingga bulat, kemudian celup dalam air. Letakkan kertas tersebut dalam bekas plastik dan tutup sebelum disimpan dalam peti sejuk semalaman sebelum dicuci bersih menggunakan sabun.
HILANGKAN KESAN KOTOR
Selain bau masalah lain yang selalu dihadapi adalah kesan makanan yang degil. Terutama jika korang gunakan bekas tersebut untuk menyimpan bahan kisar seperti kunyit dan cili yang akan meninggalkan kesan warna kuning dan merah pada bekas plastik. Korang jangan panik kerana masalah ini boleh diatasi dengan cara campurkan bahan pemutih dengan air suam, kemudian rendam bekas plastik selama20-30 minit. Kemudian bersihkan dengan sabun dan keringkan, Jika masih ada kesan degil boleh ulang sekali lagi cara mencucinya,
Harap dengan tip ini masalah bekas plastik yang kotor dan berbau boleh diatasi dengan mudah.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI