Kain pengelap atau kain lap memang sangat penting dan perlu ada di dapur. Ia sangat berguna dalam membersihkan sisa kotoran, sisa minyak masak dan sebagainya. Bila dah diguna untuk mencuci kotoran, kesan yang melekat itu tentunya agak susah dibersihkan.

Cara Cuci Kain Lap Dapur Supaya Lebih Bersih & Wangi.

Ada kalanya, walau dibasuh dengan sabun yang banyak, kain pengelap tetap kelihatan kurang bersih dan berbau. Khas untuk anda, RASA kongsikan satu petua mudah yang mampu menjadikan kain pengelap anda kelihatan lebih bersih dan wangi selepas dicuci. Jom cuba. 

 

CARA CUCI KAIN LAP DAPUR SUPAYA LEBIH BERSIH

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 cawan soda bikarbonat
  • 1 cawan cuka
  • 1 mangkuk air panas
  • Kain pengelap

CARA-CARA:

 1. Masukkan soda bikarbonat ke dalam mangkuk berisi air panas.

IKLAN

Cara Cuci Kain Lap Dapur Supaya Lebih Bersih & Wangi.

 2. Kemudian masukkan cuka. Kacau rata.

Cara Cuci Kain Lap Dapur Supaya Lebih Bersih & Wangi.

IKLAN

 3. Seterusnya masukkan kain pengelap.  Pastikan kain tersebut terendam sepenuhnya. Tambah air panas jika perlu. Biarkan kain terendam semalaman.

Cara Cuci Kain Lap Dapur Supaya Lebih Bersih & Wangi.

 4. Bilas kain dengan air bersih dan jemur sehingga kering. Hasilnya kain pengelap anda lebih bersih dan tidak busuk.

Cara Cuci Kain Lap Dapur Supaya Lebih Bersih & Wangi.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI