Semua orang suka ayam goreng salut tepung yang rangup seperti makanan di restoran makanan segera. Tapi sayang bila cuba sendiri di rumah hasilnya tidak seperti diharapkan, kalau tidak keras ianya berminyak. Memang potong selera kerana anda sudah membayangkan keenakan dan kerangupan salutan tepung digigitan pertama.
Jangan putus asa atau ulangi kesilapan yang sama, sebaliknya ikut enam tip yang RASA kongsikan ini supaya lepas ini apa sahaja makanan salut tepung yang anda goreng akan rangup seperti diinginkan.
Nak tahu apa tipnya, baca ye…
Gunakan Tepung Yang Betul
Ads
Untuk mendapatkan makanan goreng salut tepung yang rangup, anda perlu tahu tepung apa yang harus digunakan. Sebagai cadangan campurkan tepung gandum dengan tepung ubi. Kalau nak lebih rangup lagi boleh tambah sedikit soda bikarbonat atau serbuk penaik.
Sediakan Adunan Tepung Kering Dan Basah
Anda gunakan dua jenis adunan tepung, satu adunan basah dan satu lagi kering. Setelah minyak dipanaskan, celup ketulan ayam dalam adunan basah kemudian gaulkan dalam adunan tepung kering dan terus goreng. Dengan cara ini adunan kering akan melekat pada adunan basah yang menjadikan bahan gorengan lebih rangup atau krispi.
Pastikan Tangan Kering.
Semasa memasukkan atau mengaulkan bahan makanan pada kedua-dua adunan tepung pastikan tangan dalam keadaan kering. Paling mudah gunakan dua tangan berbeza, misalnya tangan kiri untuk memasukkan ayam dalam adunan kering dan kanan yang untuk memasukkan dalam adunan basah. Tujuannya untuk mengelakkan adunan kering menjadi berketul dan basah
Goreng Guna Minyak Banyak
Langkah ini wajib lakukan., pastikan anda menggoreng menggunakan minyak banyak atau goreng secara deep frying. Di mana semua bahagian makanan terendam dalam minyak panas dengan sempurna. Sebelum itu pastikan minyak betul-betul panas sebelum memasukkan bahan untuk digoreng.
Ads
Elakkan Goreng Terlalu Banyak
Menggoreng menggunakan minyak banyak tidak bermakna anda boleh memasukkan bahan gorengan dalam jumlah banyak. Sebaiknya, goreng secukupnya saja supaya cukup ruang untuk gorengan menjadi garing dan tepung yang membalut makanan tidak tertanggal. Akhirnya hasil gorengan lebih rangup dan garing.
Tapis Minyak
Ads
Ini juga penting anda lakukan, pastikan anda mengguna penapis semasa mengangkat makanan yang digoreng. Tujuannya supaya minyak yang melekat pada ayam goreng turun ke bawah. Dengan cara ini hasil gorengan anda lebih garing tanpa berminyak.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Ramai beranggapan tauge antara sayur yang mesti dimasak segera, jika tidak ia akan rosak. Tetapi tiba-tiba tak jadi masak atau terbeli lebih, boleh je simpan tauge itu dan masak esok atau lusa. Jika betul cara simpan tauge masih segar. Kalau nak tau caranya, boleh baca tip yang RASA kongsikan ini.
Bersihkan Tauge Sebelum Disimpan.
Tauge yang baru korang beli biasanya masih mempunyai lapisan kulit kacang hijau melekat di kepalanya dan masih berekor, kedua-duanya perlu dibuang. Agar tauge kekal segar, bersihkan tauge dari kulit kacang di bawah air mengalir, sambil buang ekornya, kemudian tos. Selain kulit kacang dan ekor, tauge yang lembik perlu dibuang supaya tidak menjejaskan kesegaran tauge yang lain.
Lapik Bekas Dengan Tisu Dapur
Rahsia mengekal kesegaran tauge adalah membiarkannya kekal lembab. Oleh itu sediakan satu bekas kedap udara, alasnya dengan tisu dapur. Tisu ini akan memastikan tauge sentiasa segar secukupnya. Setelah dialas masukkan tauge yang sudah dibersihkan ke dalam bekas tersebut dan tutup rapat.
Simpan Bekas Tersebut Dalam Peti Sejuk.
Cara ini boleh membantu tauge kekal segar hingga seminggu, tetapi korang perlu letakkannya di bahagian bawah (bahagian sayur) peti sejuk. Elakkan meletakkannya di bahagian atas atau bahagian belakang peti sejuk, ini kerana tauge tidak boleh terdedap pada suhu sejuk berlebihan, bimbang ia akan lebih mudah menjadai busuk.
Untuk menyediakan sambal kerang, kerang segar perlu direbus terlebih dahulu. Namun, kerang rebus ini kadang kala susah untuk dibuka cenkerangnya. Jika ini terjadi, ia memang melambatkan proses memasak yang seterusnya.Ada petua yang boleh anda cuba untuk memudahkan proses mengopek kerang. Hanya hanya memerlukan:
BAHAN-BAHAN:
Kerang
2 sudu makan minyak
Air secukupnya | untuk merebus
CARA-CARA:
1. Masukkan kerang yang telah dibersihkan ke dalam periuk. Masukkan air dengan secukupnya.
2. Tambahkan minyak dan rebus seperti biasa sehingga kerang masak.
Berita baik untuk penggemar pisang, sekarang anda boleh beli pisang lebih kerana ada tip yang boleh dimanfaatkan agar pisang yang anda beli tahan lebih lama, tidak mudah lembik dan busuk. Bila sudah busuk terpaksa buang, sayang dan membazirkan?
Kalau anda tidak mahu membazir masa yang sama tidak mahu melepaskan peluang membeli pisang lebih bila harga murah sebaiknya, cubalah petua in
Jangan sesekali simpan pisang dalam peti sejuk. Suhu sejuk dalam peti sejuk akan menyebabkan pisang cepat lebam dan busuk
Elakkan pisang dari terkena sinaran matahari secara langsung. Sebaiknya letakkan sahaja pada suhu bilik.Pastikan pisang mendapat udara yang cukup.
Keluarkan dari plastik atau bungkusannya kerana pisang yang masih dalam bungkusan akan membuatnya cepat masak kerana gas etilen dalam pisang akan keluar dan menjadikannya cepat masak.
Jangan letakkan pisang bersama buah-buahan lain kerana sama-sama mengeluarkan gas etilen. Gas ini akan membuat pisang cepat busuk
Paling baik simpan pisang dengan cara menggantungkannya saja.