Bagi anda yang ada masalah kurang lawas, badan berangin, perut sebu, buncit dan nak kurus secara sihat, boleh cuba amal minum Jus Halia Madu ni. Istimewa resipi perkongsian Cik Pooja ni, ia hanya guna bahan-bahan semulajadi dan tak ada sebarang pengawet atau perasa tambahan. Nak buat pun sangatlah mudah. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
JAMU HALIA MADU
BAHAN-BAHAN:
2 inci halia tua
2 biji limau nipis – boleh ganti dengan 1 biji lemon
3 cawan air
1/2 cawan madu
CARA MEMASAK:
1. Kupas kulit halia dan potong limau seperti dalam gambar.
IKLAN
2. Masukkan hirisan limau dan halia ke dalam periuk. Tambahkan air dan renehkan sampai air tinggal anggaran 2 cawan sahaja.
3. Masukkan air ke dalam cawan dan biarkan suam.
IKLAN
4. Seterusnya masukkan air ke dalam blender bersama 1/2 cawan madu. Kisar hingga halus. ( limau dikisar bersama dengan kulitnya.)
5. Isikan ke dalam botol dan simpan dalam peti sejuk. Minum 2 kali sehari iaitu pada sebelah pagi dan malam.
NOTA:
IKLAN
Minuman ini adalah perkongsian empunya resipi dan serasi dengan kondisi badan beliau. Jika anda minum tapi tak serasi, sebaiknya elakkan.
Sukatan jamu ini boleh tahan untuk 2-3 hari penggunaan.
Cik Pooja ( empunya resipi) ambil minuman ini setelah habis berpantang dan bayinya berusia 2 bulan. Keberkesanan mungkin berbeza dan bergantung kepada tubuh masing-masing.
Sedapnya teh ais pekat yang ada black pearl bubble homemade ni. Teksturnya yang kenyal-kenyal apabila digigit membuatkan kita asyik sedut minuman. Bagi anda yang gemarkan minuman yang ada bebola kristal ni, tetapi kurang yakin kalau beli di kedai, boleh cuba hasilkan sendiri. Mudah je. Hanya guna 3 bahan mudah, anda boleh hasilkan dalam kuantiti yang banyak. Jom lihat resipi perkongsian saudari KuPot Amanz ni.
RESIPI BLACK BUBBLE PEARL
BAHAN-BAHAN:
Tepung ubi kayu
Serbuk kopi secukupnya – bergantung pada jumlah tepung yang anda guna
Air panas
Air gula – kena manis sebab nanti nak buat rebus pearl
CARA MEMBUAT:
Bancuh serbuk kopi dengan air panas secukupnya. Lebih gelap warna kopi, lebih gelaplah warna bubble pearl anda.
Masukkan bancuhan kopi ke dalam bekas berisi tepung sedikit demi sedikit. Uli sampai doh tidak melekat.
Bulat-bulatkan doh menjadi bebola kecil.
Panaskan air gula dan rebus bubble pearl hingga terapung. Angkat.
Bolehlah dimasukkan ke dalam minuman kegemaran anda.
Untuk menyimpan lebihan bubble pearl, masukkan ke dalam bekas bersama dengan sedikit air gula. Simpan di dalam peti sejuk
Leganya tekak bila dapat minum Jus Limau Kasturi musim-musim panas begini. Bila berbuka, dapat pula minum minuman yang masam-masam, terasa segar seluruh tubuh. Jus Limau Kasturi bukan sahaja menghilangkan dahaga tetapi dalam masa yang sama baik untuk melegakan sakit tekak, demam dan sakit kepala. Jom kita cuba buat Jus Limau Kasturi mengikut resipi yang dikongsikan oleh Masyirah Mat Saad
JUS LIMAU KASTURI
BAHAN-BAHAN:
4-5 biji limau kasturi – BELI ONLINE 2 sudu besar gula (ikut cita rasa) – BELI ONLINE 1 1/2 cawan air Asam boi – BELI ONLINE Ais kiub
CARA MEMBUAT:
1. Bersihkan limau kasturi dan buang bijinya.
2. Kisar bersama air dan gula. Jangan terlalu lama nanti jadi pahit pula.
3. Selepas dikisar, tapis dan ambil air jusnya.
4. Hidangkan bersama ais dan asam boi.
5. Jika suka boleh letak sedikit hampas kulit limau kasturi yang dikisar tadi. Tabur dalam jus limau kasturi.
Susu kacang soya boleh kita buat sendiri. Kita boleh kawal tahap gula dalam air kacang soya. Jangan buat manis-manis sangat. Buat manis seadanya sahaja untuk lebih sihat.
SUSU KACANG SOYA
BAHAN-BAHAN
250 gram kacang soya
1 jag air masak
Gula pasir secukupnya
1 helai daun pandan | diikat
CARA MEMBUAT
1. Basuh dan rendam kacang soya semalaman. Buangkan kulit yang tertanggal.
2. Kisar kacang soya bersama air secukupnya sehingga benar-benar halus.
3. Tapis air kacang soya ke dalam periuk menggunakan kain kasa.
4. Masak susu kacang soya dengan api yang kecil bersama daun pandan.
5. Masukkan gula secukup rasa. Masak sehingga mendidih. Matikan api.
6. Boleh diminum panas atau sejuk.