


Resepi thosai yang dipermudahkan dan cepat untuk disediakan. Hanya guna bahan-bahan yang pasti ada dirumah.
THOSAI NASI
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan nasi sejuk
- 2 cawan air
- 1 cawan tepung beras
- 1 biji telur
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil garam
CARA MEMASAK:
- Blend semua bahan-bahan sampai halus.
- Boleh masak atas kuali atau non stick pan.


KREDIT RESIPI & GAMBAR: Norharyani Mujor Nonie
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
5 Cara Buat Maruku Yang Sedap & Rangup! Memang Resipi Asli Masyarakat India. Terbaik!

Bila tibanya perayaan seperti Deepavali, maruku antara kudapan ringan yang dicari ramai. Malah, ia juga turut dihidangkan buat tetamu ketika Hari Raya. Rasanya yang rangup, pedas dan berempah memang menepati citarasa ramai.
Maruku adalah makanan ringan yang berasal dari India Selatan dan namanya diambil dari perkataan Tamil yang bermaksud ‘dipintal’ merujuk kepada bentuknya. Kudapan ini biasanya dihasilkan dari tepung beras yang dicampur dengan pelbagai rempah serta bahan-bahan lain, diadun sebati dan kemudiannya digoreng hingga garing.
Ramai yang tercari-cari resipi maruku yang sedap, mudah disediakan serta rangup. Terdapat sangat banyak resipi yang boleh anda cuba dan antaranya adalah seperti yang RASA kongsikan ini. Ia adalah resipi asli perkongsian Puan Tamil Selvi Samugam Sundram. Jom cuba!

1. Muruku Reben
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan tepung beras
- 1 cawan tepung kacang kuda
- 1 ½ sudu teh serbuk cili merah
- ¼ sudu teh asafoetida
- 1 sudu teh mentega
- 110ml air
- Sedikit garam
- Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Masukkan kesemua bahan kecuali air ke dalam sebuah mangkuk. Gaul rata.
- Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Doh tidak boleh terlalu kering atau terlalu basah.
- Masukkan doh ke dalam acuan muruku dan tekan membentuk reben. Ketepikan.
- Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan doh bentuk reben dan goreng sehingga berwarna sederhana perang. Angkat dan ulangi langkah hingga selesai.
- Angkat, sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara selepas muruku sejuk.
- Sedia untuk dinikmati.

2. Muruku Bawang Putih
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan tepung beras
- 2 cawan tepung kacang kuda
- 5 tangkai cili kering
- 10 ulas bawang putih (dikupas)
- 1/8 sudu kecil garam
- 1 sudu besar mentega
- 50ml air
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Cili kering dan bawang putih dikisar halus.
- Masukkan semua bahan dan bahan kisar kecuali air ke dalam sebuah mangkuk. Gaul rata.
- Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Doh tidak boleh terlalu kering atau telalu basah.
- Masukkan doh ke dalam acuan muruku dan tekan doh.
- Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan muruku dan goreng sehingga berwarna sedehana perang.
- Simpan di dalam bekas kedap udara selepas muruku sejuk.

3. Butter Muruku
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan Tepung Beras
- 1 sudu besar Tepung Kacang Kuda
- 1 sudu besar Tepung ‘Pothukadalai’ (fried gram powder)
- 1 cubit Asafoetida
- 1/8 sudu kecil garam
- 2 sudu besar mentega
- 100ml air
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Masukkan semua bahan kecuali air ke dalam sebuah mangkuk. Gaul rata.
- Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Uli sehingga doh tidak melekit.
- Masukkan doh ke dalam acuan muruku dan tekan bentuk bintang.
- Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan muruku dan goreng sehingga berwarna sedehana perang.
- Simpan di dalam bekas kedap udara selepas muruku sejuk.

4. Muruku Jintan Manis
BAHAN-BAHAN:
- ¾ cawan Tepung ‘Pothukadalai’ (fried gram powder)
- 2 cawan Tepung Beras
- ½ cawan Tepung Ulunthu(Urad Dhal) goreng
- 1 ½ sudu kecil Jintan Manis
- ¼ sudu kecil Asafoetida
- 1/4 sudu kecil garam
- 1 sudu besar mentega
- 300ml air
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Jintan manis digoreng tanpa minyak. Sejukkan. Kisar sederhana halus.
- Masukkan semua bahan dan jintan manis kisar kecuali air ke dalam sebuah mangkuk. Gaul rata.
- Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Doh tidak boleh terlalu kering atau telalu basah.
- Masukkan doh ke dalam acuan muruku dan tekan doh berbentuk bintang.
- Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan muruku dan goreng sehingga berwarna sedehana perang.
- Simpan di dalam bekas kedap udara selepas muruku sejuk.

5. Omapodi
BAHAN-BAHAN:
- ¼ cawan tepung beras
- 1 cawan Tepung Kacang Kuda
- ¼ sudu kecil Asafoetida
- 1/8 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil mentega
- 100ml air
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Masukkan semua bahan kecuali air ke dalam sebuah mangkuk. Gaul rata.
- Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Uli sehingga doh tidak melekit.
- Masukkan doh ke dalam acuan muruku.
- Panaskan minyak di dalam kuali. Tekan doh kedalam minyak. Goreng sehingga berwarna sedehana perang.
- Selepas sejuk, masukkan kacang goreng, kacang hijau goreng. Kacau perlahan. Simpan dalam bekas kedap udara.
Asafoetida: Getah dari pokok herba. Kaya khasiat dan disebut juga sebagai ‘ food of the gods’.
Resipi Roti Sosej Cheese Meleleh Paling Sedap & Mudah Nak Buat.

Sajian yang cukup mudah untuk dibuat tanpa memerlukan masa yang lama. Gabungan keju, roti, sosej dan telur menghasilkan hidangan yang cukup lengkap untuk sarapan atau makan malam anda. Nak buat untuk minum petang pun boleh. Anak-anak pasti suka.
ROTI GORENG SOSEJ CHEESE LELEH
BAHAN-BAHAN:
- 1 bungkus roti sandwic
- Sosej secukupnya
- Keju cheddar
- 2 biji telur – lebihkan jika nak buat banyak

CARA MEMASAK:
1. Mula-mula sediakan 2 keping roti.
2. Letakkan keju di atas roti diikuti sosej yang dipotong kecil.

3. Letakkan sekeping lagi keju diatas hirisan sosej diikuti dengan sekeping lagi roti.


4. Pecahkan 2 biji telur di dalam mangkuk atau pinggan dan pukul sedikit.
5. Celupkan roti tadi ke dalam bancuhan telur hingga rata.

6. Panaskan kuali dan goreng roti hingga keperangan.

7. Sedia untuk dinikmati

Kredit resipi & foto: Noor Haffiza Mohd Rashid
Cara Buat Kuetiau Yong Tau Foo Secara Homemade. Mudah Je Rupanya!

Setiap kali menikmati Yong Tau Foo, suka makan kuetiau @ Chee Cheong Fun? Ha.. lepas ni bolehlah buat sendiri. Mudah sangat cara mmebuatnya. Hidangan ini jika dibeli, agak mahal harganya lebih-lebih lagi jika dibeli dalam kuantiti yang banyak. Jika keluarga besar, memang tak puas makan. Cubalah masak sendiri. Tak susah pun untuk buat kuahnya. Lagi jimat malah boleh makan puas-puas. Saudari Rosmini Rozi ada kongsikan resipi yang boleh dicuba. Siap dengan resipi kuah merah dan hitam. Selamat mencuba!
RESIPI CHEE CHEONG FUN & KUAH YONG TAU FOO

BAHAN CHEE CHEONG FUN:
- 100gm tepung beras – beli online disini
- 1 sudu besar tepung ubi – beli online disini
- 365ml air
- Sedikit garam
- 1/2 sudu kecil minyak masak
CARA MEMASAK:
1.Campur kesemua bahan dalam bekas dan kacau sebati.
2.Panaskan periuk kukusan.
3.Ambil tudung periuk, lumur sediit minyak.
4.Tuang adunan Chee Cheong Fun tadi dan kukus seperti mana nak buat laksam.
5.Bila sudah masak, gulung dan ulang langkah sama hingga habis adunan.

RESIPI KUAH YONG TAU FOO

BAHAN KUAH HITAM:
- 2 sudu makan taucu – beli online disini
- 2 sudu makan tepung jagung – beli online disini
- 2 sudu makan tepung gandum – beli online disini
- 3 sudu makan kicap pekat – beli online disini
- 3 sudu makan sos tiram – beli online disini
- 4-5 sudu makan gula – beli online disini
- 3 cawan air
CARA MEMASAK:
1.Masukkan semua bahan dalam blender.
2.Kisar hingga taucu halus.
3.Tuang bahan kisar ke dalam periuk. Masak hingga mendidih seketika.
- Angkat dan ketepikan. Sedia untuk dihidang.
BAHAN KUAH MERAH:
BAHAN KISAR:
- 1/2 cawan kacang tanah yang sudah digoreng – beli online disini
- 1 sudu makan tepung gandum – beli online disini
- 1 sudu makan tepung jagung – beli online disini
- 4- 5 sudu makan gula – beli online disini
- 3 cawan air
- 1/4 sudu makan garam
BAHAN LAIN:
- 3 sudu makan cili kisar – beli online disini
- Sedikit minyak masak
- 2 ulas bawang putih – ketuk
CARA MEMASAK:
1.Satukan bahan kisar, kisar hingga kacang halus.
2.Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang putih hingga wangi.
3.Masukkan cili kisar. Tunggu hingga kering.
4.Kemudian masukkan bahan kisar. Masak sekejap hingga kuah agak pekat. Anggaran dalam 5 minit.
5.Angkat dan hidangkan kuah bersama aneka bebola, hotdog, sayur, sotong kangkong dan bermacam-macam lagi.

6.Campur kuah untuk sesuaikan kepedasan. Tabur bijan sangai dan bwang goreng untuk rasa lebih enak.

Kredit resipi & foto: Rosmini Rozi
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

