Mesti ramai di kalangan korang yang risau bila menggoreng hati dan pedal ayam yang sedap bila digoreng kemudian dibuat sambal.. Sebabnya dia benda ini akan meletup-letup, pendek kata dapur akan kotor dengan percikan minyak. Disebabkan masalah ini juga ramai yang membuang saja hati dan pedal ayam, Sayakan kalau dibuang begitu je, Ok, ini RASA kongsikan beberapa petua menggoreng hati dan pedal ayam dengan aman tanpa gangguan pecikan minyak.
Apa yang anda perlukan ialah:
- Bersihkan hati dan pedal dengan membuang lemak yang melekat padanya.
- Masukkan ke dalam periuk dan isi air sama paras dengan hati dan pedal. Rebus hingga masak dan toskan airnya hingga betul-betul kering.
- Gaul hati dan pedal tadi bersama garam serta kunyit.
4. Goreng seperti biasa. Hasilnya hati danm pedas tidak akan meletup bahkan rasanya lebih garing serta enak.
Selamat mencuba!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini 7 Herba Popular Penyedap Masakan Barat.
Masakan barat sudah tidak asing di kalangan Malaysia, tetapi tahukan anda semua di sebalik keenakan masakan ini ada ramuan herbs yang menjadi penyedap masakan. Mungkin juga sebahagiannya pernah anda gunakan dalam masakan sehari-hari. Nak tahukah apa sahaja herbs yang biasa digunakan dalam masakan barat? Ini jawapannya:-
Parsley
Daun parsley adalah salah satau herbs yang menjadi rempah khas masakan barat, Ia mempunyai aroma yang sederhana, tidak begitu kuat seperti daun pudina. Selain digunakan sebagai garnish, parsley banyak digunakan sebagai campuran dalam salad masakan barat yang lain.
Basil
Daun Basil hampir sama dengan daun kemangi, aroma dan rasanya sangat segar. Mudah diperolehi secara segar atau kering di kebanyakan pasaraya. Biasanya daun ini dijadikan tambahan dalam masakan seperti pasta, sup, salad, ikan, ayam dan banyak lagi.
Pudina
Daun pudina, tidak asing di kalangan masyarakat Malaysia, aroma wangi dan segar. Rasa sejuk segara dari daun pudina terhasil dari kandungan mentol. Sebab itu ia sering digunakan sebagai garnish untuk sajian masakan manis atau boleh juga ditambah sebagai perasa dalam minuman.
Tarragon
Macam pelik dan tak pernah dengarkan? Bentuk daun tarragon ini panjang-panjang, hampir sama seperti kangkung. Berbau tajam atau keras. Ia dikatakan boleh membangkitkan rasa untuk semua jenis masakan, sangat baik untuk berasaskan seafood. Daun tarragon yang dicincang juga sedap digaulkan bersama manyones untuk memberikan rasa lebih sedap.
Rosemary
Aroma rosemary sangat tersendiri, sehingga dengan menggunakan sedikit saja bau makanan seperti kambing atau hanyir ikan akan berkurang. Rosemary bisa digunakan dalam bentuk serbuk atau segar. Selain untuk kambing dan ikan, rosemary juga boleh untuk hidangan daging, ayam, dan makanan yang masak secara di BBQ.
Oregano
Anda pengemar pizza dan pasta,dah tentu-tentu biasa dengan oregano, ia seakan wajib sebagai ramuan topping pizza. Selain pizza oregano banyak juga disajikan dalam maskaan Itali seperti salad steak, pasta dan sup. Ia mudah diperolehi di kebanyakan pasaraya dalam bentuk segar dan serbu kering.
Dill
Daun ini berbentuk panjang halus-halus. Baunya dipercayai boleh menghilangkan bau hanyir seafood. Ia juga banyak digunakan sebagai perasa dalam acar, salad mahupun sup. Aroma daun ini lebih kuat jika menggunakan yang segar.
Suka Makan Sup? Ini Cara Mudah, Cepat Asingkan Lemaknya
Bila tiba musim Raya Haji, stok daging paling banyak ada di dapur. Dan biasanya, lauk paling mudah untuk masak ialah buat sup.
Walaupun suka makan sup tulang atau sup daging tapi takut pula tahap kolestrol naik mendadak.
Mungkin ada banyak sebab lain untuk menjadi punca kita mendapat kolestrol tinggi, tapi ini masanya untuk tahu mengawalnya namun dalam masa sama, masih dapat merasa hidangan yang kita gemari.
Selalunya sebelum memasak sup, kita akan merebus daging atau tulang terlebih dahulu. Ini cara mudah dan cepat bagi mengasingkan lemak yang berlebihan dalam sup daging atau tulang.
LANGKAH-LANGKAH:
1. Mula-mula rebus daging tau tulang dengan air biasa hingga empuk.
2. Selepas itu asingkan daging dan tulang. Sejukkan sup seketika.
3. Ambil beberapa ketul ais dan masukkan dalam mangkuk stainless steel dan letak mangkuk di permukaan sup (sila rujuk gambar) beberapa minit kemudian kita akan nampak hasilnya iaitu lemak-lemak membeku dan melekat pada mangkuk.
Info: Elakkan penggunaan mangkuk plastik kerana lebih susah untuk hilangkan kesan minyak yang melekat itu.
Cara lain untuk asingkan lemak ialah dengan menyimpan semalaman air rebusan dalam peti sejuk.
Kemudian lemak-lemak putih akan timbul di permukaan. Selepas mengasingkan lemak dari air rebusan, boleh terus gunakan untuk memasak sup istimewa anda.
Kredit: Nileya Nazri
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Daun Kesum 2 Minggu Masih Segar. Begini Cara Simpan Supaya Tahan Lama
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Bekas Makanan Berbau Kurang Enak? Ini Cara Mudah Hilangkan Bau Pada Bekas Tupperware Plastik Anda.
1. GARAM
Bau pada bekas plastik atau tupperware seringkali datang dari sisa-sisa makanan yang tertinggal dan bersembunyi dalam celah-celah bekas plastik. Cara untuk bersihkannya m,udah sahaja. Ambil garam halus dan gosoklah perlahan-lahan. Ia boleh menghilangkan kesan makanan yang terperangkap, seterusnya menghilangkan bau.
2. KERTAS SURAT KHABAR LAMA
Jika bekas makanan anda masih berbau, cuba pula gunakan kertas surat khabar lama. Ambil beberapa helai surat khabar dan renyukkan. Kemudian celupkan dengan sedikit air. Letak surat kahabar tadi ke dalam bekas makanan dan tutup kemas. Biarkan beberapa hari kerana bahan karbon yang terkandung dalam kertas surat khabar boleh menyerap bau kurang enak dari bekas plastik atau tupperware. Bila nak guna, keluarkan kertas dan bersihkan bekas makanan anda.
3. BIJI KOPI
Ini salah satu lagi cara bijak untuk menghilangkan bau dari bekas makanan. Caranya mudah sahaja. Untuk bekas kecil, masukkan satu atau dua sudu makan biji kopi. Untuk bekas lebih besar, gunakan 3-5 sudu makan biji kopi. Biarkan selama beberapa hari dan barulah dicuci serta digunakan kembali. Hasilnya bekas makanan anda berbau harum.
4. UNCANG TEH
Ambil 2-3 pek uncang teh terpakai yang telah dikeringkan airnya. Biarkan di dalam bekas makanan tersebut dan keluarkan apabila anda mahu menggunakannya. Sisa harum daun teh membantu mengurangkan bau busuk pada bekas makanan.