Nak tahu cara goreng ikan keli supaya tak meletup dan garing? Maklumlah ikan ni memang sedap dimasak pelbagai gaya namun masalahnya bila nak goreng. Kalau tak kena gaya, boleh berminyak satu dapur. Sebab itulah ramai yang kurang gemar masak ikan keli goreng ni dekat rumah. Lepas ni boleh cuba tip perkongsian saudari Zur Ain Salim ni. Mudah & ikan pun nampak garing dan sedap. Jom lihat cara-caranya.

 

PETUA GORENG IKAN KELI AGAR TAK MELETUP & GARING

BAHAN-BAHAN:

  • Ikan keli – bersihkan
  • Tepung gandum secukupnya
  • Air secukupnya – air dan tepung bergantung pada jumlah ikan
  • 2-3 hiris halia bersama kulit

BAHAN PERAP (Jumlah ikut kuantiti ikan):

Ads
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • Tepung jagung secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Basuh bersih ikan dan rendam dengan tepung gandum. Gosok sedikit bagi membuang lendir pada ikan.

Cara Goreng Ikan Keli Agar Tak Meletup & Garing.
2. Bila dah hilang lendir, bilas dengan air bersih dan toskan bagi buang lebihan air.
3. Masukkan ikan ke dalam bekas dan gaulkan bersama garam, kunyit dan tepung jagung. Pastikan bersalut rata.

Cara Goreng Ikan Keli Agar Tak Meletup & Garing.
4. Untuk menggoreng, panaskan minyak dan masukkan halia.

Cara Goreng Ikan Keli Agar Tak Meletup & Garing.
5. Kemudian masukkan ikan dan goreng seperti biasa hingga garing. Hasilnya ikan keli yang digoreng tidak meletup, tak melekat pada kuali dan tidak hancur.

Cara Goreng Ikan Keli Agar Tak Meletup & Garing.
6. Sedia untuk dinikmati atau boleh dimasak sambal atau lain-lain menu kegemaran anda.

Cara Goreng Ikan Keli Agar Tak Meletup & Garing.

Kredit petua & foto: Zur Ain Salim

 

Ads

Nak beli AIR FRYER tapi takt ahu mana satu yang bagus? Pilih je DISINI. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik. 

 

Nak lebih banyak resipi mudah, sedap & cepat masak, boleh cuba resipi di bawah ni:

Resipi Kek Ros Santan Gebu Paling Mudah Buat

Ads

Resipi Tauhu Bergedel Sesuai Untuk Bisnes

Dim Sum Inti Daging & Udang, Kukus Makan Panas-panas Sedap Nih.

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI