
Buahan-buahan seperti anggur dan epal yang diimport dari luar negara biasanya mempunyai selaput lilin pada buah (wax) bagi memastikan produk-produk tersebut kekal segar biarpun terpaksa menempuh perjalanan yang jauh. Wax berfungsi bagi menjadikan lapisan luar kulit buah-buahan kelihatan segar, licin dan baik serta melindungi buah dari serangan kulat yang boleh menyebabkan ia cepat busuk. Oleh itu anda harus mencuci buah-buahan yang dibeli dengan teliti bagi menghilangkan kesan lilin tersebut. Namun ada cara mudah yang boleh anda cuba. Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
CARA BERSIHKAN KESAN LILIN PADA BUAH ANGGUR
BAHAN-BAHAN:
- Anggur
- Tepung jagung secukupnya
- Air
CARA-CARA:
1. Masukkan anggur ke dalam bekas besar yang bersesuaian dengan buah.
2. Taburkan tepung jagung. Sukatannya ialah 1 sudu makan tepung jagung untuk bersihkan 1 tangkai besar anggur.
3. Masukkan air ke dalam bekas sehingga meneggelamkan buah.
4. Adun tepung dan air hingga sebati.
5. Gosok buah dengan perlahan-lahan bagi menanggalkan kesan wax.
6. Letakkan buah anggur ke dalam penapis dan bilas dengan air hingga bersih.
7. Hasilnya buah anggur yang dibeli akan jadi lebih bersih dan berkilat.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Deep Clean Peti Sejuk Yang Lama Tak Dibersihkan. Ini Cara Mudah Hilangkan Kotoran Yang Melekat

Peti sejuk biasanya tidak dibersihkan selalu. Bila nampak kotor barulah kita bersihkan. Sebab itulah peti sejuk ini perlu dibersihkan secara deep clean, memandangkan banyak kotoran melekat dan sukar dihilangkan.
Supaya hilang semua kotoran dalam peti sejuk boleh gunakan cara yang dikongsi oleh Khairiyah Shahrudin.
Beliau yang baru-baru ini membersihkan peti sejuk di kediaman ibu bapanya turut berkongsi pencuci yang memudahkan kerja-kerja pembersihan.
Deep clean peti sejuk yang lama tak dibersihkan
Lama mengumpul kekuatan nak deep clean fridge. Risau terhenti separuh jalan sebab ada kekotoran yang tebal dalam fridge. Bimbang jika tak dapat hilangkan kekotoran. Al maklum, rumah orang tua.
Bukan mudah nak membuang-buang dan mengemas barang yang ada. Ini cara yang digunakan untuk bersihkan peti sejuk.
1. Keluarkan semua barang.
2. Buang semua barang yang sudah ‘expired’.
3. Sembur peti sejuk dengan pencuci pelbagai guna Gangso dan biarkan sebentar. Pencuci ini juga berfungsi menyahkan kuman.
4. Asingkan bahan makanan yang masih elok dalam bekas yang bersesuaian.
5. Lap dan bersihkan semua bahagian peti sejuk.
6. Lap dan pasang semula item yang berkaitan.
7. Susun bahan yang nak disimpan. Siap!
Sumber: Khairiyah Shahrudin
Cara Buat Kulit Pai Rapuh Dan Sedap. Ikut Resipi Dan Petua Ini

Kesedapan pai ni banyak bergantung kepada doh yang dibuat selain intinya.Cara buah doh dan teknik membuatnya kena betul baru pastri jadi rapuh dan sedap. Ni tip dan perkongsian resipi dari Eny Abdullah boleh dijadikan panduan untuk mendapat kulit pastri yang diiinginkan.
RESIPI KULIT PAI
* sesuai untuk pai bersaiz besar

Bahan-bahan :
- 1 cawan tepung
- 1 sudu besar gula
- 1/2 sudu kecil garam
- 1/2 cawan Butter (beku terus dari peti ais e)
- 4 sudu besar air ais sejuk
TIP BUAT PASTRI RAPUH :
1. Guna mentega yang sejuk
Biasanya kalau buat kek kita kena pakai mentega yang perlu dilembutkan pada suhu bilik. Tapi untuk kulit pastri, mentega boleh guna mentega terus dari dalam peti sejuk
2. Parut mentega
Sebab mentega masih sejuk jadi keras dan mudah diparut menggunakan pemarut biasa tu. Bila kita pakai pemarut ni, kita akan dapat hasil kulit pastry yang flaky dan rapuh.
3. Guna air ais
Bukan air sejuk tapi air berais. Sediakan satu cawan air berisi ais ketul di dalamnya semasa kita mengadun pastry.
4. Jangan uli tapi adun
Jangan sesekali menguli macam kita uli doh untuk buat donat atau pizza. Tapi kita perlu adun (campur dan gaul sehingga menjadi adunan sebati) sehingga menjadi seketul doh. Caranya hanya putar pakai hujung pemegang senduk kayu
CARA MENGADUN
1. Campurkan mentega dan tepung dalam satu mangkuk. Pakai jari ratakan mentega dan tepung menjadi serbuk. Tetapi jangan lama sangat, cukuplah sehingga mentega bergaul dengan mentega.
2. Masukkan air sejuk sesudu demi sesudu, putar tepung dengan hujung pemegang senduk kayu sehinga adunan nampak berketul dan agak boleh dibentuk
3. Kemudian guna tangan dan bentuk kan adunan menjadi bulat dengan menekan nekan sehingga padat.
4. Simpan adunan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam sebelum digunakan.

Kredit foto & Resepi : www.enyabdullah.com
Selain Aroma Dan Penyedap Dalam Masakan, Ambil Tahu 9 Khasiat Halia Di Bulan Puasa.

Isi Kandungan
ToggleRasanya agak pedas namun aromanya cukup wangi bila dimasukkan ke dalam masakan. Kebanyakan masakan mengandungi halia di dalamnya sebagai salah satu herba yang perlu ada untuk membuatkan masakan lebih enak. Halia juga diakui untuk membantu mengeluarkan angin dari dalam badan jika memakan atau minum jus halia. Apakah pula khasiat lain halia?
Halia disebut dalam ayat Al-Quran (Surah Al-Insan) firman Allah Taala yang bermaksud: “Dan mereka dalam syurga itu diberi dari sejenis minuman yang campurannya zanjabil’.
1. Halia mengekalkan peredaran darah normal
Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untuk memperbaiki aliran darah, serta membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan.
2. Penyerapan nutrien dalam usus
Halia membantu meningkatkan penyerapan dan merangsang nutrien penting dalam badan. Ia kerana halia merangsang rembesan enzim gastrik dan enzim pankreas yang membantu penyerapan nutrien.
3. Pencegahan demam dan selesema
Halia telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semula jadi untuk demam dan selesema di seluruh Asia. Kajian di University of Maryland Medical Center mendapati, untuk merawat demam dan selesema dalam kalangan orang dewasa, rendam dua sudu besar halia segar yang dicencang dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari
4. Mengurangkan Ketidakselesaan Perut.
Halia sesuai dalam membantu pencernaan, seterusnya meningkatkan penyerapan makanan dan mengelakkan sakit perut. Halia dapat mengurangkan keradangan seperti juga aspirin dan ibuprofen.
5. Mencegah barah usus
Satu kajian di University of Minnesota mendapati, halia boleh melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser kolorektal/usus.
6. Mengurangkan kesakitan dan keradangan
Halia mengandungi beberapa bahan anti-radang yang paling mujarab dan merupakan ubat penahan sakit semula jadi yang kuat.
7. Melawan Masalah Pernafasan yang biasa
Jika anda mengalami penyakit pernafasan biasa seperti batuk, halia membantu dalam mengembangkan paru-paru anda dan melonggarkan kahak. Dengan cara ini anda boleh dengan cepat pulih daripada kesukaran bernafas.
8. Menguatkan imuniti
Halia membantumeningkatkan sistem imun. Pengambilan sedikit halia sedikit sehari boleh membantu mengurangkan risiko strok dengan menghalang lemak melekat pada arteri. Ia juga mengurangkan jangkitan bakteria dalam perut, dan membantu melegakan batuk dan kegatalan tekak.
RESIPI NASI GORENG HALIA CENDAWAN
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan nasi sejuk
- 5 biji bawang merah | kisar
- 3 ulas bawang putih | kisar
- 2.5cm halia | racik halus
- 15 biji cili padi | kisar
- 50gm sayur campur
- 3 biji cendawan Shiitake | rendam dan hiris nipis
- Garam secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
- Sedikit daun ketumbar dan hirisan cili untuk hiasan
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis halia, bawang putih, cili padi dan bawang merah yang telah dikisar. Tumis hingga terbit bau dan agak garing.
- Kemudian masukkan hirisan cendawan shiitake dan sayur campur. Kacau sebati. Perasakan dengan garam secukup rasa.
- Masukkan nasi dan kacau sekata. Biar seketika dan tutup api.
- Angkat, hiaskan dengan sedikit hirisan cili merah dan daun ketumbar. Sedia dinikmati ketika panas.
Info chef: Boleh tambah cili padi jika hendak lebih pedas.
RESIPI DAGING CINCANG GORENG HALIA KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN:
- 200gm daging lembu | cincang
- 5 tangkai kacang panjang | potong
- 1/2 biji bawang Bombay | potong dadu
- 3 ulas bawang putih | cincang kasar
- 2.5cm halia | cincang
- 1 sudu teh cili giling
- 1 sudu teh sos tiram
- Garam secukupnya
- Minyak masak secukupnya
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan halia yang sudah dicincang kemudian disusuli dengan cili giling. Tumis lagi hingga naik minyak dan masukkan bawang Bombay, goreng hingga layu.
- Masukkan pula daging cincang Gaul rata hingga terbit bau harum dan daging masak.
- Masukkan kacang panjang tetapi jangan masak terlalu lama. Masukkan sos tiram, air dan garam jika perlu (sos tiram sudah ada rasa masin). Gaul rata lalu biarkan selama 2 minit. Setelah itu, tutup api dan siap utk dihidangkan bersama nasi panas.
Info chef: Daging cincang boleh beli yang telah siap dan ada dijual di pasar raya.