Bahagian isi ayam atau disebut fillet ni kurang digemari kerana rasanya sedikit hambar bebanding bahagian peha, drummet dan drumstick. Tapi dengan sedikit olahan resipi kepingan isi ayam iaitu bahagian dada boleh dijadikan sajian yang lazat.
Kredit foto : iStock
Bagi mereka yang mahu berdiet tanpa lemak, isi ayam bahagian dada pastinya menjadi pilihan pola makanan sihat. Disebabkan ia tidak mengandungi lemak maka rasanya agar kurang berperisa berbanding daging ayam bahagian paha atas atau bawah.
Agar rasanya lebih enak ada pelbagai cara mengolahnya. Pertama dengan cara dikukus. Biarkan kulit ayam melekat pada potongan dagingnya. Perap dengan parutan bawang putih, garam dan serbuk lada hitam sehingga kukus hingga matang.
Ads
Bila nak makan siang kulit ayam, atau biarkan daging ayam berendam perencah selama 30 minit kemudian panggang dalam oven panas hingga empuk. Angkat, tanggalkan kulit ayam, sangat enak dijadikan campuran salad.
Jika ingin rasa lebih enak, siang kulit dada ayam, rendam potongan daging dada ayam dengan bawang bombay dan parutan bawang, kicap soya dan sedikit gula, garam dan lada hitam. Setelah satu jam bakar atau panggang.
Sapukan sedikit minyak sayur agar rasa daging ayam lebih berperisa. Ayam panggang sedap dinikmati dengan salad atau nasi.
Daging dada ayam terutama lebih cepat empuk dibandingkan dengan daging paha. Jika ingin lebih cepat masak , potong-potong fillet ayam melintang serat kasar-kasar atau dicincang kasar. Sumber : food,detik.com
Ni ada dua resipi filet ayam yang mudah. Kesukaan anak-anak, sesuai untuk masakan dapur si bujang juga
FILET AYAM GORENG RANGUP
Ads
RESIPI PERTAMA :
Bahan-Bahan 1/2 ekor ayam
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji telur
serbuk roti
sedikit garam
sedikit lada sulah
serbuk perasa ayam
minyak untuk menggoreng
Cara membuatnya 1. Ayam di potong-potong dan di bersihkan dengan tepung gandum, buat fillet ayam. Bilas dan toskan.Tumbuk halia dan bawang putih. 2. Satukan ayam dengan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk, lada sulah, garam dan perasa. 3. Perap seketika di dalam peti sejuk. 4. Bila masa untuk menggoreng ,pukul telur. Ambil ayam tadi dan celupkan ke dalam telur, kemudian gaul atau lumurkan dengan serbuk roti. 5. Goreng hingga keemasan.
Ads
RESEPI KEDUA – FILET AYAM GORENG RANGPU
BAHAN-BAHAN : 2 belah dada ayam
lada sulah secukupnya
tepung goreng ayam (adabi atau apa-apa jenama tepung serbaguna segera) telur ayam | di pukul sedikit
Cara membuatnya
1. Basuh dada ayam dan toskan. Buat filet ayam.
2. Renjiskan dengan sedikit serbuk lada sulah.
3. Panaskan minyak banyak dan salut filet ayam dengan telur dan kemudian tepung goreng ayam.
4. Goreng sehingga berwarna keemasan.
5. Semasa menghidang potong kecil-kecil.
Kredit : Resepi Ummi Via FB : Dapur Chef
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Dah jemu makan aneka menu raya? Puan-puan boleh cuba menu Daging Paprika Cendawan ni pula. Menu yang lain dari kebiasaan ni pasti boleh buat anak-anak dan suami lebih berselera. Selamat mencuba!
DAGING PAPRIKA CENDAWAN
BAHAN-BAHAN:
250gm daging | hiris, cuci dan tos
150gm cendawan shitake
1 biji cili merah | hiris
1 biji cili hijau |hiris
1sudu makan paprika
1 sudu makan sos tomato
1 sudu teh serbuk oregano
1 biji bawang besar |hiris
3 ulas bawang putih | cincang halus
2cm halia | hiris halus
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak | untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, kemudian tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga wangi.
Masukkan daging, kacau lagi hingga daging berubah warna.
Kemudian masukkan pula cendawan, sos tomato, hirisan cili merah dan hijau .
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Sebelum angkat taburkan serbuk oregano dan paprika.
Bila dihidangkan dengan donut gebu tiada siapa yang menolaknya. Tidak perlu ke bakeri untuk membuat donut yang gebu, boleh saja membuatnya sendiri. Perlu tahu teknik yang betul pasti donut gebu menjadi nanti.
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI
3 sudu butter -BELI ONLINE DI SINI
2 sudu susu pekat
1 peket yis-BELI ONLINE DI SINI
1 biji telur
1 cawan air
Cara membuat:
1. Bahan basah- Masukkan yis ke dalam mangkuk, bersama air dan telur. Campur dan biarkan sehingga yis berbuih.
2. Dalam mixer/ mangkuk, campurkan bahan kering, tepung gandum, sedikit garam dan gula.
3. Campurkan bahan kering dan basah perlahan-lahan dan masukkan butter, kemudian uli doh sehingga doh seperti getah. (Menghasilkan gluten). Bulatkan doh, dan tutup selama 30 minit.
4. Bila doh mengembang, tekan doh untuk mengeluarkan angin. Bahagikan doh dan bentukkan seperti dalam gambar atau seperti bentuk donut biasa.
5. Biarkan donut kembang selama 5 minit , kemudian goreng guna api yang sederhana panas. Topping boleh guna apa jenis topping.
Waktu cuaca hujan ini antara menu yang popular adalah kulat sisir. Boleh digoreng, ditumis tapi jika dibuat masak lemak lebih enak. Gulai ini wajib dimasukkan ikan bilis dan akan jadi paling sedap jika dimasukkan sekali ikan masin. Nikmatnya tak terkata.
Resipi masak lemak kulat sisir dengan ikan masin
Bahan-bahan
Kulat sisir
1 biji bawang besar -ditumbuk kasar
7 tangkai cili padi -ditumbuk kasar
1 batang serai -dititik
Serbuk kunyit
1-2 asam keping
Ikan masin talang – dipotong kiub dan digoreng (ambil 6-7 ketul)
Segenggam ikan bilis -ditumbuk kasar
1 kotak santan segera
Cara memasak
1. Kulat sisir direndam setengah jam. Buang habuk-habuk kayu dan basuh hingga bersih.
2. Tumis bawang dan cili padi yang ditumbuk bersama serai hingga pecah minyak dan garing.
3. Masukkan serbuk kunyit dan asam keping, kacau.
4. Kemudian masukkan kulat sisir. Tuang air hingga menutupi sedikit paras kulat sisir.
5. Masukkan ikan masin bersama ikan bilis. Gaul sebati dan masak lebih kurang 15 minit.
6. Selepas itu masukkan santan, masak lebih kurang 2 minit dan tutup api. Sedia dihidangkan.