Anak-anak memang suka makan nugget. Kalau beli, kadang kala kandungan garam serta lemaknya buat kita ragu-ragu. Jadi, puan-puan boleh cuba buat sendiri. Rupanya mudah sangat nak buat nugget ayam kentanghomemade ni. Rasanya sangat sedap dan ‘moist’. Malah boleh tambah aneka sayursupaya snek ni jadi lebih sihat. Bahan-bahan yang diperlukan dalam resipi perkongsian saudari Sharinaz Redwa ni pun ringkas dan tak mahal. Memang berbaloi cuba.
NUGGET AYAM KENTANG HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
4 keping isi dada ayam – kisar
2 biji telur
2 sudu makan tepung ubi kayu
4 biji ubi kentang saiz sederhana – rebus & lenyek
1/2 batang lobak merah – disagat
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
BAHAN SALUTAN:
3 biji telur
Tepung beras secukupnya – boleh gantikan dengan tepung goreng ayam serbaguna atau serbuk roti
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan-bahan diatas dan gaul hingga sebati.
Ads
2. Masukkan adunan ke dalam loyang bersesuaian dan kukus selama 15-20 minit. Masa mungkin berbeza ikut ketebalan adunan.
3. Bila dah masak, potong adunan tadi mengikut saiz yang dikehendaki.
4. Sediakan bancuhan telur dan tepung untuk salutan. Tepung boleh juga digantikan dengan serbuk roti.
Ads
5. Ambil kepingan nugget dan celupkan ke dalam bancuhan telur.
6. Kemudian salutkan dengan tepung atau serbuk roti. Lakukan hingga habis.
Ads
7. Panaskan minyak dan goreng kepingan nugget hingga garing keemasan.
8. Jika banyak dan nak sejukbekukan, goreng nugget separuh masak, sejukkan dan simpan dalam bekas bersesuaian sebelum disimpan dalam peti sejuk.
Kentang Bakar ( baked potato) ni memang layan kalau makan panas-panas. Kalau di pasar malam, sebiji harganya adalah dalam RM5. Boleh tahan mahalnya. Kalau buat sendiri secara homemade, tentunya lebih jimat. Malah, boleh tabur keju sebanyak yang anda suka. Jom cuba!
Kudapan sesambil tengok TV boleh buat tak berhenti mengunyah. Jom try buat jajan homemade guna cornflakes dan kekacang. Sedap tau. Rasanya macam muruku. Ada rasa pedas sebab guna cili padi. Try la buat.
Corn Chivda / Cornflakes Mixture South Indian Style
BAHAN-BAHAN
250 gram marjerin
Hirisan cili padi
Daun Kari
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil cumin powder (Optional)
1 sudu besar mango powder (Optional)
1 sudu besar gula
1 sudu besar madu
2 kotak NESTLE Cornflakes
Gajus
Kacang tanah goreng
Kacang dhal goreng
Kismis
CARA MEMBUAT
1.Cairkan marjerin.
2.Tumis cili padi dan daun kari hingga wangi.
3.Masukkan serbuk cili, cumin powder, mango powder, gula & madu
4.Masukkan cornflakes, semua jenis kekacang dan kismis. Kacau rata dengan api perlahan selama 15-20minit. Siap!
Sekali sekala tekak mesti teringin nak makan kudapan barat. Keju dan kentang adalah dua gandingan serasi yang cukup menyelerakan. Tapi jangan selalu sangat, maklumlah berlemak dan berkrim. Nanti naik berat badan pula. Sajian ini sungguh mengenyangkan malah boleh sahaja dinikmati sebagai sarapan atau makan malam. Sesuai juga dijadikan brunch. Bahan-bahan untuk hasilkan hidangan ini pun ringkas sahaja. Jom kita cuba buat sendiri Cheesy Potato Bake. Anda pasti suka.
CHEESY POTATO BAKE
BAHAN-BAHAN:
60gm mentega
1/4 cawan tepung gandum
21/3 cawan susu segar
2 cawan parutan keju
1.2 kg kentang, dikupas dan dihiris nipis-nipis
Garam dan lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar pada suhu 180C. Ambil loyang pembakar segi empat dan griskan dengan sedikit mentega. Ketepikan.
Cairkan mentega dalam periuk saucepan menggunakan api sederhana. Masukkan tepung, masak dan kacau secara kerap selama dua minit atau hingga sebati.
Alihkan periuk dari api @ padamkan api. Perlahan-lahan masukkan susu dan kacau dengan kerap hingga menjadi campuran yang benar-benar sebati.
Kemudian letak kembali di atas api. Masak dan kacau sehingga sos mendidih.
Masukkan pula 1 1/2 cawan parutan keju dan kacau hingga sebati.
Susun 1/3 hirisan kentang, biarkan ia sedikit bertindan di dalam loyang pembakar, taburkan garam dan lada hitam.
Sudukan satu pertiga daripada sos keju tadi sehingga menutupi lapisan kentang. Ulang sebanyak dua kali. Jadikan dua lapisan. Taburkan lebihan parutan keju di permukaan.
Bakar di dalam ketuhar selama satu jam atau hingga kentang empuk dan perang keemasan.
Jika permukaan keju menjadi terlalu perang sebelum sampai waktunya, tutup dengan kertas aluminium foil bagi mengelakkan lapisan keju menjadi terlalu hangus.