Setuju tak kalau dikatakan makanan sedap belum tentu baik untuk kesihatan. Contohnya makanan yang dimasak dengan cara goreng, ia memang sedap dan rangup tapi kandungan minyak yang terperangkap dalam makanan bergoreng itu yang tidak elok. Maknanya kenalah korang kurangkan penggunaan minyak dalam masakan. Berikut beberapa rahsia korang boleh cuba untuk kurangkan minyak dalam masakan.
Goreng Cara Tumis/Sautee:
Tumis atau sautee adalah satu teknik menggoreng menggunakan minyak sedikit yang mengabungkan banyak bahan dalam satu tumisan. Tetapi bahan-bahan mesti dipotong kecil dan dimasak sekejap. Contoh tumis sayur-sayuran.
Ads
Guna Kuali Non Stick:
Sekarang terdapat pelbagai jenis kuali jenis tidak melekat yang sangat praktik digunakan kerana anda tidak bimbang ikan yang digoreng lekat bila diterbalikkan dan membantu makanan yang digoreng masak sekata. Mudahkan?
Ads
Gunakan Oil Mister
Ads
Teragak-anak nak tuang minyak dalam kuali? Cara paling selamat adalah menggunakan oil mister atau menggunakan penyembur minyak. Ia seperti cooking spray. Di mana korang Cuma perlu semburkan minyak dalam kuali dan terus goreng atau tumis makanan. Lebih jimat dan sihatkan.
Gunakan Air Fryer
Air fryer adalah alat menggoreng yang menggunakan suhu udara panas untuk memasak bermacam bahan masakan tanpa menggunakan minyak langsung.. Apa yang perlu anda lakukan hanya setkan waktu memasak dan tekan butang. Paling mudah!.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bubuk atau kutu beras memang musuh suri rumah. Ada seekor je dalam bekas beras, dalam masa yang singkat serangga kecil ini akan membiak dengan pantas. Menyakitkan hati betul. Beras yang diserang bubuk akan menjadi kurang enak, lembik dan mudah basi. Nak buang pula terasa rugi lebih-lebih lagi jika beras masih banyak. Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini, ada petua yang anda boleh cuba. Moga ia bermanfaat dan membantu anda di dapur.
6 CARA MUDAH & BERKESAN UNTUK HALAU KUTU BERAS
1. JEMUR PANAS
Paling mudah untuk hilangkan kutu beras ialah letakkan beras di atas dulang kemudian jemur di tengah panas. Kutu beras akan keluar dari beras untuk cari tempat lembap.
2. GUNA CILI KERING
Kedua, masukkan cili kering ke dalam bekas simpanan beras. Cili kering berbau kuat dan juga bersifat panas. Kutu beras tak suka cili kering dan ia dapat menghilangkan dan menghalau kutu beras.
3. LETAK BAWANG PUTIH
Kutu beras tidak sukakan bau-bauan jadi boleh halau kutu beras dengan bawang putih. Bawang putih mempunyai bau yang sangat kuat. Jadi ia mampu menghalau kutu beras.
4. HALAU GUNA DAUN PUDINA
Daun pudina perlulah dikeringkan terlebih dahulu dan kemudian kisar jadi serbuk dan masukkan ke dalam uncang. Boleh juga digaulkan bersama-sama dengan beras. Cara ini agak berkesan menghalau kutu beras.
5. DAUN LIMAU PURUT
Letakkan daun limau purut ke dalam beras. Selain beras berbau harum, ia boleh menghalau kutu beras dari terus menghuni bekas simpanan beras.
6. SIMPAN BERSAMA KULIT KAYU MANIS
Anda juga boleh letak kulit kayu manis di dalam bekas beras. Bau harumnya mampu menghalau kutu dari bekas beras.
Cubalah petua ni, kalau-kalau ada yang berkesan dan masalah bubuk beras tak ada lagi.
Anda menghadapi masalah masakan dan kuih muih bersantan cepat basi? Sebenarnya masalah santan mudah basi adalah disebabkan oleh kualiti santan yang digunakan kurang baik, tidak segar dan santan diproses dengan cara tidak bersih. Tapi sekarang jangan bimbang lagi, tip dan petua mudah ini boleh membantu anda mengatasi masalah masakan bersantan cepat basi dengan cara memilih santan yang betul.
Pilih kelapa: Pilihlah kelapa yang baru dikupas dari sabutnya dan betul-betul tua dan isinya putih. Tidak berbau masam atau busuk. Atau jika anda membeli di kedai, minta pekedai belah kelapa belah kelapa baru dan pastikan isinya tebal, putih dan tidak berbau.
Jenis kelapa sesuai dengan jenis masakan: Jika anda ingin membuat rendang, kari, opor dan gulai, sebaiknya pilih kelapa tua. Untuk pastikan kelapa cukup tua mudah diparut dan mempunyai kandungan minyak yang banyak. Jika ingin membuat inti sebaiknya pilih kelapa lebih muda untuk rasa lebih sedap.
Teknik memerah santan: Teknik memerah santan juga mempengaruhi santan cepat basi,jika anda guna cara tradisional, kupas dan parut kelapa ikut arah melintang. Kalau anda membeli santan segar yang sudah diperah, pastikan santan yang diperah menggunakan air masak atau air bersih bagi memastikan santan tahan lebih lama bila disimpan.
Cara simpan santan: Sebaiknya apabila anda membeli santan segar dari kedai, segera simpannya dalam peti sejuk sebelum digunakan. Atau simpan dalam freezer jika belum sedia digunakan untuk beberapa hari. Sebenarnya santan boleh disimpan lama hingga tiga bulan, jika disimpan dalam freezer yang bertutup rapat. Cairkan pada suhu bilik sebelum menggunakannya.
Bau ikan yang hanyir boleh menyebabkan kita terbantut selera untuk menikmatinya. Malah ada yang menolak terus hidangan ini.
Sebenarnya untuk mengelakkan ikan berasa hanyir malah memberi rasa lebih enak, ikan bukan hanya dicuci begitu sahaja. Lakukan sekali petua yang dikongsikan oleh Juriah H Mazlan semasa prose membersih.
Petua hilangkan hanyir ikan, rasa pun lebih sedap
Ini caranya;
1) Basuh ikan tak kira apa jenis sekalipun dengan bersih. Toskan dulu airnya.
2) Ambil sebiji atau dua biji limau kasturi
3) Perahkan limau pada ikan dan letakkan sesudu dua garam kasar.
4) Gaulkan rata-rata denan ikan dan biarkan dalam satu minit.
5) Bilas semula ikan bersih-bersih.
6) Masaklah seperti biasa. Nak goreng, masak gulai dan sebagainya.
7) Nak simpan separuh dalam peti sejuk pun boleh. Insya-Allah, tiada rasa hanyir ikan, rasa gulai atau gorengan pun jadi lebih sedap.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!