
Ibu-ibu pastinya asyik memikirkan menu yang hendak disediakan untuk anak. Salah satu snek mudah, sedap dan mengenyangkan yang boleh dicuba ialah Roti Sosej Goreng perkongsian saudari Shah Ruzanna Shafiee. Buat secara homemade tentunya lebih jimat, kebersihan terjamin dan boleh puas makan. Selamat mencuba!
RESIPI ROTI SOSEJ GORENG
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu makan gula halus
- 1 1/2 sudu makan marjerin
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu makan yis – bancuh dengan 1/2 cawan air suam
- Sosej secukupnya – potong dan celur
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung gandum, gula halus, marjerin dan garam. Gaul hingga sebati.
2. Kemudian masukkan bancuhan yis sedikit demi sedikit. Uli hingga jadi doh yang tidak melekat di tangan.

3. Biarkan doh mengembang. Kemudian bulat-bulatkan doh dan gentel memanjang.
4. Lilit doh pada sosej dan kemaskan lilitan suapay ia tidak terbuka ketika digoreng.

5. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.

Kredit resipi & foto: Shah Ruzanna Shafiee
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Cucur Ayam Crispy Hanya Guna Bahan Sedia Ada Di Dapur

Senang, cepat, mudah, sedap lazat dijamin menjilat jari. Memang kena cuba resipi Cucur Ayam Crispy perkongsian saudari Cik Dayang Zuhaila ini. Bahan-bahannya sangat mudah. Sesuai bagi anda yang sukakan kudapan homemade yang enak namun tidak renyah disediakan. Jom cuba! Pasti suami dan anak-anak suka.
CARA MEMBUAT CUCUR AYAM CRISPY HOMEMADE MUDAH

BAHAN-BAHAN:
200gm isi ayam
1 senduk nasi
½ batang lobak merah
2 tangkai daun sup
1 biji bawang merah – beli online disini
2-3 sudu makan tepung gandum – beli online disini
Lada sulah secukupnya – beli online disini
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:
1.Kisar isi ayam dan juga nasi sehingga lumat.

2.Kemudian masukkan lobak merah, daun sup dan juga bawang. Gaul rata sehingga sebati.


3. Seterusnya masukkan tepung gandum, lada sulah dan perasakan dengan garam serta gula mengikut cita rasa masing-masing. Sebatikan semua bahan hingga semuanya bergaul rata.


4. Ambil kuali yang bersesuaian dan panaskan minyak.
5. Sudukan adunan Cucur Ayam tadi dan goreng sehingga keperangan.

6. Jika nak goreng lebih garing sedikit pon boleh. Nak kurang garing pon boleh.

7. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.

8. Goreng garing-garing sedikit, memang sedap.
9. Nampak juicy di dalam. Penuh dengan isi ayam yang enak. Selamat mencuba!

Kredit resipi & foto: Cik Dayang Zuhaila
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Nasi Kerabu Kuning Sedap. Masak Sendiri Baru Puas Makan.
Resipi Rojak Ayam Sedap. Masak Sendiri Puas Hati & Lebih Jimat
Cara Masak Oden Homemade Ala Family Mart. Sedap & Puas Makan
Jom Cuba! Resipi Kuih Kole Kacang Sedap, Mudah & Kurang Manis
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Rasa: Ketuhar Kuali Ep 12 Kongsi 3 Resipi Enak, Lauk Utama Dan Kudapan

Sekali lagi program Rasa: Ketuhar Kuali kembali dengan 3 resipi enak yang mudah dibuat. Gabungan idea resipi generasi Senior Aunty Aini dan pewaris dari golongan belia Adam Didam menghasilkan menu yang amat membangkitkan selera. Dengar nama menunya pun dah cukup buat kita terliur

3 resipi hebat minggu ini adalah Asam Pedas Ikan Jenahak, Cucur Udang dan Muffin Coklat Lava. Bagi siapa yang mahu mencatatkan resipi ini menjadi koleksi menu berharga anda, ni Rasa kongsikan ketiga-tiga resipi dalam rancangan Rasa: Ketuhar Kuali Episod 12. Cubalah , ya
CUCUR UDANG

BAHAN-BAHAN:
- 500gm tepung naik sendiri
- ½ kg udang kertas
- 6 biji cili hijau
- 6 biji cili merah
- Daun kucai secukupnya
- Garam secukup rasa
- 6 biji bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- Daun bawang secukupnya
- Minyak masak untuk menggoreng
- Stok ikan bilis secukup rasa
- Gula secukup rasa
Bahan Sos :
- Sedikit air
- Sedikit cuka
- 4 biji cili merah
- 2 biji cili padi
- 4 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
CARA MEMASAK
1. Hiris cili, daun kucai, daun bawang, bawang merah, bawang putih, dan stok ikan bilis.
2. Tambahkan tepung dan udang kemudian gaul rata.
3. Perasakan dengan garam, dan tambahkan sedikit air.
4. Panaskan minyak, dan goreng cucur dalam minyak penuh.
5. Untuk sos, kisar cili merah, cili padi, bawang merah dan bawang putih bersama sedikit air.
6. Masak bahan kisar bersama sedikit gula, garam dan cuka sehingga masak dan pekat.
7. Siap untuk dihidang.
ASAM PEDAS IKAN JENAHAK

BAHAN-BAHAN:
- 20 biji cili kering | direbus
- 5 sm lengkuas
- 4 batang serai
- 5 biji buah keras
- 5 sm kunyit hidup
- 5 sm belacan
- Asam Jawa secukupnya | dicampur air
- 6 biji bawang merah
- 6 ulas bawang putih
- Beberapa helai daun limau purut
- 1 ekor ikan Jenahak
- 10 batang bende
- Beberapa daun kesum
- 1 batang bunga Kantan
- Buah keras secukupnyas
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak.
2. Kisar serai, lengkuas, belacan, daun limau purut, cili kering rebus, buah keras, bawang merah, bawang putih, kunyit bersama air.
3.Tumis serai dalam minyak panas, kemudian masukkan bahan kisar.
4. Masukkan sedikit air dan didih hingga air mengering. Tambah air lagi, dan ulang proses yang sama selama 3 kali sehingga cili masak.
5. Masuk air asam jawa, dan tambahkan air mengikut kepekatan kuah.
6. Setelah kuah menggelegak, taburkan garam secukup rasa.
7. Kemudian masukkan ikan, bunga kantan, dan biarkan mendidih sehingga ikan masak.
8. Setelah mendidih, taburkan daun kesum dan tutup api.
9. Siap untuk dihidang.
MUFFIN COKLAT LAVA

- 115gm mentega
- 100gm gula perang
- 110m gula halus
- ½ sudu kecil esen vanila
- 1 biji telur
- 210gm tepung serbaguna
- ½ susu kecil garam
- ½ sudu kecil sodium bikarbonat
- 150gm cip coklat
- 100gm coklat gelap
CARA MEMASAK:
1. Dalam satu mangkuk, masukkan mentega dan mesinkan hingga gebu.
2. Masukkan gula putih, gula perang, esen vanila, kemudian mesinkan hinga tekstur berderai.
3. Masukkan telur dan mesinkan lagi.
4. Masukkan tepung, soda bikarbonat, dan garam kedalam adunan kemudian gaulkan.
5. Masukkan cip coklat dan gaul rata.
6. Buat bebola bersaiz sederhana dalam masukkan potongan coklat gelap didalam.
7. Masukkan doh kecil kedalam dulang pembakar muffin, dan tekankan kedalam sehingga padat.
8. Bakar selama 15-20minit pada suhu 180’C.
9. Siap untuk dihidang.

Cara Buat Nuget Ayam Homemade Untuk Anak-Anak. Lebih Sihat & Kurang Lemak

Kanak-kanak memang suka makan snek terutamanya nuget ayam. Oleh itu anda boleh hasilkan hidangan ini secara homemade. Jika buat sendiri, anda boleh mengawal jumlah garam serta abaikan penggunaan MSG. Lebih sihat malah lebih jimat. Jom cuba!
NUGET AYAM HOMEMADE
BAHAN NUGET:
- 4 keping isi dada ayam ( kisar)
- 2 biji telur
- 4 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar ( optional)
- 1 sudu teh lada sulah
- 3 sudu makan tepung gandum ( liza guna breadcrumbs sebab tepung habis. Jumlahnya bergantung pada tekstur adunan.)
- Sedikit minyak zaitun ( jika ada. Boleh gandti dengan minyak lain)
- Sedikit garam
BAHAN SALUTAN:
- Telur
- Serbuk roti ( breadcrumbs)
CARA MEMASAK:
1. Satukan isi ayam, telur, bawang putih, bawang besar dan lada sulah. Kisar.

2. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk. Tambahkan tepung gandum ( Nor Azliza guna serbuk roti kerana kehabisan gandum), minyak dan sedikit garam. Gaul hingga sebati.

3. Kukus adunan hingga setengah masak dan bentukkan mengikut kreativiti anda. Jika sukakan keju, boleh tambah keju mozarella dalam isi ayam tadi.

4. Untuk menyalut nuget, celup kepingan nuget ke dalam telur dan golekkan pula dalam bekas berisi serbuk roti. Ulang langkah sama hingga adunan nuget habis.


5. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.


6. Untuk menghasilkan nuget tempura, gantikan serbuk roti kepada tepung goreng ayam yang telah dibancuh dengan air serta telur. Pastikan adunan tidak terlalu cair.
7. Kemudian celupkan nuget ke dalam bancuhan tepung dan golekkan ke dalam serbuk tepung ayam. Goreng hingga keemasan.
Kredit resipi & gambar: Nor Azliza Ismail

