
Kain pengelap atau kain lap memang sangat penting dan perlu ada di dapur. Ia sangat berguna dalam membersihkan sisa kotoran, sisa minyak masak dan sebagainya. Bila dah diguna untuk mencuci kotoran, kesan yang melekat itu tentunya agak susah dibersihkan.
Ada kalanya, walau dibasuh dengan sabun yang banyak, kain pengelap tetap kelihatan kurang bersih dan berbau. Khas untuk anda, RASA kongsikan satu petua mudah yang mampu menjadikan kain pengelap anda kelihatan lebih bersih dan wangi selepas dicuci. Jom cuba.
CARA CUCI KAIN LAP DAPUR SUPAYA LEBIH BERSIH
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 cawan soda bikarbonat
- 1 cawan cuka
- 1 mangkuk air panas
- Kain pengelap
CARA-CARA:
1. Masukkan soda bikarbonat ke dalam mangkuk berisi air panas.
2. Kemudian masukkan cuka. Kacau rata.
3. Seterusnya masukkan kain pengelap. Pastikan kain tersebut terendam sepenuhnya. Tambah air panas jika perlu. Biarkan kain terendam semalaman.
4. Bilas kain dengan air bersih dan jemur sehingga kering. Hasilnya kain pengelap anda lebih bersih dan tidak busuk.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Minyak Bawang Putih Boleh Jadikan Masakan Sedap Berselera!

Sejenis yang memang suka gila dengan bawang putih dan memang wajib ada stok minyak bawang putih goreng kat dapur rumah. Minyak dia, kalau nak goreng sayur ke, buat sup ke, perghhh.. memang sedap melampau! Bawang putih goreng tu pulak letak dalam makanan bersup/bergoreng, macam mee, bihun, kueyteaw semua, nak letak kat sayur goreng pun sedap! Makan dengan moi dan megi. Aroma dia pergh lg sedap dr bawang yg br nak tumis atau bawang goreng kt kedai tu tau..
Cara dia mudah je, boleh tahan 3 bulan sekali buat..
Bahan-bahan:
- Bawang putih ikut nak banyak mana…
- Skrg bawang putih mahal ..kalu buat mcm ni boleh jimat
- Minyak masak atau olive oil ya, sukatan dia bagi tenggelam bawang tu shj.
- Kupas bawang putih pastu basuh cuci2 tau
- Mayang halus2
- Masukan minyak dengan api yg paling perlahan…
Pastu masuk la bawang putih
- Dah nk kuning tu haa sila la angkat letak dlm bekas ok…kalu biar dlm tu hangussss nanti!
Khasiat bawang putih
- Bawang putih membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok kerana ia akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah.
- Bawang putih kaya dengan bahan antioksida seperti Selenium yang membantu mengurangkan radikal bebas di dalam darah yang akan membantu mengurangkan risiko mendapat kanser.
- Bawang putih mengandungi Allicin yang bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob dan berfungsi untuk mengatasi masalah jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.
- Bawang putih mempunyai bahan anti inflammatory (anti keradangan) yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan keradangan pada artritis sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.
- Bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap masalah tiroid kerana bawang putih mempunyai kandungan iodin yang tinggi.
- Bawang putih membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan kerana ia akan merembeskan asid gastrik pada lapisan perut.
- Pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan sistem pertahanan badan (immune system) kerana aktiviti sel darah putih akan meningkat untuk melawan jangkitan dan tumor.
- Bawang putih dapat membantu menurunkan kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.
Hebat kan bawang putih ni? Tapi awas, pengambilan bawang putih yang banyak boleh menghasilkan bau badan yang kurang enak.
Kongsi Resipi: Cik Mil Neena & Mingguan Wanita
Lagi resipi untuk memudahkan kerja-kerja memasak yang berbaloi untuk di cuba!
6 Resipi Pes Ni Pastinya Akan Mudahkan Kerja-Kerja Memasak Anda. Berbaloi Cuba!
Ini 6 Cara Supaya Kentang Tahan Lama & Tidak Busuk.

Anda jenis membeli barang dapur dalam jumlah yang banyak, termasuk kentang. Namun ada ketikanya anda tidak banyak menggunakan kentang dalam masakan sehingga stok kentang terbiar lama dan busuk tanpa disedari. Hal ini merugikan, untuk mengelakkan dari membazir anda boleh amalkan petua yang RASA kongsikan ini supaya kentang tahan lebih lama dan tidak busuk.
Pilih Yang Segar
Semasa membeli kentang pilih yang masih segar agar aia tahan lebih lama. Pastikan kentang juga tidak bertunas, teksturnya keras dan tidak ada tanda-tanda busuk. Elakkan kentang berwarna hijau, itu menunjukkan ia masih belum matang dan kurang sedap. Sebaiknya beli kentang berwarna kekuningan dengan permukaan yang licin.
Jika terbeli banyak dan kentang dalam simpanan kelihatan kurang segar, asingkan atau buang yang busuk. Kentang yang tinggal perlu segera digunakan dan jangan simpan lebih dari dua hari. Cara kedua, potong bahagian busuk, sementara bahagian yang elok dikupus dan rendam dalam air sejuk, cara ini kentang masih boleh tahan satu hari.
Simpan Di Tempat Kering
Umumnya kentang boleh tahan satu hingga dua minggu jika disimpan pada suhu bilik. Namun agar tahan lebih lama, simpan kentang di tempat kering dan tidak terdedah pada sinaran matahari. Suhu paling sesuai untuk simpan kentang adalah 6-7C, pada suhu ini kentang boleh tahan dua hingga tiga bulan.
Simpan kentang dengan cara memasukkannya dalam bakul plastik yang berlubang-lubang untuk kemudahan kitaran udara dan simpan dalam kabinet kering dan bebas dari cahaya matahari. Elakkan dari menyimpan kentang dalam peti sejuk kerana suhu terlalu sejuk untuk kentang, ia menyebabkan ketang akan berwarna kehitaman semasa di masak
Jangan Cuci
Ada orang yang suka mencuci kentang sebelum disimpan. Cara ini akan menyebabkan kentang menjadi lembab dan cepat busuk. Jangan risau tentang kotoran atau kuman pada kulit kentang, sebab anda boleh mencuci kentang semasa ingin menggunakannnya. Ingat kentang mesti sentiasa kering dan tidak berkulat semasa dalam simpanan
Sentiasa Pantau Kesegaran
Selain suhu dan kelembapan, banyak faktor lain yang pengaruhi kesegaran kentang. Misalnya serangga dan penyakit. Oleh itu sentiasa pantau kesegaran kentang secara rutin dan pilih kentang yang hampir busuk dan gunakannya terlebih dahulu untuk dimasak.
Jangan Simpan Kentang Dengan Buah
Elakkan dari meletakkan kentang bersama buah dalam satu bekas, kerana ada sesetengah buah yang mengeluarkan gas yang boleh menyebabkan kentang lebih cepat busuk.
Freezer Jadi Penyelesaian
Freezer memang alternatif jangka panjang menyimpan kentang. Dengan cara ini kentang boleh disimpan 10-12 bulan dalam keadaan beku. Tetapi jika ingin dibekukan ia hanyalah kentang yang telah dimasak, bukan mentah. Oleh itu rebus atau bakar kentang sebelum dibekukan.
Tip Simpan Beras Jangka Masa Lama Untuk Kegunaan Waktu Kecemasan

Isi Kandungan
ToggleBeras adalah makanan ruji kita yang memang akan sentiasa ada di rumah. Tak boleh putus stok. Tapi kita tak dapat menjangka kedatangan bencana alam yang boleh menyebabkan bekalan beras terputus.
Oleh itu sedikit sebanyak kita perlu menyimpannya untuk kegunaan waktu kecemasan ini. Sekampit pun tak mengapa asalkan ada. Tapi nak menyimpan beras sebagai bekalan ketika kecemasan ini ada caranya kerana ia akan disimpan dalam tempoh yang lama.
Agar beras kekal elok boleh ikut tip yang dikongsi oleh Fadzielah Ayub. Cara beliau adalah dengan menyimpan beras dalam plastik vakum.
Cara simpan beras untuk kecemasan
Ini cara saya untuk simpan beras supaya tahan lebih lama. Saya simpan dalam plastik vakum ni supaya beras tahan lama dan tidak rosak. Nak masak, baru buka.
Bila krisis beras tengah melanda, tak salah kalau kita nak beli beras lebih dan simpan untuk keperluan masa hadapan. Tapi pastikan cara simpanan tu betul supaya tak rosak dimakan bubuk/kutu beras. Bila beras rosak, sayang pulak terbazir kan?
Tip simpan beras
1. Sebaiknya untuk simpan beras, ambil beras yang baru dibeli untuk mengelakkan kehadiran bubuk. Pastikan juga beras dalam keadaan benar-benar kering kerana lembapan akan menyebabkan beras rosak.
2. Sediakan plastik kedap udara dan sebaiknya bersama sealer atau alat vakum. Boleh guna yang ini juga, lebih senang.
3. Masukkan beras dalam plastik dan vakum atau keluarkan udaran kemudian seal. Kuantiti boleh buat 1-2 kg untuk satu pek bergantung kepada saiz plastik.
4. Selepas dibungkus simpan beras ini di tempat yang kering dan stabil suhunya, elak simpan ditempat yang lembap.
5. Jangan letak beras yang dipek ini di tempat terkena cahaya matahari secara terus. Seeloknya simpan di tempat gelap seperti dalam kabinet.
6. Jika sebelum ini ada menyimpan beras sebegini, gunakan yang lama sebelum membuat pek beras yang baru supaya tidak disimpan terlalu lama.
Sumber: Fadzielah Ayub