Cara Dapat Kuih Tiram Rangup & Cantik Kembang Seperti Bunga

Share

Kudapan kuih tiram, ada yang panggil kuih lidah buaya, bujang lapuk, sabana, kapal terbang dan banyak lagi. Tapi ramai yang susah untuk dapai kuih tiram yang rangup dan cantik kembang. Ini cara mudah yang anda boleh pelajari.

 

KUIH TIRAM
BAHAN A:

  • 300gm tepung gandum
  • 20gm tepung jagung
  • 10gm majerin,

CARA MEMBUAT:

  1. Adun sebati semua bahan.
  2. Bahagi 3 bahagian (110gm untuk 1 bahagian)

BAHAN B:

  • 157gm air tapis
  • 5gm garam

CARA MEMBUAT:

  1. Kacau sebati bagikan 3 bahagian(54gm untuk 1 bahagian)
  2. Untuk yang berwarna boleh masukkan 1 atau 2 titis pewarna makanan

DOH YANG SUDAH SIAP:

BAHAN UNTUK GAM TEPUNG:

  • 50gm tepung beras
  • 50gm tepung jagung
  • 50gm minyak

CARA MEMBUAT:

  1. Adun sebati dan jangan berketul.

CARA MENCANAI:
1.Ambil 1 doh leperkan sedikit supaya senang hendak mesin, gunakan mesin pasta.

2.Mula mesin guna no3 (tebal) sudah jadi macam itu potong tengah, dapat 2 keping dan mesin pula no 9 (nipis)

3.Ini yang sudah siap mesin nipis no 9.

4.Sapu gam tepung, tinggalkan sedikit bahagian hujung tidak perlu gam supaya goreng nanti bahagian hujung tidak terbuka.

5.Mula gulung sampai hujung,

6.Ulang step sampai habis

12. Ambil 1 gulung potong selebar 1 jari telunjuk atau 1 cm, buang sedikit bahagian hujung kanan dan kiri.

13. Ambik 1 potong tekan sedikit dengan jari, kemudian tekan dengan gelas di tengah dan tolak gelas ke depan dan ke belakang 2 kali. Tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal.

14. Siap nipiskan semua, boleh panaskan minyak.

15. Minyak sudah panas masukkan 1 keping, dah timbul terbalikan kemudian buat macam dalm gambar guna garfu dan lidi.

 

INFO: Sejukkan dulu kuih tiram sebelum taburkan dengan serbuk gula.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Asmah Mohamad Ali

 

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:

Published by
Zera Naim