Daging sering digunakan dalam pelbagai menu masakan antaranya ialah rendang, stew, daging bakar dan sebagainya. Namun, daging boleh menjadi kurang bersih, berbau hamis, liat dan lambat empuk sekiranya tersalah cucian atau potongan. Sekaligus mempengaruhi rasa masakan. Jom kita lihat langkah-langkah mencuci daging untuk menghilangkan bau hamis daging. 

 

Bahan-Bahan 

IKLAN
  • Tepung gandum
  • Asam keping 

Cara Penyediaan 

Dah siap potong daging, letak tepung gandum. Biasanya kalau 2kg = 1 senduk tepung.

Kemudian, masukkan air sampai penuh dan gaul-gaul. Masukkan asam keping dalam 3-5 keping. Biarkan dalam 15-20 minit.
Sesudah itu, tuang semuanya dalam tapis. Bilas lagi dalam 2-3 kali.
Dah siap bilas, toskan. Siap! Senang tak? Selamat mencuba!