
Peralatan memasak seperti kuali, periuk dan cerek memang mudah kotor dan lekat kesan jelaga. Kadang kala cuci pakai pencuci pinggan biasa pun tak nak tanggal. Jadi apak kata anda cuba petua perkongsian saudari Dahriah Damsah ni. Hasilnya memang mengagumkan.
PETUA SENTAL PERIUK & KUALI AGAR SENTIASA NAMPAK BARU
BAHAN-BAHAN:
- Sabun mandi ( buku)
- Dawai besi
CARA-CARA:
1. Bersihkan kuali dan periuk anda menggunakan sabun mandi serta sental menggunakan dawai besi.
2. Basuh bersih dan hasilnya, peralatan dapur anda akan lebih mudah bersih dan kelihatan seperti baru.
Kredit petua & foto: Dahriah Damsah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tanam Sendiri Jagung, Guna Tip Ini Supaya Dapat Isi Penuh

Isi Kandungan
ToggleKalau suka makan jagung, ada baiknya kita tanam sendiri di rumah. Supaya dapat hasil jagung yang penuh dengan isi yang besar boleh gunakan cara yang dikongsi Farah Aisyah Ahmad.
Kaedah ini katanya digunakan untuk menanam jagung sebanyak lima kali dan ternyata semuanya mendapat hasil yang memuaskan hati.
Cara tanam jagung supaya dapat isi penuh
Terlebih dahulu bina sedikit batas, semampunya sahaja. Buat lubang sedalam lebih kurang 2 cm dengan jarak 1 kaki.
Setiap lubang letakkan 2 biji benih. Kambus biji benih dengan tanah hitam (biji benih jenama Grabbit).
3 perkara penting ketika menanam jagung
1. Air
Siram pagi dan petang lebih kurang 250ml untuk setiap lubang.
2. Baja
Mulakan pembajaan pada hari ke-10. Konsisten membaja seminggu sekali. Tukar kepada baja buah apabila bunga jantan keluar.
3. Buat pendebungaan manual, untuk dapat isi jagung penuh
Bila pokok jagung sudah berbunga, lakukan pendebungaan manual. Ia sangat membantu untuk mendapatkan jagung yang penuh isinya.
Caranya, secara ringkas ketika bunga jantan mengeluarkan debu, petik setangkai bunga jantan dan golekkan atau oles pada bunga betina.
Waktu paling sesuai untuk pendebungaan ketika cuaca panas dan pukul 11.00 pagi -2.00 petang.
Untuk lebih faham bunga jantan dan bunga betina boleh lihat gambar rajah di bawah. Bunga jantan berada di atas manakala bunga betina bunga betina celah daun yang bakal jadi buah jagung.
Semoga bermanfaat & selamat mencuba.
Sumber: Farah Aisyah Ahmad
Ramuan Simple Buat Stok Kunyit Untuk Menggoreng, Boleh Tahan Berbulan-Bulan!

Stok kunyit resipi mudah untuk menggoreng segala jenis masakan seperti ayam, udang, ikan, sotong dan macam-macam lagi. Untuk kamu yang suka memasak, penyediaan stok seperti ini akan memudahkan sekaligus menjimatkan masa di dapur. Cubalah!
HOMEMADE PES KUNYIT
BAHAN-BAHAN:
2 labu bawang putih
300gm kunyit hidup
1 bungkus garam halus
3inci halia
Serbuk kunyit | agak2 nak bagi tak nak berair
Air | agak2
CARA PENYEDIAAN:
- Masukkan semua bahan dan gaul rata.
- Masukkan ke dalam bekas. Boleh diabiarkan diluar suhu bilik atau dimasukkan ke dalam peti sejuk dan bukan dalam peti sejuk beku.
Kredit resipi: Syiqah Jaafar
Tangan Anda Alergi Pada Sabun? Guna 6 Bahan Ini Untuk Bersihkan Kesan Hangus Pada Kuali & Periuk.

Kalau memasak sambil buat kerja lain, potensi untuk masakan hangus memang ada. Kadang-kala kita lupa yang ada makanan yang sedang duk hangat atas dapur. Bila sedar, hmm…dah rentung semuanya. Jika basuh guna sabun biasa, agak sukar nak tanggal. Bagi yang ada masalah alergik pada sabun, lagilah seksa kan? Pedih dibuatnya.
Namun ada cara yang boleh dicuba untuk menanggalkan kesan kotoran pada alatan memasak dengan mudah. Memang berkesan berbanding anda cuci menggunakan sabun dan air biasa.
CARA HILANGKAN KERAK & KESAN HITAM PADA PERALATAN MEMASAK
1. GARAM
Caranya sangat senang. Panaskan air dalam periuk yang ada kesan hangus dan masukkan sedikit garam. Rendam seketika kemudian sentalkan dengan sudip sambil mengikis kesan yang melekat pada periuk tadi.
2. CUKA
Masukkan cuka ke dalam periuk kemudian didihkan. Padamkan api dan biarkan sehingga periuk betul-betul sejuk. Kemudian, sental hingga bersih.
3. SODA BIKARBONAT
Soda bikarbonat juga boleh digunakan bagi mengatasi masalah ini. Caranya ialah panaskan air dalam kuali atau periuk hingga mendidih dan masukkan soda bikarbonat. Biarkan sejuk sebelum dicuci.
4. LEMON
Lemon juga boleh dijadikan bahan pencuci yang bagus. Caranya mudah. Cuma potong lemon dan rebuskan sekali bersama kulitnya. Biarkan sejuk selama 3-4 jam dan bersihkan periuk seperti biasa.
5. KULIT UBI KENTANG

Kalau periuk ada kesan hangus yang kental, anda boleh menggunakan kulit ubi kentang. Caranya, letakkan kulit kentang di dalam periuk dan isikan air sampai menutupi kerak. Kemudian, panaskan air hingga mendidih. Kerak pada periuk itu akan tanggal dengan sendirinya.
6. ASAM JAWA

Ambil segenggam asam jawa dan masukkan ke dalam kuali atau periuk yang anda ingin dicuci. Tambah sedikit air dan biarkan mendidih di atas api buat seketika. Tunggu sejuk dan gosok permukaan kuali atau periuk menggunakan asam jawa tadi sehingga kesan hangus tanggal.
SELAMAT MENCUBA!