Kain pengelap atau kain lap memang sangat penting dan perlu ada di dapur. Ia sangat berguna dalam membersihkan sisa kotoran, sisa minyak masak dan sebagainya. Bila dah diguna untuk mencuci kotoran, kesan yang melekat itu tentunya agak susah dibersihkan.
Ada kalanya, walau dibasuh dengan sabun yang banyak, kain pengelap tetap kelihatan kurang bersih dan berbau. Khas untuk anda, RASA kongsikan satu petua mudah yang mampu menjadikan kain pengelap anda kelihatan lebih bersih dan wangi selepas dicuci. Jom cuba.
Anda penggemar teh? Tapi sayang rasa teh yang disediakan tidak sempurna seperti yang anda inginkan walau pun bermacam tip dan petua telah dicuba. Jangan salahkan teh ye, mungkin tip ini boleh memberikan anda hasil teh seperti diinginkan.
Untuk hasilkan air teh yang sedap, selain air mesti panas, anda juga perlu rendam teh sekurang-kurangnya empat minit untuk teh hitam dan kurang empat minit untuk teh hijau. Ini kerana selama ini kebanyakan dari anda hanya merendam teh tidak lebih dari dua minit.
Sebenarnya teh perlu waktu yang lama untuk mengeluarkan aroma dan juga rasanya. Empat minit adalah waktu paling sesuai untuk merendam teh dalam air panas mendidih.
Selain cara merendam teh, pemilihan cawan juga mempengaruhi rasa teh. Oleh itu, elakkan menggunakan cawan yang dibuat dari tanah liat. Sebaliknya pilih cawan porcelain untuk mengelakka perubahan pada arasa dan mengurangkan kemungkinan cawan pecah.
Diharapkan tip ini memberikan manfaat kepada anda pengemar teh. Selamat mencuba…
Daging lembu segar mempunyai bau hamis dan perlu dicuci dengan sempurna bagi membuang bau tersebut. Jika tidak dibersihkan dengan sempurna, bila dimasak seperti juadah rendang, sup atau digoreng, masakan anda akan sedikit berbau kurang enak. Kadang kala bau ini menjejaskan rasa makanan. Ada pelbagai petua dan cara dikongsi untuk membuang bau ini yang anda boleh cuba.
CARA HILANGKAN BAU HAMIS DAGING SEGAR
BAHAN-BAHAN:
Daging
Tepung gandum |anggaran 3 sudu makan untuk 1 kg daging
2-3 helai daun nangka | jika ada
CARA-CARA:
1. Bersihkan daging dan potong mengikut saiz yang sesuai untuk jenis masakan anda.
2. Masukkan ke dalam bekas dan tabur tepung gandum. Masukkan juga daun nangka yang telah direnyuk-renyuk sedikit. Gaul rata dan biarkan dalam 30 minit hingga ke 1 jam.
3. Bersihkan daging dan toskan hingga kering sebelum dimasukkan ke dalam rendang.
4. Hasilnya daging akan tidak berbau malah lebih cepat empuk bila dimasak rendang atau sebagainya.
Ramai yang menyukai kuih Puteri Ayu, kuih berwarna hijau yang lemak manis dan kaya dengan rasa pandan ini sememangnya disukai ramai tanpa mengira usia. Tapi kalau korang belum pernah membuatnya, kali ini korang cuba berpandukan tip yang RASA kongsikan ini, ia sangat mudah tidak mengambil masa lama untuk mengukusnya.
Panaskan Pengukus Terlebih Dahulu:
Langkah pertama, panaskan mengukus, sementara anda mula untuk membancuh adunan Puteri Ayu. Kerana untuk menyediakan aduanan ini sangat mudah dan cepat.
Pukul Atau Putar Telur dan Gula Hingga Kembang:
Putar atau pukul telur bersama gula pasir dan bahan penaik (ovelete) hingga kembang. Tambahkan esen vanilla dan sedikit garam, pukul hingga kembang. Ia penting agar apam tidak mendapat selepas dikukus.
Guna Tepung Berprotein Sederhana & Tepung Jagung:
Selepas adunan telur dan gula kembang, masukkan tepung gandum dan tepung jagung yang telah diayak bersama. Menggunakan tepung berprotein sederhana mampu membantu apam mengembang dengan elok yang memberikan tekstur yang empuk dan lembut. Masukkan dua jenis tepung yang diayak bersama sedikit demi sedikit. Untuk meratakan campuran tepung boleh gunakan spatula dengan cara kauk balik.
Campur Santan, Air Dan Pewarna Hijau:
Setelah campuran telur dan tepung sekata, tambahkan bahan cairan campuran santan pekat air pandan dan perasa pandan. Air pandan adalah hasil dari daun pandan yang dikisar halus dan ditapis airnya. Air pandan memberikan aroma pandan yang wangi, pewarna hijau memberikan warna hijau lebih menarik.
Kelapa Parut Sebagai Kepala Atau Topping:
Sebelum memasukkan adunan ke dalam acuan, sapu acunan dengan sedikit minyak. Kemudian masukkan sedikit kelapa parut yang telah diambil bahagian putihnya sahaja dan gaulkan dengan secubit garam halus. Padatkan kelapa parut, kemudian tuangkan adunan apam 3/4 acuan. Lakukan hingga adunan habis.
Kukus Tidak Lebih 20 Minit:
Susun acuan dalam pengukus dan kukus dalam pengukuks yang telah sedia dipanaskan selama tidak lebih dari 20 minit menggunakan api besar. Setelah Masak, angkat dan sejukkan, Keluarkan dari acuan apabila sejuk.
Resipi Apam Puteri Ayu.
Bahan-Bahan :
3 biji telur
1 cawan gula pasir
1 sudu kecik ovelate
1 1/2 cawan tepung gqndum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu kecik baking powder
1 cawan santan kotak
2 sudu makan patu pes pandan
1 penutup pewarna hijau
Bahan Kelapa Parut:
kelapa parut
Sedikit garam
Sedikit tepung gandum(Gaul sebati. kukus sekejap)
CARA MEMASAK:
Ayakkan tepung bersama baking powder
Putar telur, gula, ovalate dan esen pandan hingga kembang putih.
Masukkan santan selang seli dengan tepung.
Gaul sebati baru tuang pewarna hijau. Mutar sebati lagi sekali.
Sapu acuan dengan sedikit minyak. Tekan kelapa yang dah kukus tadi dekat dasar acuan.
Tuang adunan tepung paras acuan. kukus 10-15 minit api besar.