Cara Hasilkan Bancuhan Tepung Pisang Goreng Tanpa Kapur Tapi Hasilnya Rangup & Berkerak.

Share

Petang-petang begini memang enak kalau dapat nikmati aneka makanan celup tepung seperti pisang goreng. Pekena pula dengan teh atau kopi panas. Memang layan! Cuma kadang-kadang nak dapatkan bancuhan tepung gorengan yang sempurna tu agak susah. Tapi jangan risau sebab ni ada resipi mudah perkongsian dari saudari Aini Ahmad

yang boleh dicuba. Moga bermanfaat!

 

RESIPI TEPUNG BANCUHAN PISANG GORENG

YANG RANGUP & BERKERAK

 

BAHAN-BAHAN:

  • 450ml air
  • 2 cawan tepung gandum
  • 4 sudu makan tepung beras
  • 4 sudu makan marjerin
  • 1 sudu teh garam – agak-agak
  • 1 sudu teh serbuk kunyit

 

CARA MEMASAK:

1. Masukkan air, tepung gandum dan tepung beras ke dalam mesin pengisar / blender.

2. Kemudian tambahkan marjerin, garam secukup rasa dan serbuk kunyit.

3. Kisar hingga semua bahan sebati dan menjadi bancuhan yang tidak berketul dan lembut.

4. Sedia untuk dicelup dengan pisang atau lain-lain bahan ikut citarasa.

5. Goreng dengan minyak yang panas hingga kekuningan dan garing. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Aini Ahmad

 

Published by
Nur