Antara daun yang kerap dicampur dalam masakan sebagai penambah aroma ialah daun limau purut. Dengan aromanya yang segar, ia membantu menyedapkan masakan seperti tomyan, tumisan, gulai dan juga rendang. Untuk anda yang menyukai daun limau purut, ini ada info yang boleh dimanfaatkan mengenai daun pelbagai guna ini.
CARA MEMILIH:
Untuk mendapatkan aromanya yang kuat, maka anda perlu memilih daun yang elok dan segar. Pilih daun berwarna hijau tua dan licin. Elakkan daun yang ada kesan tompok coklat atau putih atau daun sudah berwarna kuningan, kering dan rosak. Semua ini mengurangkan aroma bila dimasukkan dalam masakan. Jika anda memetik daun limau purut di kebun sendiri, pilih daun paling bawah, kerana daunnya sudah matang dan akan menghasilkan bau yang lebih kuat berbanding daun muda.
Ads
CARA MENGGUNAKAN:
Ads
Jika ingin memasukkan daun limau purut dalam masakan, selepas daun dicuci, buang batangnya. Kemudian hiris halus daun tersebut. Tapi kalau ingin cepat boleh saja carik-carikkan atau meramaskannya supaya aromanya keluar.
SAMSUNG CAMERA PICTURES
CARA SIMPAN:
Ads
Jika daun limau purut ada lebih, anda boleh simpan dan digunakan dalam masakan yang seterusnya. Anda hanya perlu bungkusnya dengan kertas atau tisu dapur kemudian masukkan dalam plastik dan simpan dalam peti sejuk. Atau boleh simpan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk. Cara ini membantu daun limau purut segar lebih lama.
KEGUNAAN DALAM MASAKAN:
Sesuai dengan fungsinya memberikan aroma, daun limau purut juga boleh dijadikan hiasan dalam masakan untuk mencantik makann yang dihidang.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Menyimpan makanan di dalam peti sejuk adalah antara cara yang paling biasa kita lakukan. Namun bukan semua makanan boleh dilambakkan di dalam peti sejuk untuk tujuan penyimpanan. Terdapat beberapa kaedah yang betul harus dituruti untuk menjamin makanan yang disimpan di dalam peti sejuk kekal di dalam keadaan baik dan selamat untuk dimakan.
Menyimpan makanan di dalam peti sejuk :-
BOLEH:
Simpan semua makanan yang telah dimasak di dalam bekas yang berpenutup.
Simpan makanan yang telah dimasak di bahagian atas dan bahagian tersebut berbeza dengan bahan yang mentah seperti daging dan ikan. Ini kerana bahan mentah tersebut biasanya mengandungi bakteria dan boleh mencemar makanan yang telah dimasak.
Simpan bahan mentah di dalam bekas berpenutup dan letakkan ia di bahagian bawah peti sejuk
Simpan telur dan makanan yang berasaskan telur di bahagian yang lebih sejuk Ini adalah kerana suhu yang lebih rendah melambatkan pembiakan bakteria.
Masukkan sayur-sayuran di dalam beg plastik yang berlubang untuk mengurangkan kehilangan air sayuran tersebut.
Letak sayur-sayuran dan buah-buahan di bahagian bawah peti sejuk untuk mengelakkan ianya rosak akibat pembekuan.
JANGAN:
Menyimpan makanan dalam tin yang telah dibuka.
Sebaiknya pindahkan makanan tersebut ke dalam bekas plastik atau kaca sebelum disimpan ke dalam peti sejuk Jika disimpan dalam tin yang asal, ditakuti kandungannya akan bertindak balas dengan logam tin tersebut apabila terdedah di udara.
Simpan makanan yang panas.
Makanan yang panas perlu disejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan . Ini bertujuan untuk menghalang pertambahan kelembapan dan mengekalkan suhu di dalam peti sejuk.
Padatkan dengan makanan.
Sebaiknya perletakkan makanan haruslah tersusun dan mempunyai ruang untuk membolehkan peredaran udara yang sejuk beredar dengan baik dan sempurna.
Simpan daging dan ikan lebih dari tiga hari.
Kandungan protein dan kelembapan yang tinggi di dalam makanan tersebut akan menggalakkan pembiakan bakteria dan menjadi busuk.
Simpan lebihan makanan lebih dari lima hari.
Terlalu lama menyimpan makanan ditakuti makanan tersebut akan menjadi punca keracunan terjadi.
Menyimpan makanan di bahagian sejuk beku :-
BOLEH
Simpan daging, ayam dan ikan dalam bekas kedap udara.
Ini harus dilakukan untuk menghalang kehilangan kelembapan dan untuk mengelakkan pencemaran bahan makanan lain.
Potong daging lembu dan ayam kepada bahagian yang lebih kecil.
Bahagian yang lebih kecil akan lebih mudah dibekukan dalam masa yang singkat.
Basuh daging, ikan dan ayam dengan sempurna sebelum disimpan di dalam peti sejuk beku.
JANGAN :
Menyimpan buah-buahan atau sayur-sayuran.
Suhu pada tahap beku akan merosakkan tisu buah-buahan dan sayuran.
Masukkan ayam yang telah digaul dengan ramuan sebelum disimpan.
Masukkan ramuan hanya apabila ingin dimasak. Peti sejuk di rumah tidak cukup sejuk untuk membekukan daging yang gaul dengan ramuan itu dalam masa yang singkat.
Memadatkan dengan bahan makanan.
Ruang juga diperlukan untuk membenarkan udara sejuk mengalir dengan sempurna.
Membekukan makanan dalam tin.
Pada tahap beku kandungan dalam tin itu akan mengembang dan keadaan ini akan merosakkan tin tersebut. Tindak balas kimia juga mungkin terjadi dan boleh menyebabkan makanan tersebut tercemar.
Peti sejuk juga haruslah selalu dibersihkan untuk mengelakkan daripada menjadi habitat selesa untuk bakteria. Ini penting untuk memastikan makanan yang disimpan bukan sahaja berkeadaan baik malah selamat untuk dimakan. Oleh itu lakukan aktiviti membersihkan peti sejuk sekurang-kurangnya sebulan sekali.
Jantung pisang rebus antara hidangan ringkas tapi boleh menawan selera. Cicah dengan sambal belacan sambil makan dengan nasi berlauk ikan goreng saja pun dah sedap.
Cuma masalah membuat lauk ini adalah bila jantung pisang ini direbus dan ditos, ia selalu berbirat hitam hingga nampak kurang menyelerakan.
Supaya jantung pisang yang direbus hasilnya cantik tanpa kesan hitam ini cara berikut boleh dipraktikkan
Tip rebus jantung pisang supaya hasilnya cantik tanpa kesan birat hitam
Lalat yang berterbangan terutamanya di kawasan dapur memang merimaskan. Pantang ada makanan terdedah, pasti dihinggapnya. Paling geram jika lalat siap bertelur lagi dekat makanan. Aduhai. Keadaan ini memang tidak bagus untuk kesihatan kerana dibimbangi akan menyebabkan sakit perut dan sebagainya. Nak guna racun penyembur serangga, sangatlah tidak sesuai kerana dibimbangi akan terkena pada makanan yang dihidang.
Nak atasi masalah ini? Ada beberapa petua orang-orang lama yang boleh dicuba.
PETUA HALAU LALAT DARI RUMAH
1. Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan letakkan ke dalam mangkuk atau bekas yang berisi air. Letak di atas meja makan makan. Biarkan mangkuk atau bekas itu terdedah begitu sahaja.
2. Nyalakan sebatang dua lilin dan letakkan di atas meja. Hasilnya lalat tidak akan hinggap pada makanan ada kerana lalat tidak tahan dengan haba panas dari lilin tersebut.
3. Serbuk kulit kayu manis juga dapat menghalau lalat. Caranya anda hanya perlu taburkan serbuk kulit kayu manis di atas meja makan atau di ruang kerja anda di dapur.
4. Satu lagi petua yang boleh anda cuba untuk menghalau lalat adalah dengan mengambil 5-6 tangkai daun kari dan biarkan terdedah di atas meja makan. Bau kuat daun tersebut akan menjauhkan lalat dari makanan anda.
5. Selain itu anda juga boleh meletakkan hirisan cili yang telah dibelah dua di atas meja sewaktu sedang menikmati hidangan.
6. Isikan kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang ke dalam kain nipis yang bersih. Jadikannya seperti uncang. Uncang tersebut anda boleh gantungkan di ruang makan. Bau rempah yang keluar dari uncang tersebut akan membantu menghalau lalat.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!