
Selalu bila anda ingin buat mi rebus, kari dan sup mi akan dicelur dahulu sebelum sedia digunakan. Tapi masalahnya, mi yang dicelur itu melekat selepas ditoskan. Ini menyebabkan tekstur mi tidak sempurna seperti diinginkan. Jangan risau, untuk menangani masalah ini anda boleh cuba tip berikut:-
Gaulkan Dengan Minyak
Selepas mi ditoskan, masukkan satu atau dua sudu minyak sayur dan sebaiknya minyak zaitum. Kemudian gaul rata, cara ini menghindari mi dari melakat .
Gaul Dengan Perencah
Atau anda boleh cuba kaedah ini, panaskan satu sudu minyak masak, tumis dua ulas bawang putih yang dititik . Kemudian tambahkan satu sudu makan sos tiram dan sedikit air. Seterusnya masukkan mi, gaul rata sambil pisahkan mi yang melekat.
Tambah Minyak Dalam Air Rebusan
Ini cara paling mudah, anda hanya perlu masukkan satu atau dua sudu makan minyak sayur atau zaitun dalam air rebusan. Apabila air mendidih, masukkan mi. Kacau rata dan mi tidak akan melekat selepas ia ditoskan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Homemade Cream Cheese, Hanya 4 Langkah Je Dah Siap.

Harga cream cheese, boleh tahan harganya. Sekali sekala beli tak menjadi masalah tapi kalau selalu beli parah juga sebab sekarang ni dah menjadi trend apapun makanan atau sos yang ada cheese mesti ramai yang suka. Mak-mak jangan risau kalau anak-anak memang ‘hantu’ sos keju. Apa kata buat sendiri cream cheese secara homemade, lebih jimat, murah dan terjamin kebersihannya.

LANGKAH 1: Sediakan 3 Bahan Utama
Sebenarnya banyak je cara nak buat cream cheese ni, tapi ini yang paling murah dan sedap. Ia hanya memerlukan tiga bahan utama, iaitu susu segar, jus limau nipis/lemon. Semua bahan ni mudah dibeli. Perlu diingat pastikan anda menggunakan susu penuh krim kerana ia mempengaruhi tekstur cream cheese yang dihasilkan. Untuk jus limau nipis/lemon, jika tidak ada, anda boleh gunakan cuka.

LANGKAH 2: Panaskan Susu Hingga Panas & Masukkan Jus Limau Nipis/lemon
Untuk hasil 225gram cream cheese, panaskan 1 liter susu dengan api sederhana, biarkan susu panas tetapi tidak sampai susu mendidih ye. Cukup sekadar susu berwap atau ada tanda gelembung kecil di tepi periuk, segera kecilkan api. Campurkan tiga sudu makan jus limau nipis/lemon. Jus limau ini akan menjadikan susu menjadi berketul-ketul keju. Masukkan jus secara sedikit demi sedikit, kemudian kacau perlahan. Jika nampak gumpalan, masukkan lagi jus. Lakukan sehingga susu menjadi ketulan keju dan air terpisah di dalam periuk.

LANGKAH : Tapis Ketulan Keju Dengan Kain Nipis
Tapi gumpalan keju dengan air tadi menggunakan kain putih nipis. Biarkan selama 15 minit sehingga gumpalan keju benar-benar kering.

LANGKAH 4: Kisar Gumpalan Keju
Gumpalan keju yang telah kering dimasukkan ke dalam blender atau foof processor, kemudian tambahkan sedikit garam. Kacau rata hingga menjadi krim lembut. Untuk cream cheese yang lebih creamy boleh tambahkan whipping Cream, dan kacau lagi. Setelah siap cream cheese sedia dipelbagaikan kegunaan ikut cita rasa anda. Sama ada dijadikan campuran cream untuk kek dan roti ia juga boleh dijadikan sos pencicah dengan mencampurkan serbuk cili, serbuk lada hitam hirisan daun bawang atau parsly. Terpulang kepada kreativiti.
Jika Cream Cheese belum sedia digunakan anda simpan di dalam freezer. Ia boleh tahan selama 7-10 hari.
Makan Sedap Gout Pun Datang, Petua Mudah Dan Senang Nak Rawat!

Cuti perayaan ni mood makan semua sedap berselera. Mana yang berdiet kalau tak jaga nafsu cuti-cuti ni kelautlah jawabnya, inikan pula yang ada GOUT memang menangkap kalau tak jaga makan. Cara mudah nak rawat GOUT paling senang. Bahan yang senang dicari, mudah dibuat, rasanya pun sangat sedap. Ikut cara ini.
PETUA GOUT

Bahan:

1. 1 tin jus nenas (ikut apa2 jenama pun)
2. 1.5 liter air mineral tutup biru / hijau. Osmosis berbalik tak boleh guna.
3. Campurkan air nenas tin ke dalam air mineral 1.5liter. Jika berlebihan pada air mineral anda kena minum sedikit terlebih dahulu elakkan air tumpah.

4. Bacaan Bismillah 11x.
5. Selawat Nabi 11x.
6. Al-Fatihah keatas Nabi Muhammad 1x.
7. Habiskan air campuran nenas tersebut 1.5liter dalam masa 2-3jam.
8. Ulang semula kaedah diatas jika kesan bengkak dan sakit GOUT menunjukkan pengurangan.
9. Tidak boleh lebih dari 3 botol dalam sehari.
Kongsi resipi: Sahrizal Miswan, Pusat Terapi Al-Jawahir, Shah Alam
https://www.facebook.com/malaysiaviralstory/videos/839585716228496/
Pilih Periuk Nasi Yang Tepat Untuk Manfaat Yang Memuaskan

Memilih periuk nasi yang berfungsi hebat bukannya mudah. Pemilihan periuk nasi yang bersesuaian dengan keperluan semasa dan gaya adalah agak mengelirukan. Pastinya periuk nasi yang paling baik datang daripada jenama terkenal dan mempunyai jangka masa yang panjang untuk digunakan.
Kini terdapat banyak periuk nasi asas yang datang dengan ciri-ciri yang amat penting untuk penggunaan harian periuk nasi seperti menyimpan ciri hangat, non-stick dalaman, tetapan utama untuk memasak nasi putih. Walaupun sekali-sekala anda ingin memasak pelbagai jenis beras, anda masih boleh berbuat demikian dengan jenis periuk nasi ini. Anda hanya perlu meletakkan jumlah air yang betul dan akan mendapat hasil yang memuaskan.

Ciri asas
Jenis periuk nasi yang mudah digunakan pastinya hanya menggunakan satu klik sahaja. Kategori asas periuk nasi biasanya menawarkan harga yang lebih rendah dengan reka bentuk mudah digunakan.

Ciri maju
Kategori periuk nasi yang menggunakan komputer mikro dalam periuk pemasak mampu memberikan ciri-ciri yang lebih maju untuk digunakan. Kebanyakan daripadanya mempunyai paparan LCD untuk mengemudi fungsi. Ciri-ciri standard dalam kategori ini ialah pan non-stick, timer, isyarat melodi dan memasak pelbagai jenis beras.
- Ciri-ciri seperti penutup lut sinar boleh membantu anda memantau perkembangan makanan yang berada di dalam. Mengukur garisan di bahagian dalam juga boleh menjadi pemudah titik bagi mereka yang tidak mahu menggunakan cawan penyukat.
- Anda ingin membeli periuk nasi yang ada di dalam bajet anda. Ramai yang kagum dengan ciri-ciri periuk nasi tetapi lupa harga yang dipaparkan. Yang penting pastinya bajet yang bersesuaian dengan anda.
- Sesuatu yang lain yang perlu dipertimbangkan apabila mencari periuk nasi yang tepat adalah melihat kepada jenis kedalamannya. Ramai lebih suka model yang diperbuat daripada aluminium atau keluli tahan karat dengan salutan non stick untuk pembersihan yang mudah. Mungkin ada juga yang lebih suka kuali semula jadi yang diperbuat daripada arang atau tanah liat tanpa lapisan tiruan.
- Pastikan anda mempunyai ruang yang cukup untuk menempatkan periuk nasi seperti membuka dan menutup tudung. Selain itu, palam elektrik yang berdekatan juga perlu dilihat bagi memudahkan urusan menggunakan periuk nasi.
- Lihat pada bahagian periuk nasi yang ingin dibeli. Pastikan anda membeli periuk nasi yang mudah dibersihkan. Apatah lagi semakin banyak warna yang berlainan yang boleh dipadankan dengan reka bentuk semasa dan pilihan anda.
- Kebanyakan periuk nasi datang dalam tiga saiz utama. Mungkin ada yang mempunyai kapasiti yang lebih kecil atau lebih besar sedikit. Namun kebanyakannya mempunyai tiga saiz utama iaitu tiga, lima serta sepuluh cawan. Satu cawan bersamaan dengan 8 auns. 1 cawan beras akan membuat kira-kira 1.5 hingga 2.5 cawan nasi atau nasi kukus. Perlu diingat ini adalah hanya anggaran purata. Ia juga bergantung pada jenis-jenis beras yang anda gunakan atau jumlah air yang boleh memainkan peranan yang penting kepada keputusan.


Sumber gambar : 123 royalty free
Jika anda mencari BARANGAN SEGAR, boleh klik DISINI.
Rahsia Cili Api & Cili Kisar Tahan Berminggu Dan Makan Tahun…

